Assalamualaikum semua para bloggers...
6 Oktober 2009
Hari ini, hamba bangun agak kelewatan...kira-kira pukul 10.45 pagi. Bukan niat di hati sengaja untuk bangun agak lewat, kerana hamba mengerti anak dara tidak boleh bangun lewat. Sebenarnya, hamba tidur dalam kadar yang paling lewat pernah hamba tempuh, iaitu selepas menunaikan solat Subuh. Keadaan ini disebabkan hamba berjaga untuk 'merebut' tempat dalam mendaftar matapelajaran yang patut diambil dalam sem yang bakal mendatang nanti. Alhamdullillah, line pada ketika itu agak memuaskan, maka dapatlah hamba mendaftarkan diri, walaupun pada mulanya agak terkejut juga dengan perubahan jadual yang telah dirancang sebelumnya.
Itupun kira-kira pukul 2.45 pagi, barulah hamba berupaya 'menembusi' rangkaian Mysis dan mendaftarkan mata pelajaran bagi hamba dan sahabat hamba, iaitu Nurra. Hamba bergegas menyampaikan berita kedapatan line tersebut kepada Md Din dan Fitri, dan mereka terus membuka rangkaian tersebut. tapi, agak mengecewakan kerana kebanyakan kelas yang ditawarkan sudah kehabisan 'stok' dan ini menyebabkan hamba terpaksa menutup internet dengan hati yang resah pada pukul 5 pagi. Ini disebabkan ketiga-tiga sahabat hamba tidak dapat mendaftarkan diri bagi matapelajaran wajib Universiti, iaitu Pengurusan Pembelajaran. Kemudian, hamba pulang ke rumah di tingkat 4 dan selepas bersolat, hamba bercadang untuk membuat lakaran untuk Studio Lukisan, tetapi nyata hamba sudah mengantuk benar, kerana baru sahaja melakar beberapa sketch, hamba terus tertidur dengan lenanya.
Kemudian hamba terus bersiap untuk ke kelas Industri. Di sana, kami didedahkan dengan kaedah pembuatan model dengan menggunakan bahan yang disediakan. Malah, ada sebahagian pelajar mengambil kesempatan berjumpa dengan En Md Noor, untuk mem'prosit' idea serta design mereka. Hamba pula terus ke gerai makan bagi mengisi perut yang kosong. Kira-kira pukul 4, hamba ke Bitarasiswa dan menunaikan solat di sana. Hamba kemudian menelefon bonda di rumah dan bertanyakan khabar, disamping menyampaikan berita bahawa hamba akan menjalani temuduga zakat pada keesokkan harinya; pada pukul 2 petang. Pada pukul 4.35 petang, hamba sudah menunggu di depan Pusat Kokurikulum bagi menjalani latihan silat. Sambil menunggu ketibaan rakan-rakan yang lain, hamba melakukan sedikit senaman ringan serta regangan.
Dalam latihan ini, kami diarah untuk melakukan Asas Gerakan 21, Gaya Asas (Bahagian 1 & 2) serta mengualangkaji semula gerakan Kuncian; iaitu dari gerakn 1-3. Kemudian, En Azman telah mengajar gaya yang baru kepada kami yang dinamakan sebagai Kuncian Kacip Emas dan Patah Dayung. Gerakan kedua-duanya, jika dilakukan dengan serius; malah tersilap sedikit sahaja, boleh membunuh. Ini kerana dalam Kuncian Kacip Emas, lehar penyerang akan dikunci seperti kacip dan tangan yang mengunci akan bergerak sedikit dan membuatkan leher penyerang patah atau terkehel. Lebih teruk lagi, sekiranya tidak mati akibat patah leher, penyerang mungkin mati akibat kesesakan nafas. Bagi kuncian Patah Dayung pula, tangan penyerang akan dipatahkan dengan seluruhnya dan boleh dibuat dengan cara yang singkat (sakit cepat) dan lambat (mangsa akan mengalami kesakitan yang amat sangat). Dalam pada itu, En Azman telah meminta pelajar yang akan melakukan demostrasi dalam majlis akan datang membuat latihan. Hamba paling kagum dan teruja dengan persembahan rakan-rakan hamba iaitu Megat, Amir, Fauzi dan Khairul (Ayie). Mereka mempersembahan gerakan dengan penuh kesungguhan; dan kelihatan seolah-olah pertarungan yang sebenar. Nyata latihan silat telah mencetuskan bakat terpendam dalam diri masing-masing.
Pada petangnya, hamba pulang ke rumah dan menunaikan solat. Kemudian, hamba tertidur dengan lenanya sebelum dikejutkan dengan panggilan daripada Hafiz (Yob). Setelah melaksanakan permintaannya, hamba bergegas ke rumah Nurra untuk melakukan tugasan bersama.
Itu sahajalah catatan hamba pada hari ini. Maafkan hamba jika ada tersalah bicara, terkasar bahasa; kerana hamba juga manusia biasa seperti tuan hamba semua. Sekian. Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan