BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, April 16, 2010

La Memoria De Dairies - Carte 4

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, dari Selatan ke Utara, dari Barat lalu pula ke Timur.... Alkisah pun hamba mohon maaf dan ampun kerana tidak berkesempatan menulis mahupun melakar tinta yang menarik di dalam blog ini. Hamba kini sedang sibuk mengulangkaji mata pelajaran, kerana pada minggu hadapan exam telah bermula...Takut ada, gementar pun ada....syukran hamba dapat mengimbanginya dengan baik di sini.

Hari ini hamba akan mengikuti taklimat ROS (Rancangan Organisasi Sekolah) yang akan diadakan di Auditorium 1 UPSI, pada pukul 9 pagi ini. Taklimat tersebut akan dijalankan oleh En Hassan Ghazali, salah seorang pensyarah hamba di Fakulti Seni Dan Muzik (FSM). Taklimat ini wajib hamba hadiri kerana ia mengandungi input yang penting dan akan digunakan oleh hamba dan rakan-rakan semasa menjalankan ROS di sekolah kelak. ROS akan dijalankan di sekolah menengah sahaja (pada masa kini). Manakala sekolah yang hamba pilih untuk menjalani ROS adalah Sekolah Menengah Kampung Awah (F) yang terletak di Felda Kampung Awah. Hamba menetap di Felda Kampung Awah selama 9 tahun; dan ia merupakan rumah nenda (ayahanda kepada ayahanda hamba).

Sudah lama juga kiranya, hamba tidak berkunjung ke teratak ilmu tersebut, kerana kali terakhir hamba ke sana hamba mengambil sijil PMR hamba. Sekolah itu merupakan salah sebuah sekolah kenangan remaja hamba, terutama semasa Tingkatan 2, 3 dan 4. Namun, semasa pertengahan tahun 2004, hamba telah mengikut keluarga berpindah ke Kuala Lipis atas kenaikan pangkat ayahanda hamba dalam jabatan. Rezeki anaklah katakan! (Adinda hamba, Muhammad Qayyum dilahirkan pada bulan 10, tahun 2003). Maka, tinggallah sekolah tersebut, tetapi masih ada kenangan yang hamba tinggalkan di sekolah itu. Kalau tidak percaya, silalah ke sekolah dan cari Majalah Sekolah yang disiarkan pada tahun 2002 dan 2003. Bukan sahaja mengandungi gambar hamba, malah karya hamba turut dipamerkan. Antaranya dalam bentuk sajak dan juga lukisan kartun yang tidak seberapa. (Majalah Sekolah milik hamba sudah rosak teruk, kerana stor bawah rumah hamba pernah banjir ketika hujan lebat).

Hamba akan menjalani ROS bersama rakan-rakan hamba yang lain, iaitu Yen, Lela dan rakan-rakan yang lain. Guru hamba, Cikgu Raof telah dimaklumkan. Beliau berasa sangat gembira apabila mengetahui hamba hendak menjalankan ROS di sekolah itu. Hamba bukan sahaja ingin melepas rindu di sekolah itu, tetapi melihat perkembangan 'adik-adik' yang datang ke sekolah itu, kerana pada hamba mereka amat bertuah kerana fasiliti sekolah telah banyak berubah dan ini akan membantu pelajar menjadi lebih aktif dan giat dalam kurikulum malah ko-kurikulum. Jarak rumah dan sekolah sangat dekat, iaitu selama 5 minit berjalan kaki sahaja, disebabkan rumah nenda hamba hanya bersetentang dengan padang sekolah! Jadi tak menghairankan sekiranya hamba dapat lihat pembangunan sekolah walaupun hamba sudah tidak bersekolah di situ lagi. Tidak sabar rasanya hamba ingin menjalankan ROS di situ!!!

Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan semasa di sekolah tersebut amat banyak.....tetapi hamba sebutkan yang paling hamba hargai dan ingati....Antaranya, di sekolah inilah hamba mempelajari Pendidikan Seni Visual secara menyeluruh dan mendalam; iaitu dari Cikgu Raof sendiri. Beliau sentiasa memberikan galakan pada diri hamba supaya sentiasa maju dalam menghasilkan karya di sekolah. Beliau juga sentiasa menggalakkan hamba untuk melakar (sketches) benda-benda hidup dan bergerak, terutama manusia dan haiwan. Paling tak dapat dilupakan, hamba ni bebal sangat agaknya; cerdik sangat pergi melukis bawah sarang tebuan (yang sesat di tangga sekolah) semata-mata nak mendapatkan pergerakan yang diinginkan! Bila ingat semula, betapa gilanya hamba terhadap seni ketika itu....namun, alhamdulillah...atas inisiatif itulah, tangan hamba agak 'lembut' dalam melakar dan melukis karya. Tapi, agak malang kerana kebanyakan hasil karya hamba telah dibakar (dilupuskan) oleh ayahanda kerana pada ketika itu, ayahanda tidak menyokong minat hamba dan hanya mahu hamba menumpukan sepenuh perhatian pada mata pelajaran yang lain; terutama mata pelajaran Sains dan Matematik (kerana ayahanda bercita-cita mahu melihat hamba menjadi seorang doktor atau atau saintis pada awalnya). Semasa Tingkatan 4, ayahanda tidak membenarkan hamba mengambil mata pelajaran Seni Visual kerana beranggapan pelajaran itu tidak penting, membuang masa dan hanya untuk orang-orang yang berangan-angan seperti Mat Jenin.  Tetapi, hamba secara senyap-senyap mengikuti kelas bimbingan Cikgu Raof (atas sokongan dan galakan ayahanda dan bonda saudara; Mak Chik dan Pak Su), dan sentiasa melakukan latihan amali di Bilik Seni. Namun, segalanya terhenti apabila hamba bertukar ke Kuala Lipis. Hamba tidak dibenarkan sama sekali mengikuti kelas Seni Visual, kerana ayahanda mahu hamba memberikan tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan. Pada ketika itulah, hamba mengikuti kelas Teknologi Maklumat (atas dorongan minat dan juga tiada pilihan lain; kerana di SM Setiawangsa ketika itu hanya menawarkan mata pelajaran Sains (Biologi & Kimia), Prinsip Akaun atau Teknologi Maklumat (kena pilih salah satu); kelas Biologi bertindih dengan kelas Seni Visual) dan akhirnya berjaya menguasai asas Visual Basic 6.0 dan Pengaturcaraan Internet dan Komputer dalam masa 6 bulan sahaja (terima kasih hamba tujukan kepada rakan hamba, Nur Naiemah yang banyak mengajar hamba mengenai komputer pada waktu tersebut). Malah, mendapat keputusan 3 B dalam mata pelajaran tersebut di dalam SPM. (Hamba hanya mempelajari mengenai komputer semasa berada di Kuala Lipis)
Peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan adalah apabila karya hamba tersiar di majalah sekolah (terutama karya kartun hamba; di setiap sekolah yang hamba diami: kecuali di SMK Clifford) memenangi pertandingan mengarang cerpen dan sajak, menjadi ketua platun Pandu Puteri dan memenangi pertandingan kawad peringkat Negeri (jadi pemberi arahan (komander); gila rasanya, sebab hari-hari kena beri arahan dengan suara yang tinggi dan terpaksa mengikut arahan yang tertentu), menyertai syarahan agama sehingga peringkat daerah dan negeri, dan kelas terbersih dan tercantik selama 2 tahun berturut-turut! Hamba pernah ditawar sebagai jawatan pengawas sekolah, tetapi hamba menolak disebabkan ketiadaan minat serta memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain menjadi pengawas. Keadaan ini disebabkan hamba hendak menjadi  seorang perpustakawan, (kerana hamba sangat minat membaca) namun sering tidak diberikan perhatian, sebaliknya cikgu menawarkan jawatan pengawas sekolah...Malah, semasa hari temuduga pengawas, dijalankan, hamba akan 'ponteng' kerana malas nak jadi pengawas....bayangkan tiap-tiap tahun hamba dicalonkan menjadi pengawas??? Tak ke nampak macam tak adil namanya pada rakan-rakan yang lain?? Tak kira di sekolah mana hamba tercampak, pasti akan dicalonkan sebagai pengawas...sampai hamba pun tak tahu nak lari ke mana....cikgu pun satu, jenis tak putus asa, hendak juga calonkan...macam main kejar-kejar pun ada...tapi ada satu peristiwa semasa tingkatan dua, semasa pemilihan pengawas, salah seorang sahabat baik saya; Muhammad Fahmi namanya (Dapat no. 1 dalam kelas) dicalonkan sebagai pengawas, dan semasa temuduga inilah yang terjadi:

Cikgu : (salam). Fahmi, cikgu mahu calonkan kamu sebagai pengawas sekolah ini. Keputusan kamu sentiasa cemerlang dan kamu aktif dalam sukan. Kamu...
(dipintas oleh Fahmi)
Fahmi : Saya tak nak, cikgu.
Cikgu : Kenapa kamu tak mahu? Kamu akan dapat banyak kelebihan nanti.
Fahmi : Sebab Aisah (No.2) dan Khairun (No.3) tak nak, jadi saya pun tak nak la.
Cikgu : Itu saja alasan kamu? Aisah kata sebab dia tak berminat. Khairun pula sebab dia hanya nak jadi  ketua tingkatan. Kamu pula?
Fahmi : Saya ni pun bukan budak baik cikgu...tu sebab saya tak nak...lagipun saya rasa terkongkong jadi pengawas ni...
Cikgu : Itu tak jadi masalah, awak boleh ubah sikap tu nanti.
Fahmi : Tak boleh cikgu...sebab saya ni selalu merokok dalam tandas cikgu. Lepas tu saya kadang-kadang merokok dalam kelas, dan kadang-kadang lari dari sekolah cikgu (kerana dia bawa motor ke sekolah, jadi selepas waktu rehat, kadang-kadang dia akan lesap dan pulang terus ke rumah).
Cikgu : (terkejut). Awak merokok ke?
Fahmi : Kalau cikgu tak percaya, cium la bau baju saya sekarang...saya baru lepas merokok cikgu.
(Saya dan Khairun dah ketawa berdekah di luar bilik disiplin)

Dan akhirnya, Fahmi ditahan kerana atas kesalahan merokok...dan buktinya, 2 buah kotak rokok dalam stokinnya. Tapi, hamba puji sikapnya yang berterus-terang. Namun, akibatnya, dialah yang tanggung. Sejak hari itu, hamba nasihatkan dia supaya mengurangkan tabiat merokok dan akhirnya dia berjaya berhenti merokok. Ingat, merokok tidak baik untuk kesihatan! Yang lebih penting, dia kelihatan lebih kacak, tampan dan berwibawa setelah berhenti merokok. (Apapun, kini kami semakin jauh atas kerana masalah peribadi masing-masing)

Hai, bila ingat kembali peristiwa dahulu...hamba terasa nak pulang ke masa-masa tersebut. Banyak pahit dan manis yang hamba alami. Lebih-lebih lagi semasa peristiwa menyambut kelahiran adinda hamba yang bongsu, iaitu Muhammad Qayyum. Semasa kelahirannya, hamba ketika itu sedang bertungkus-lumus hendak menghadapi peperiksaan PMR. Tarikh lahirnya adalah pada 7 Oktober 2003, iaitu 2 hari sebelum peperiksaan PMR. Bayangkan, dengan ketiadaan bonda di rumah (kerana bonda melahirkan adinda di hospital), hamba terpaksa mengambil alih tugas bonda di rumah...memang hamba tiada masa untuk mengulangkaji pada saat-saat akhir. Bila pulang ke rumah, hamba sudah menyediakan menu ikan haruan bakar, air akar kayu dan air masak untuk bonda; (bagi dibawa ke hospital) dan mengemas rumah, menyediakan adik-adik serta memasak. Semasa bonda pulang, hamba bertambah kalut untuk menyediakan keperluan bonda, adinda yang kecil dan lain-lain. Bonda pula selalu memarahi hamba kerana tidak dilayan dahulu (Tapi, bila hamba baca buku tentang perihal mengandung dan bersalin, baru hamba faham, mengapa bonda bersikap begitu; kerana perubahan hormon dan tekanan persekitaran). Lebih teruk lagi, adinda hamba dilaporkan tidak boleh membuang air besar, kerap menangis; tidak kira siang dan malam dan sering muntah-muntah yang berbau sangat busuk dan berwarna kehijau-hijauan (akhirnya, doktor beritahu bahawa muntah adinda hamba mengandungi najis yang tidak dapat dibuang). 

Hamba menjadi sangat bimbang dan tertekan. Sehingga apabila menjawab soalan PMR, hamba boleh terdengar-dengar akan suara kanak-kanak menangis. Pada mulanya, hamba ingatkan itu suara kanak-kanak (anak guru pengawas), tetapi apabila suara itu kerap terngiang-ngiang, barulah hamba sedar bahawa itulah suara tangisan adinda hamba di rumah. Hingga begitu jadinya...Kemudian, adinda hamba dikejarkan ke Hospital Universiti Malaya di KL. Di sana, adinda menjalani pembedahan untuk menyambung kembali urat di bahagian anal (punggung) yang tidak berfungsi supaya berfungsi semula. Pada suatu tarikh, seingat hamba ketika itu hari ke-5 berpuasa, kami melawat adinda dan bonda di hospital. Semasa melihat adinda di dalam bekas inkubator dan terdapat wayar berselirat di sana dan sini, hamba jadi pilu sepilunya. Lebih menghiris jiwa bila mendengar tangisan adinda hamba yang seperti dah tak larat nak menangis lagi (kerana kerap menangis). Ketika itu, hamba rasa seperti biarlah rasa sakit tu dipindahkan pada hamba dan janganlah diseksa adinda hamba begitu. Malah, kalau boleh biarlah nyawa hamba ditukar dengan adinda hamba. Sudahlah begitu, adinda hamba diarah berpuasa 1 minggu, kalau ikut logik akal...boleh ke???Air mata jangan cakap la...memang terus menitis laju bila tengok keadaan adinda yang seperti itu.... Akhirnya, hamba memutuskan untuk memberi nama Qayyum pada adinda hamba yang pada hamba mempunyai makna yang tersendiri; iaitu 'mampu berdiri sendiri, kuat, perkasa (bukan untuk melawan Tuhan; hanya Tuhan yang Maha Perkasa), berdikari dan tahan diri'. Pada masa kini, bila melihat adinda hamba yang semakin sihat, kuat, lasak, dan lebih penting sayang akan bonda dan ayahanda serta sangat menghormati hamba membuatkan hamba seperti tidak percaya bahawa semasa kecilnya dahulu, adinda hamba pernah mengalami penyakit seperti itu..apapun syukur pada Tuhan dan sesungguhnya hamba sangat menyayangi adinda-adindaku....serta ayahanda dan bonda.

Itu sahajalah catatan hamba pada hari ini. Bertemu lagi kita di catatan seterusnya. Mohon maaf sekiranya ada keterlanjuran di dalam penulisan hamba....Sekian, wassalam....


0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan