BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, April 21, 2010

Sailor Moon aka Gadis Berbaju Kelasi Bulan

Penulis & Pelukis : Naoko Takeuchi

Genre : Penjelajahan, Fantasi, Kehidupan Pelajar dan Percintaan

Sinopsis Cerita :
Mengisahkan mengenai seorang gadis bernama Tsukino Usagi, pelajar sekolah menengah yang gemar berangan-angan, cuai dan sering bangun lewat pagi ke sekolah. Namun, pertemuannya dengan seekor kucing bernama Luna telah mengubah perjalanan hidupnya yang selama ini hanyalah berkisarkan makanan ringan dan coklat. Usagi (bermakna arnab) sebenarnya adalah reinkarnasi (penjelmaan semula) Puteri Serenity, Puteri Mahkota Kerajaan Kristal Bulan yang telah musnah beberapa abad dahulu. Bermula dari peristiwa tersebut, Usagi telah membantu menjaga keamanan di Bumi dengan menjelma sebagai 'Gadis Berpakaian Kelasi' bergelar Sailor Moon. Usagi harus mencari rakan-rakannya bagi membantunya menjaga keamanan Bumi, di samping mencari dan  menyambung kembali kisah percintaannya dengan Putera Endymion, Putera Mahkota dari Kerajaan Bumi yang turut telah dilahirkan semula. Usagi juga harus mempertahankan sejenis batu permata berkuasa milik keturunan yang menjadi rebutan musuh, iaitu "Kristal Perak Khayalan" dari jatuh ke tangan musuh yang ingin menguasai alam semesta. Bumi dikatakan akan mengalami "Perang Zaman Ais Ke-2", namun diselamatkan oleh kuasa kristal ini sekaligus membangunkan semula ketamadunan manusia (abad ke-30) yang diberi nama Kerajaan Kristal Tokyo dengan diperintah oleh Raja Endymion dan Ratu Neo-Serenity.

Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Tsukino Usagi - Gadis yang sangat suka berangan-angan, kuat makan, sering lewat bangun untuk ke sekolah dan tidur di dalam kelas. Tetapi, memiliki hati yang baik, agak naif dan semangat yang kuat. Impiannya adalah untuk menjadi seorang 'pengantin perempuan' yang jelita suatu hari nanti. Seorang yang mudah menangis dan akan meraung sekiranya ingin mendapatkan apa yang diingini. Menjelma sebagai gadis berbaju kelasi dengan panggilan "Sailor Moon" melalui pertemuannya dengan Luna secara tidak sengaja. Merupakan penjelmaan semula Puteri Serenity, Puteri Mahkota Kerajaan Kristal Bulan. Merupakan penyelamat dunia pada abad ke-30, dan kemudian menjadi Ratu Kerajaan Kristal Tokyo di Bumi dengan gelaran Ratu Neo-Serenity (Neo-Queen Serenity) semasa berusia 20 tahun. Mendapat gelaran "Penyelamat Kehidupan Di Bumi" (Abad ke-30) dan "Messiah Yang Sebenar" (True Messiah) oleh Sailor Uranus dan Sailor Neptune. Bakal melahirkan seorang anak perempuan, hasil perkahwinannya dengan teman lelakinya, Mamoru (Putera Endymion /Raja Endymion) pada masa hadapan. Sangat lemah dalam penulisan kanji (tulisan dalam penulisan Jepun) dan lebih gemar menggunakan lukisan dan tandatangan, walaupun setelah bergelar seorang ratu. Malah, dia seringkali berlakon 'tidak sihat' untuk membolehkannya tidak hadir dalam persidangan. Kekuatannya selain bergantung kepada kuasa kristal dan juga kuasa Mamoru, ia juga adalah menerusi kepercayaan dan kasih sayang. Gelaran yang digunakan sebelum menjadi Ratu adalah "Sailor Moon" dan "Eternal Sailor Moon". Usianya pada abad ke-30 tidak pernah diketahui; kerana wajahnya yang tidak 'dimakan' usia disebabkan pengaruh kristal yang mana memanjangkan usia serta mengekalkan wajah yang muda sepanjang masa.


 2. Chiba Mamoru - Jejaka yang kacak, agak kelihatan sombong dan dingin, gemar menyindir dan merupakan ulat buku. Pelajar sebuah sekolah tinggi berhampiran sekolah Usagi. Ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan Mamoru kehilangan ingatan. Pada awalnya, mudah mengalami gejala sakit kepala apabila mendapati Usagi  di dalam bahaya. Gemar memanggil Usagi dengan panggilan 'Odango' yang bermakna 'kepala arnab' (disebabkan ikatan rambut Usagi yang ganjil dari gadis yang lain) atau 'Usako'. Tanpa menyedari perkaitannya dengan Usagi dan beranggapan bahawa "Kristal Perak Khayalan" akan dapat memulihkan semula ingatannya yang hilang, dia menjelma sebagai "Tuxedo Mask" (perwatakannya menyerupai pencuri terkenal, Lupin The Third) dan banyak membantu Sailor Moon dalam perjuangannya melindungi Bumi. Merupakan penjelmaan semula Putera Endymion, Putera Mahkota Kerajaan Bumi dan memiliki kekuatan yang berasal daripada "Kristal Emas", yang mana merupakan sumber kuasa Kerajaan Bumi. Mempunyai kebolehan untuk melihat dan mentafsir mimpi (diwarisi oleh Chibi Usa), menyembuhkan kecederaan serta berupaya untuk membuat pemantauan keadaan persekitaran Bumi hanya dengan menyentuh permukaan Bumi. Seringkali menjadi subjek buruan musuh (selalu dikawal/dikuasai oleh kuasa jahat), kerana dia merupakan insan yang paling rapat serta sumber kuasa yang menyokong kekuatan Usagi. Merupakan bakal suami kepada Usagi pada masa hadapan (abad ke-30), dan memerintah Kerajaan Kristal Tokyo dengan gelaran Raja Endymion (King Endymion). Bakal mempunyai seorang anak perempuan dengan ratu. Wajahnya tidak berubah (kekal muda) namun usia sebenar tidak diketahui, kerana pengaruh kristal Ratu Neo-Serenity yang turut diterima olehnya dan masyarakat Bumi pada abad ke-30.



3. Usagi Chibi - Kanak-kanak yang aktif, periang, tapi pada masa yang sama agak menjengkelkan. Mempunyai permainan bernama Luna P. Nama yang diberikan oleh bondanya (Ratu Neo-Serenity) adalah hampir sama dengan nama sebenar ratu, namun ditambah dengan perkataan "Chibi", bagi membezakannya dengan 'dirinya' pada abad ke-20. Pertumbuhan fizikalnya terbantut, menyebabkannya masih mempunyai fizikal seperti seorang kanak-kanak, walaupun umurnya sudah mencecah 900 tahun (pengaruh kuasa kristal milik bondanya) serta tidak mampu menggunakan kuasa kristal. Impiannya adalah untuk menjadi seorang gadis dan puteri yang jelita, berhemah dan dihormati seperti bondanya, serta mempunyai seorang putera yang baik seperti bapanya. Identiti sebenarnya adalah anak kepada Usagi dan Mamoru pada abad ke-30. Cara dan layanannya terhadap Usagi dan Mamoru adalah berbeza, yang mana dia lebih sopan dan menghormati ayahanda dan bondanya (pada abad ke-30) dan lebih spontan apabila bersama dengan bakal ibu dan bapanya (pada abad ke-20); kerana perbezaan personaliti yang ketara antara kedua-dua mereka. Seorang yang mudah bersosial dan dilantik sebagai ketua kelas semasa berada di sekolah pada abad ke-20. Kurang mempunyai rakan dan bersahabat baik dengan Sailor Pluto dan Sailor Saturn (Hotaru). Merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan Ratu Neo-Serenity dan Raja Endymion serta dimahkotakan sebagai Puteri Mahkota Kerajaan Kristal Tokyo dengan gelaran "Gadis Kecil" (Small Lady) dan Puteri Chibi Serenity (Princess Lady Chibi Serenity). Pernah ditawarkan dengan kuasa kejahatan oleh Wiseman (Kumpulan Dark Moon); dan menyebabkannya bertukar kepada versi gelap; digelar "Gadis Licik" (Wicked Lady). Dihantar ke zaman lampau (abad ke-20) oleh bondanya, untuk dilatih sebagai perajurit dan memperoleh pengalaman bersama 'dirinya'. Menjelmakan diri sebagai "Sailor Chibi-Moon". Mempunyai kekuatan hati yang bersih dan suci serta mimpi yang indah, membolehkannya mendapat kuasa daripada Pegasus (Helios) dan mempunyai cermin mimpi yang berbingkai emas. Ini memberi kuasa padanya untuk memanggil Pegasus melalui panggilan "Twinkle Yell" dengan menggunakan Carillon Kristal. Dikatakan bahawa Helios merupakan 'Putera Yang Ditakdirkan' untuknya pada masa hadapan, namun tidak dijelaskan dengan lebih terperinci.




4. Hino Rei - Paderi (miko dalam bahasa Jepun) di Tokong Hikawa dan pelajar sekolah menengah tinggi. Mempunyai dua ekor burung gagak peliharaan yang diberi nama Phobos dan Deimos (nama yang diambil dari dua buah bulan yang mengelilingi planet Mars). Seorang yang yakin diri, berdikari, kurang mudah mempercayai orang lain, garang namun pada masa yang sama matang dan periang. Impiannya adalah untuk menjadi seorang Paderi serta boleh menjadi seorang Idol (sama ada dalam bidang nyanyian atau lakonan). Selalu berselisih faham dengan ahli kumpulannya, namun mudah memohon maaf. Kurang pengetahuan mengenai lelaki menyebabkannya kurang menghormati golongan ini, kecuali Mamoru. Berkebolehan meramal menerusi pengamatan sekeliling. Merupakan penjelmaan semula "Puteri Mars" yang bertugas sebagai pembantu dan pengawal kepada "Puteri Serenity" semasa di Kerajaan Kristal Bulan. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Mars" dan mengawal unsur api, serta senjata yang selalu digunakan adalah berbentuk busur dan panah yang dijana dari kuasanya yang berunsur api.

5. Mizuno Ami - Pelajar sekolah menengah yang sangat pintar tetapi pasif dalam kegiatan sukan. Bersekolah di sekolah yang sama dengan Usagi. IQnya berskala 300, yang membolehkannya menguasai sesuatu perkara dengan pantas dan cepat serta menggunakannya pada kadar yang maksima (dibuktikan apabila dengan mudah bermain game serta mendapat kedudukan tertinggi setiap tahun di sekolah). Kedua ibubapanya adalah golongan profesional (doktor dan professor) dan dia adalah anak tunggal. Ini menjadikannya sunyi, membuatnya sentiasa bermain komputer atau membaca bagi menghilangkan perasaan itu. Seorang yang pendiam, sukakan suasana tenang (tidak suka apabila melihat Rei bertengkar dengan Usagi), gemar membaca dan bermain catur.  Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Berkebolehan menganalisis situasi dan keadaan dengan tenang, menjadikannya sebagai 'perancang strategi' dalam kumpulannya. Impiannya adalah untuk menjadi seorang doktor seperti ibunya. Merupakan penjelmaan semula "Puteri Mercury" yang bertugas sebagai pembantu dan pengawal kepada "Puteri Serenity" semasa di Kerajaan Kristal Bulan. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Mercury" dan mengawal unsur air, serta senjata yang selalu digunakan adalah berbentuk harp (sejenis alat muzik pada zaman Greek) yang dijana dari kuasanya yang berunsur air. Aksesori tambahannya adalah sebuah cermin mata elektronik yang boleh menganalisis maklumat serta sebuah netbook pintar bagi digunakan bagi tujuan mencari maklumat, membuat strategi dan mengurus kumpulan.


 6. Kino Makoto - Pelajar sekolah tinggi yang aktif dalam bersukan. Mempunyai kekuatan yang mengagumkan, menjadikannya sebagai sumber 'kekuatan' bagi kumpulan. Seorang gadis yang memiliki ketinggian yang jarang dilihat oleh seorang pelajar sekolah tinggi. Bersekolah di sekolah yang sama dengan Usagi dan Ami, tetapi tidak pernah memakai pakaian seragam sekolah; kerana ketinggiannya itu tidak membolehkannya untuk mendapat saiz baju yang sesuai untuk dikenakan padanya. Ketua persatuan karate di sekolah, tetapi sangat mahir dalam memasak, kesenian, tarian dan bertani. Berkebolehan mempertahankan diri, setiakawan, berdikari dan sangat prihatin. Seringkali menjadi sasaran untuk membawa bekalan sekiranya membuat lawatan atau bercuti oleh kawan-kawannya. Impiannya adalah untuk berkahwin dengan lelaki idamannya serta mempunyai gerai menjual kek atau bunga. Merupakan penjelmaan semula "Puteri Jupiter" yang bertugas sebagai pembantu dan pengawal kepada "Puteri Serenity" semasa di Kerajaan Kristal Bulan. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Jupiter" dan mengawal unsur kilat dan guruh, serta senjata yang selalu digunakan adalah berbentuk tiara (mempunyai sebatang rod elektrik yang sangat tipis dan kecil) yang dijana dari kuasanya yang berunsur kilat dan guruh.


7. Aino Minako - Pelajar sekolah menengah dan kemudiannya memasuki sekolah menengah tinggi bersama dengan keempat-empat rakannya itu. Seorang gadis yang ceria, aktif bersukan, romantik, lebih berupaya menenangkan diri, bijak, bercita-cita tinggi, kurang rasional serta pantang melihat lelaki kacak. Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris, kerana pernah menetap di England buat beberapa ketika. Merupakan orang yang pertama menjelma sebagai "Gadis Berpakaian Kelasi" dengan nama samaran Sailor V dan dibantu oleh kucingnya yang diberi nama Arthemis. Mula menjelma pada usia 13 tahun dan diarah untuk menjaga keamanan di Bumi serta mencari "Puteri Serenity" yang telah dilahirkan semula. Antara kelima-lima perajurit ini, dia merupakan orang yang paling banyak mengingati peristiwa pada zaman lampau (penjelmaan dahulu), terutama ketika berada di Kerajaan Kristal Bulan. Pada awal pertemuan, dia telah mengakui bahawa dirinya adalah "puteri" yang dicari, bagi melindungi puteri yang sebenar bangkit dari 'pertapaannya'. Setelah kebangkitan Sailor Moon sebagai "Puteri Serenity", dia telah menjadi ketua bagi kumpulan dan mempunyai akses kepada sebuah pedang yang ditemui di Bulan, iaitu "Pedang Suci". Dia turut dikenali dengan nama "Perajurit Cinta & Kasih Sayang", yang mana berpadanan dengan nama dan gelaran seorang Dewi mitos Greek lama, iaitu Dewi Venus (Dewi Cinta). Merupakan penjelmaan semula "Puteri Venus" yang bertugas sebagai pembantu dan pengawal kepada "Puteri Serenity" semasa di Kerajaan Kristal Bulan. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Venus" dan mengawal unsur bintang dan cinta, serta senjata yang selalu digunakan adalah berbentuk seperti cemeti yang mengandungi beberapa sambungan 'love' dan dijana dari kuasanya yang berunsur bintang dan cinta.

8. Meioh Setsuna - Pada asalnya merupakan perajurit yang ditugaskan menjaga Gerbang Masa. Dikatakan  keturunan kepada Dewa Masa, iaitu Chronos (Dewa mitos Greek) dan salah satu daripada perajurit yang 'tidak dibenarkan' untuk dilihat. Merupakan satu-satunya rakan Chibi Usa, dan memanggilnya dengan gelaran "Small Lady", manakala dia dipanggil sebagai "Puu" atau "Plu". Berumur panjang, kerana boleh menjaga gerbang selama beberapa kurun. Telah dibenarkan untuk mendiami Bumi oleh Ratu Neo-Serenity (dalam anime) dan dijelmakan semula dalam kelahiran di Bumi (dalam manga). Sangat menghormati Ratu Neo-Serenity dan Raja Endymion dan akan mematuhi arahan mereka. Perwatakannya adalah sangat dingin, kurang bersosial, matang serta memahami. Memiliki kunci bagi merentas masa, yang diberikan kepada Chibi Usa bagi membolehkannya melarikan diri ke masa lampau dan meminta pertolongan Sailor Moon (tidak mengetahui bahawa pejuang yang selalu diceritakan oleh ayahandanya adalah bondanya sendiri ketika masih muda). Mempunyai kebolehan untuk meramal dan mengetahui kejadian pada masa lampau, masa kini dan masa depan; tetapi tidak sekali-kali menyatakannya kerana berpegang pada pesanan Ratu Serenity (bonda kepada Ratu Neo-Serenity) dan melanggar hukum alam. Digelar sebagai "Perajurit Yang Menjaga Alam Di Bawah" dan berada di dalam kumpulan "Perajurit Di Luar Sistem", bersama-sama Sailor Uranus, Sailor Neptune dan Sailor Saturn. Merupakan perajurit yang paling tinggi dalam kesemua Sailor Senshi. Merupakan penjelmaan semula "Puteri Pluto" yang bertugas menjaga kesinambungan planet dan juga planet di bawah jagaannya, iaitu Pluto. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Pluto" dan mengawal masa, ruang, 'dunia bawah' dan juga kegelapan. Senjata yang selalu digunakan adalah sebatang tongkat Garnet Orb, yang merupakan salah satu daripada 3 azimat untuk mencari  "Messiah" serta sekalung kunci yang terletak di pinggangnya, iaitu "Kunci Gerbang Masa".

9. Tenoh Haruka - Seorang wanita yang berpakaian dan berperwatakan seperti seorang lelaki (cross-dressed) berusia 16 tahun. Bersikap keras kepala, sangat melindungi (over protective), bersemangat waja, boleh diharapkan, menawan serta keanak-anakan. Ramai gadis yang salah sangka, terutama pada awal pertemuan dengan menganggap Haruka sebagai seorang remaja lelaki yang tampan; kerana penampilannya, berambut pendek serta kegemarannya dalam sukan lumba kereta. Berada pada ketinggian 5'10", menjadikannya kedua tertinggi selepas Sailor Pluto. Dia sangat suka menggoda dan mengusik gadis-gadis cantik; seperti seorang lelaki termasuk Usagi. Malah, dia adalah orang kedua yang memanggil Usagi dengan panggilan "Odango" selain Mamoru dan Seiya. Kurang senang dan mudah cemburu sekiranya melihat ada orang lain yang berada di samping Michiru dan akan melawan sekiranya perlu. Kebolehan lain yang dimiliki adalah mampu berlari dengan pantas (jaguh pecut di sekolah), pakar bermain pedang, mahir dalam seni mempertahankan diri serta bermain violin. Perhubungannya dengan Michiru adalah sekadar rakan rapat semata-mata; iaitu tanpa perhubungan fizikal atau seks. Menjaga Hotaru bersama-sama Michiru dan Setsuna setelah mendapati kanak-kanak itu adalah salah seorang daripada Sailor Senshi. Merupakan penjelmaan semula "Puteri Uranus" yang bertugas menjaga kesinambungan planet dan juga planet di bawah jagaannya, iaitu Uranus. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Uranus" dan mengawal angkasa (udara). Senjata yang selalu digunakan adalah sebilah pedang iaitu Pedang Angkasa/Space Sword, yang merupakan salah satu daripada 3 azimat untuk mencari  "Messiah".

10. Kaioh Michiru - Merupakan seorang gadis yang matang, sangat tenang dan bersopan. Dia juga kelihatan anggun dan lembut dengan 'aura' yang sangat menarik, sehingga mampu untuk membuat ramai orang tertarik padanya. Sangat bijak dalam setiap aspek, terutama dalam pendidikan dan kesenian; iaitu seni dan muzik. Sering kelihatan bergandingan dengan Haruka ke mana saja, sehingga menyebabkan ramai yang menganggap mereka seperti pasangan kekasih (hakikatnya Haruka adalah seorang wanita). Pernah mendapat pendidikan di luar negara, namun kembali ke Jepun untuk menyelesaikan tugasnya untuk mencari 3 azimat untuk mendapatkan "Messiah". Sepertimana Haruka, dia turut suka menggoda secara senyap dengan lelaki-lelaki kacak; namun tindakannya itu hanya sekadar untuk menyiasat dan tidak lebih dari itu (seperti ingin mengetahui siapa Seiya yang sebenarnya). Sangat mahir dalam bermain violin, cello dan piano; melukis dan berenang. Kemahirannya bermain violin membolehkannya digelar sebagai "Pemain Violin Genius" serta selalu dipanggil untuk membuat persembahan di serata tempat di Jepun. Violin miliknya, iaitu stradivarius yang dianggarkan bernilai 5 juta Dolar, diberi nama sebagai Marine Cathedrale; yang bermakna "Tokong Di Dalam Laut". Merupakan penjelmaan semula "Puteri Neptune" yang bertugas menjaga kesinambungan planet dan juga planet di bawah jagaannya, iaitu Neptune. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Neptune" dan mengawal lautan. Senjata yang selalu digunakan adalah sebuah cermin iaitu Cermin Laut Dalam/Deep Aqua Mirror, yang merupakan salah satu daripada 3 azimat untuk mencari  "Messiah".

11. Tomoe Hotaru - Pada permulaanya, merupakan rakan sekelas Chibi Usa. Kurang bergaul dengan pelajar lain dan ditakuti kerana dipercayai bahawa ayahnya adalah seorang saintis gila. Perwatakannya adalah pendiam, kurang mempamerkan perasaan, dingin serta kurang bersosial. Ibunya telah lama meninggal dunia, manakala ayahnya pula terlalu obses dengan projek sains sehingga telah menghambakan dirinya kepada kuasa jahat, dengan harapan Hotaru akan dapat hidup walaupun sebagai 'patung bernyawa'. Merupakan hos bagi ketua kejahatan iaitu Mistress 9 (Cik Puan Kesembilan), dengan abiliti yang sangat berkuasa serta menyerlahkan dirinya dalam karekter yang lebih berbeza; sama ada secara fizikal dan mental. Merupakan perajurit yang paling ditakuti oleh semua Sailor Senshi yang lain, kerana mempunyai kuasa untuk memusnahkan alam semesta dan menghapuskan kehidupan di sesebuah planet sekiranya dibangkitkan dari 'tidurnya' yang lena. Ini berpadanan dengan gelarannya iaitu "Perajurit Yang Pendiam", "Perajurit Pemusnah" serta "Perajurit Kematian & Kelahiran Semula". Rakan karib kepada Chibi Usagi dan sentiasa membantunya ketika di dalam kesusahan. merupakan satu-satunya perajurit yang mampu 'membesar' pada kadar yang pantas dan menjelma kembali sebagai seorang manusia yang sempurna. Merupakan penjelmaan semula "Puteri Saturn" yang bertugas menjaga kesinambungan planet dan juga planet di bawah jagaannya, iaitu Saturn. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Saturn" dan mempunyai kuasa pemusnah, kematian dan kelahiran semula. Senjata yang selalu digunakan adalah sebatang tongkat iaitu Silence Glaive, yang digunakan untuk menjana kuasa pemusnah yang kuat.


12. Luna, Arthemis dan Diana - Dua ekor kucing yang memiliki kuasa istimewa dan pembantu kepada Ratu Serenity ketika kewujudan Kerajaan Kristal Bulan. Sebelum kemusnahan kerajaan itu, Ratu Serenity telah 'menidurkan' dan menghantar mereka ke Bumi, supaya mereka akan dapat membantu penjelmaan semula Puteri Serenity dan membina semula kerajaan bulan yang musnah. Arthemis adalah lebih tajam ingatannya; dengan abiliti untuk mengingati memori lampau berbanding Luna. Di Bumi, mereka terpisah dan kemudian berkhidmat dengan orang yang berbeza; Arthemis bersama Minako manakala Luna bersama Usagi. Sungguhpun berbeza pendapat dan kadangkala bertengkar, mereka adalah rakan yang baik serta berkongsi tujuan yang sama; iaitu memberi bimbingan dan nasihat kepada Sailor Senshi terutama Sailor Moon (Puteri Serenity). Berkebolehan untuk menukar bentuk fizikal mereka kepada manusia biasa namun tanda bulan di dahi mereka masih kekal. Mereka dikatakan akan menjadi pasangan hidup pada masa hadapan dengan kemunculan Diana, iaitu satu-satunya anak yang dilahirkan pada abad ke-30. Diana adalah seekor anak kucing yang sopan, lemah lembut, manja dan periang. Seperti ibu dan bapanya, dia ditugaskan untuk menjadi pembantu kepada Chibi Usa. Dia juga adalah salah seorang rakan baik dan menasihati Chibi Usa sekiranya terjadi sebarang masalah. Diana turut berkebolehan menukar bentuk kepada manusia biasa, namun hanya di dalam manga sahaja.

Sailor Starlights




13. Kou Seiya - Ketua dan vokalis utama di dalam kumpulan muzik serta Sailor Senshi Starlights. Dalam samaran lelaki, dia dikenali sebagai seorang yang sombong, bangga diri, yakin, suka mengusik dan menggoda gadis serta menawan. Di dalam kumpulannya, dia seorang yang tidak mudah putus asa, tidak suka menerima kekalahan dan dikatakan tidak cukup bagus (sama ada dalam persembahan, kelakuan atau penampilan diri). Dalam samarannya yang sebenar (wanita), dia seorang yang lasak tetapi serius dalam menjalankan tugasan. Sepanjang di Bumi, dia telah bertemu dengan Usagi dan membangkitkan rasa cinta yang mendalam kepadanya; namun situasi ini lebih kepada cinta tidak berbalas. Mudah cemburu apabila melihat dan mendengar perkara mengenai Mamoru daripada Usagi, dia beranggapan lelaki itu 'tidak bertanggungjawab' kerana tidak pernah mengambil berat akan perasaan Usagi. Sikap keras kepalanya terserlah apabila tidak menghiraukan amaran Taiki dan Yaten supaya tidak menjalinkan hubungan dengan Usagi, terutama setelah mengetahui identiti Usagi yang sebenar. Merupakan pengikut bagi Puteri Kakyuu dan kehadirannya ke Bumi adalah untuk mencari dan membawa pulang puterinya ke tempat asal mereka. Berupaya menjelma sebagai "Sailor Star Fighter". Namanya diambil sempena nama dari mitos Hindu Trimurti, iaitu Shiva (Pemusnah), dan juga agama Shinto (Jepun), iaitu "Matahari". Simbol nama itu boleh dilihat menerusi warna bunga ros yang dipakai sewaktu persembahan, iaitu berwarna merah.

14. Kou Taiki - Memiliki kepintaran yang menandingi Ami dan beranggapan bahawa mempunyai hubungan romantik dengan seseorang gadis adalah melecehkan. Namun, sikap Ami yang merendah diri dan menghormati orang-orang di sekelilingnya membuatkan dia mula berubah; terutama memberi peluang kepada Eternal Sailor Moon menyembuhkan kembali raksasa (sebenarnya adalah manusia yang dirasuk dan merupakan guru yang paling dihormati oleh Ami), berbanding menghapuskannya seperti raksasa sebelumnya. Seorang yang mudah putus asa, tetapi mudah sedar kembali. Seorang yang memiliki pemikiran yang lebih rasional dan tegas, namun ada kalanya hilang sabar apabila mendapati Seiya tidak mahu mendengar nasihatnya. Mula menerima kumpulan yang diketuai Usagi setelah mendapati kesungguhan dan kemurahan hati yang dimiliki oleh Usagi. Sangat meminati sastera dan kadangkala kelihatan bertukar pandangan dan pendapat bersama Michiru.  Berupaya menjelma sebagai "Sailor Star Maker". Namanya diambil sempena nama dari mitos Hindu Trimurti, iaitu Brahma (Pencipta), dan juga agama Shinto (Jepun), iaitu "Bulan". Simbol nama itu boleh dilihat menerusi warna bunga ros yang dipakai sewaktu persembahan, iaitu berwarna putih.

15. Kou Yaten - Memiliki sifat yang agak gemar menjauhkan diri, berfikiran agak sinis, kurang bersosial dan tidak meminati kegiatan sukan. Kadangkala mengeluarkan kata-kata yang tajam, terutama ketika menyindir seseorang tetapi kurang ambil tahu tentang pandangan orang lain terhadapnya. Matlamatnya hanya ingin fokus dalam pencarian Puteri Kakyuu dan sikapnya yang celupar menjadi teguran Taiki yang menyatakan ia akan mengurangkan jumlah peminat mereka. Sangat mudah rapat dengan Luna, kerana kucing itu mampu memahami pemikirannya. Sangat curiga dan berhati-hati, terutama dengan orang yang tidak dikenali dan menghalang Seiya dari meneruskan hubungan dengan Usagi. Mula menerima kumpulan yang diketuai Usagi setelah mendapati kesungguhan dan kemurahan hati yang dimiliki oleh Usagi. Sangat meminati bidang fotografi, tetapi tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti kelab di sekolah kerana lebih suka pulang ke rumah.  Berupaya menjelma sebagai "Sailor Star Healer". Namanya diambil sempena nama dari mitos Hindu Trimurti, iaitu Vishnu (Penyembuh), dan juga agama Shinto (Jepun), iaitu "Bintang". Simbol nama itu boleh dilihat menerusi warna bunga ros yang dipakai sewaktu persembahan, iaitu berwarna kuning.

 Nota : Terdapat banyak lagi watak-watak...ini hanya watak-watak utama. Saksikan perkembangan manga dengan baik.

Penilaian : Manga ini harus dibaca kerana merupakan manga jenis 'veteran' yang telah lama terdapat di pasaran sebelum yang lain. Karakter-karakter yang berlainan dan susunan cerita yang tersusun menjadikan cerita ini menarik.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan