BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, April 21, 2010

La Memoria De Dairies - Carte 5

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers yang dihormati sekalian...Alhamdulillah, bertemu kita lagi di dalam lampiran yang tidak sepertinya pada hari ini. Syukran juga hamba tujukan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana masih memberi hamba kesempatan untuk melakar warkah di helaian ini...Hamba sangat bersyukur pada Tuhan kerana sebahagian besar masalah hamba telah selesai dan insyaallah hamba akan ceritakan di dalam tinta ini...

8.00 pagi
Hamba bangun dari tidur dan bersiap sekadarnya, Bib telefon menyatakan dia berada di kedai mamak untuk bersarapan pagi. 

9.00 pagi
Hamba telah ke pejabat KHAR untuk bertanyakan perihal rumah di BAHTERA terrace atau arked. Alhamdulillah masih ada yang kosong. Berkesempatan bertemu dengan Nurra, Farah dan member dari satu course yang lain. Hamba membuat separuh bayaran dan akan melangsaikannya petang ini. Segera menelefon ayahanda dan bonda untuk mengkhabarkan berita tersebut. Rumah tersebut terletak berdekatan dengan sungai. Bayaran RM130 sebagai deposit, keseluruhan RM780. 

11.00 pagi
Pulang ke rumah dan membuat ulangkaji terakhir. Sekadar melihat-lihat nota sepintas lalu, sambil mengingati kembali kata-kata pensyarah semasa di dalam kelas...syukran..semalas-malas hamba, telinga hamba masih berupaya menangkap setiap bibit kata pensyarah, yang mana hamba telah proses di dalam minda dan simpan. Nak cakap macamana, itu cara hamba belajar. Kalau nak baca buku, memang payah...kerana saat-saat akhir ni..hamba lebih suka buat rujukan ringan sahaja...kerana masa awal-awal sem hamba dah bersedia, banyakkan bacaan dan berikan tumpuan semasa berada di dalam kelas (walaupun hamba selalu mengantuk dalam kelas).

2.00 petang
Sudah berada di kawasan Taman Universiti untuk mengambil peperiksaan EDU 3034 (Pengurusan Pembelajaran). Ambil kesempatan mencuri-curi lihat nota pelajar-pelajar lain (tabiat hamba memang begitu), kerana malas hendak buka nota sendiri. Berbual sekadarnya dengan member-member seangkatan. Dapat menghubungi ayahanda, setelah berulangkali mencuba (asyik-asyik dapat sambungan ke peti mel suara) dan menyatakan apa yang perlu. Minta restu dan doa dari ayahanda dan bonda (Sudah jadi kemestian dan kewajipan hamba setiap kali nak masuk exam, dan dalam setiap paper yang hamba nak ambil).

2.30 petang
Exam bermula dan hamba menjawabnya dengan penuh tenang dan senang hati. Prof Habib sampai pelik dengan sikap hamba yang relax dan seolah-olah tak tertekan langsung. Syukran la...Tapi, hamba takut juga...sebab kat dalam kertas soalan itu, hamba telah ter'lukis' suasana di dalam dewan peperiksaan, siap dengan figura pelajar-pelajar sekali!! Ada figura pelajar termenung, dan macam-macam lagi...apa tidaknya, hamba siap tak sampai 15 minit...jadi ruang masa selebihnya, hamba luangkan dengan melakar apa-apa yang patut...(matilah hamba!!!) Hujan turun...sejuknya!!
3.15 petang
Exam tamat. Hamba turun ke bawah, dan melihat seseorang yang hamba rindui sedang berjalan di simpang jalan. Ingin ditegur tapi kerana ada sesuatu yang menghalang (hamba telah terikat), hamba pendamkan sahaja. Terserempak dengan Mastura dan menerima kamera hamba. Hamba bergegas pulang ke pejabat KHAR dan membayar deposit sehingga habis. (Hanya bayar RM70 lagi disebabkan rumah hamba telah ditukar, kerana rumah sebelumnya telah di'booking' oleh orang lain. Jadi kena bayar RM110 sahaja). Kemudian, ke gerai makan A.R Rahman, bersantap seadanya untuk melegakan perut yang minta diisi. Tiba di rumah dan tertidur dengan lenanya.

9.00 malam
Hamba terjaga dari tidur dan terasa ingin meminum air 'Coconut Shake'. Melihat mesej, ada panggilan dari Bib. Katanya hal penting, lalu hamba ke sana. Rupa-rupanya dia mahu bertukar rumah di kawasan Pizza. Hamba bersetuju dan esok akan ke pejabat KHAR semula untuk membuat tambahan bayaran RM30 dan menukar resit. Kadar sewa berpatutan RM850, dan bayaran elektrik dan air serta strymix ditanggung. Herm...bolehlah....Semua barangan pun dah ada, siap ada televisyen sekali! Jadi hamba tak banyak kerenah...setuju sahaja.

Hamba keluar bersama Bib dan Nora. Sempat bergurau bersama-sama mereka. Terserempak dengan Md Din dan Fitri bersama sahabat-sahabat mereka di kedai makan, Jamil and The Geng di gerai mamak dan Amran. Jamil berkata hamba seolah-olah menyepikan diri...susah nak lihat di mana-mana...hahahaha...nak cakap macamana...hamba dah tak boleh nak bebas sangat lagi...kerana kini hamba sudah boleh dikira seorang dara pingitan, dan tak boleh terlalu 'aktif' lagi macam dulu (walaupun tak rela)...hai, macamana nak terangkan dekat kamu ya Jamil...nanti bila hamba dah 'bebas' nanti hamba akan jadi macam asal balik...pasal keluarga bonda tu, herm biaq pi dialah!! Yang nak nikahnya hamba, bukan diaorang!! Dapat juga akhirnya air kelapa yang diidamkan..dan sedikit keropok sebagai santapan malam ini...

11.45 malam
Berada di rumah, sedang duduk di atas bangku dengan menghadap laptop yang sedia terbuka. Melayari laman web, sambil membaca nota-nota Seni Islam Perbandingan dan Kajian Kraf. Rindu hamba dah terlerai...jadi hamba agak bersemangat untuk memulakan kerja...lalu hamba pun mencatatkannya di dalam warkah ini...sambil-sambil melihat-lihat laman Mysis portal.

Alkisah...sekian sahaja tinta warkah hamba hari ini...berjumpa kita di warkah seterusnya...dan hayatilah sinopsis manga yang hamba lakukan, dan insyaallah...manga terjemahan hamba akan menyusul pula..insyaallah...


0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan