BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, Oktober 03, 2009

Keadaan Sepanjang Hari Raya di Universiti..

Assalamualaikum...salam sejahtera juga diucapkan kepada rakan-rakan bloggers yang dikasihi. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih berpeluang menghirup udara bersih di alam yang fana ini. Hamba juga masih ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua. Baiklah, hamba ingin memaparkan kisah hamba sepanjang Isnin hingga Jumaat yang baru berlalu kira-kira 32 minit lalu.

Isnin (28 Sep 09)

Hamba masih berasa sakit yang amat sangat di bahagian bahu. Terasa sangat sengal dan menyakitkan, apabila disentuh secara tiba-tiba. Timbul rasa sesal di hati, kerana membawa terlalu banyak barangan semasa pulang ke kolej, dengan menaiki bas dari hentian Bas Temerloh ke hentian Pekeliling. Berat barangan yang hamba bawa mungkin kira-kira 4 atau 5 kg. Huh, penat yang tidak boleh dijawab dengan kata-kata.
Rindu hamba terhadap sahabat hamba, Nurra terlerai sudah. Mula bergegas mengedit assignment untuk English For Communication II.

Selasa (29 Sep 09)

Bangun pagi dengan badan yang masih sengal dan sakit. Tapi, digagahi juga. Pada pukul 2, bergegas ke Studio Reka Bentuk Industri. Membantu sahabat karib, Idrul Fitri menyudahkan hasil kerjanya di atas panel. Ramai yang hadir, namun setelah mengetahui pensyarah tidak hadir; mula berangkat pulang. Keadaan ini menimbulkan keadaan tidak senang kepada En. Md Noor (pengganti kepada En Aziz), kerana beranggapan seolah-olah kami seperti pelajar yang masih bersekolah menengah. Setelah selesai mukadimah (bagus cara En Md Noor, menaikkan semangat kami untuk berkarya, terima kasih!!), hamba dan sahabat-sahabat hamba; Nurra, Fitri & Md Din bersantap bagi memenuhkan perut yang sedia kosong. Banyak perkara yang dibincangkan.

Kemudian, hamba bergegas ke Gelanggang Tok Jenai untuk latihan Silat Seni Gayong. Pada hari itu, tok guru (En Azman) telah menyatakan bahawa istiadat Perlimau Tapak (bagi pelajar lelaki) dan Seni (bagi pelajar perempuan) akan ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Manakala, salah seorang daripada kami (tidak ingat namanya), tidak dapat hadir kerana dalam proses bersalin (Alhamdulillah). Di sana, kami menyambung pelajaran kepada kaedah kunci iaitu Kunci Ular Sawa Berendam, Kunci Dayung dan Kunci Sanggah. Kaedahnya agak rumit, terutama kepada lelaki (kerana mereka perlu menyudahkan kesemua gerakan yang diperlukan; terutama bagi Kuncian Ular Sawa Berendam) manakala kami, pelajar wanita hanya belajar sabahagian sahaja dan lebih kepada gerakan penyudah. Petang itu, suara jeritan dan desis kesakitan dapat didengari. Hamba sendiri berulangkali disendeng kaki, dipulas tangan (memang sakit, tahan sajalah) dan dihempas. Tapi, hamba puas kerana dapat mempelajari gerakan yang baru.

Pada malamnya, hamba membantu sahabat hamba; Nurra menyudahkan presentation untuk kelas Kokurikulum Pendidikan Seni keesokkan harinya. Ini disebabkan ada pembentangan mengenai Rancangan Mengajar yang telah diminta oleh En Hassan Ghazali sebelum cuti raya dahulu.

Rabu (30 Sep 09)

Pagi yang agak muram. Keadaan ini disebabkan sebahagian besar kumpulan tidak melaksanakan tugasan yang diberikan. Hanya kumpulan hamba yang menyudahkan tugasan tersebut, hamba diarah membentangkannya. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar dan hasilnya mendapat pujian daripada beliau. Cuma, kami perlu memperbaiki sedikit dan menambah mana yang dirasakan masih kosong. Md Din memaklumkan bahawa dia dan Fitri hendak berhari raya di rumah Prof Z. Hamba dan Nurra bersetuju dengan syarat; pengangkutan disediakan. Md Din bersetuju dan meminta kami bersiap sebelum pukul 5.

Hamba berasa sangat-sangat letih dan lesu. Mungkin disebabkan latihan pada petang semalam. Merehatkan diri dengan tidur selama 2 jam, kemudian mandi untuk menyegarkan badan (sebelum itu, hamba ke rumah Nurra sehingga pukul 5, baru pulang ke rumah hamba di tingkat 4). Tiba-tiba, Md Din menghantar mesej menyatakan supaya bersiap untuk ke rumah Prof Z pada pukul 6 ptg. Apalagi, seperti belangkas hamba bersiap sambil sibuk mencari topi keledar. Setelah siap, hamba dan Nurra turun, yang mana Md Din dan Fitri telah menunggu. Kami terus mengajak Isma yang kebetulan bertemu. Pada masa itu juga, hamba bertemu dengan rakan kami yang hanya kami panggil Adam. Dia sempat berkata "Semakin mantap awak sekarang ni, Aisah?" Hamba tidak tahu sama ada itu adalah pujian atau sindiran, tetapi yang pasti hamba tiba-tiba merasa segan dan malu sendiri.

Kami pergi ke rumah Prof. Hamba membonceng bersama Nurra; dengan Nurra membawa motorsikal. Di sana, kami disambut baik oleh Prof. Kemudian, hamba, Nurra, Md Din, Fitri, Isma, Redhuwan, Faizi & (tak ingat nama sahabat yang seorang ni) melawat ke kawasan sekitar perumahan sambil ditemani dengan haiwan peliharaan Prof, diberi nama Tosay (kerana Prof Z sangat suka makan Tosei). Kami dijamu dengan makanan yang menyelerakan, Laksa Penang, Mee Goreng, Bihun Goreng dan lain-lain. Kami juga solat Maghrib di sana. Kemudian, kami dikejutkan dengan berita mengenai Gempa Bumi dan Tsunami yang melanda kawasan berdekatan Sumatera. Dalam perjalanan pulang, hamba pula membawa motorsikal.
Khamis (1 Okt 09)

Hamba dan Nurra tidak menghadiri kelas Catan kerana 'terkandas' tidur kerana menyiapkan catan. Hamba tidak sedar bila hamba tidur, sedar sahaja jam sudah menunjukkan pukul 9.45 pagi. Hamba berdua lantas bergegas bersiap untuk ke kelas Falsafah pula. Di dalam kelas, En Zaini mula menerangkan sambil membuat 'review' mengenai pelajaran-pelajaran yang lepas. Hal inilah yang hamba paling lemah, kerana sungguhpun hamba mengulangkaji pelajaran ini, tetapi sekiranya ditanya secara lisan; hamba tidak akan dapat menjawabnya, kerana hamba lebih senang dengan kaedah tulis.

Perbincangan bertukar 'hangat', apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Hang Tuah itu tidak wujud. Hamba tidak dapat menyangkal kata-kata beliau, kecuali satu perkara sahaja iaitu Hang Li Po merupakan nama asal bagi puteri China yang diserahkan kepada Sultan Mansur Syah untuk dikahwini. Sekiranya kita membaca Sejarah Melayu sekalipun, telah termaktub bahawa gelaran 'Hang' dalam nama puteri itu hanya diberikan setelah beliau tiba di Melaka, bukan nama pangkal yang dibawa dari China. Buktinya, adakah nama keluarga besar di China yang menggunakan pangkal nama 'Hang'? Sedangkan pemerintah Dinasti Han, menggunakan nama Han Gao Zhou! ( tiada huruf G).Fikirkan....

Pada petang itu juga, Nurra menyatakan bahawa dia akan menyertai pendakian ke Gunung Nuang. Hamba sekadar merelakan kerana itu haknya, kerana dia adalah orang yang bebas dan berhak membuat keputusan sendiri. Dia mula sibuk berkemas. Hamba sekadar membantu mana yang dirasakan perlu.

Jumaat (2 Okt 09)

Hamba cuba untuk bertukar selera, iaitu dengan mengenakan kain blaus labuh dengan selendang berwarna hitam pilihan ayahanda dan bonda tercinta. Hanya sekadar ingin mengenakannya kerana ia adalah pemberian mereka. Jamil mengatakan bahawa hamba sudah mula pandai bergaya. Hamba hanya sekadar mendiamkan diri sahaja.

Kami akan membuat ujian writing pada pagi itu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma hamba agak gusar kerana mungkin patah perkataan yang digunakan telah melebihi angka yang ditetapkan; kerana tulisan hamba yang kecil (21- 19 patah perkataan setiap satu baris). Kemudian, hamba terpaksa menunggu Md Din selama beberapa minit bagi bertanyakan mengenai temujanji dengan Pn Zubaidah (tugasan group KOKO Seni). Akhirnya, ia ditetapkan pada hari Isnin (waktu pagi). Nurra pulang ke rumah awal, untuk mengemas barangan yang harus dibawa. Hamba pula bergerak ke library bagi mencari buku rujukan oil painting. Hamba juga meminjam buku berkaitan Sejarah Mesir Kuno, kerana hamba sangat berminat dengan zaman tersebut.

Kira-kira pukul 2.45 ptg, Nurra membuat panggilan supaya hamba mengambil pakaiannya (yang berlebihan) di pondok berdekatan stesen bas depan auditorium. Hamba bergegas mengambilnya. Kemudian singgah sebentar di library, kemudian bergerak ke Studio Batik dan Tembikar. Di garaj bas, terdapat keraian; mungkin jamuan Hari Raya. Hamba sekadar menjenguk hasil kerja rakan-rakan hamba di kedua-dua studio tersebut. Di Studio Tembikar, bertemu dengan senior Silat Gayong. Manakala, di Studio Batik berjalan-jalan sahaja. Namun, apabila Adam memandang hamba secara 'direct' (mungkin dia pandang tempat lain sebenarnya) dan mengatakan bahawa hamba kelihatan ayu pada hari itu, hamba tidak dapat menyembunyikan perasaan malu hamba dan segera berselindung di sebalik tubuh rakan hamba, Lela.

Kemudian, hamba berehat dan bersolat Asar di surau fakulti. Selepas itu, hamba 'bermain' dengan piano di dalam salah sebuah bilik di fakulti. Pada pukul 5 lebih, hamba berkunjung ke pejabat Prof Z, sekadar bertanya khabar. Apabila pulang ke rumah, hamba membersihkan bilik. Kira-kira pukul 9.20 mlm, hamba mendapat panggilan bahawa minyak wangi yang ditempah telah sampai. Sebenarnya, ia adalah untuk 'dia', tetapi hamba membuat keputusan untuk memberikannya kepada Md Din dan Fitri. Sedang hamba bersiap untuk ke KHAR, bonda saudara; Achik Siti di Pulau Pinang menelefon. Dia bertanyakan bila hamba mahu ke sana. Setelah berfikir sebentar, hamba memutuskan untuk ke PP pagi esoknya. Sesudah membayar tempahan, hamba menelefon Fitri dengan niat untuk memberikan minyak wangi tersebut pada mereka berdua, tetapi sesuatu menghalang lantas membuatkan hamba hanya sekadar bertanya mengenai perjalanan keretapi ke PP.

Setelah mengemas dan membuka blog, email dan membuat catatan di blog, hamba pun bergerak ke katil untuk beradu.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan