BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Isnin, Mei 17, 2010

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!!!

        Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog yang setia dan sudi berkunjung ke laman saya yang tidak seberapa ini. Syukur kepada Tuhan, hamba masih dipanjangkan umur untuk masih bertapak di bumi yang fana ini, disamping mencari keberkahan hidup, juga menunaikan ibadah kepada Tuhan Yang Satu. Alhamdulillah...


        Kira-kira 27 jam yang lepas, kita semua telah menyambut hari yang paling istimewa, hari di mana kita semua mengenang dan menghargai jasa seorang pendidik, yang mana telah banyak berbakti mencurah ilmu dan keringat untuk kita....Pelbagai gelaran diberi kepada mereka seperti cikgu, Dr., Professor dan sebagainya...tapi mereka masih seorang pendidik yang mana telah memberikan ilmu kepada kita, walaupun hanya ilmu yang kecil; hatta mengajar kita menyuapkan makanan juga layak digelar guru. Begitu mulianya peranan dan gelaran guru, dan tidak hairan sekiranya peranan guru sangat penting pada zaman sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan; iaitu ketika penggubalan dilaksanakan. Sememangnya, guru memang telah banyak berjasa pada kita...dan juga bergantung pada usaha kita untuk menjadikannya kenyataan.

        Hamba berkata sedemikian kerana ia adalah berdasarkan kepada pengalaman hamba sendiri. Hamba sebenarnya bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar yang pintar, hamba boleh dikatakan sebagai pelajar yang agak lembab, malah agak lemah dalam mengingati sesebuah perkara. Tetapi, akan menjadi mudah, sekiranya hamba melakukannya dalam bentuk pengulangan. Sejak berusia 3 tahun, hamba telah diarah untuk menulis dengan menggunakan tangan kanan oleh bonda. Bonda adalah guru hamba yang pertama, selain ayahanda hamba. Bonda menyediakan buku tulis bergaris 3, dan menulis A, B, C sehingga Z dalam setiap muka surat. Bonda juga akan menyemak hasil kerja hamba setiap kali usai melakukan kerja rumah. Hasilnya, hanya hamba seorang sahaja yang boleh menggunakan tangan kanan untuk menulis dan melukis. Adinda hamba yang lain pula bertangan 'kidal', mengikut ayahanda. Malah, boleh dikatakan tulisan hamba agak kemas dan seringkali 'perkhidmatan' hamba akan digunakan sekiranya menulis surat atau mengisi borang-borang sekolah atau buku-buku. Ayahanda pula rajin membelikan hamba 'jingsaw puzzle' dan ini melatih hamba untuk lebih cekap dalam mengingat patah perkataan dengan baik. Sekiranya hamba malas, alamatnya hamba akan dihukum, bukan dengan rotan, bukan dengan tamparan, tetapi dengan tali pinggang yang akan dilibas pada tangan. Pedihnya...Tuhan saja yang tahu...

     Dalam keagamaan pula, ayahanda adalah guru yang sangat tegas dan garang. Jangan sesekali meninggalkan solat!!! Juga amalkanlah membaca Al-Quran. Masih ingat lagi, hamba dan adinda hamba, Kamal diajar ayahanda mengaji Muqaddam, terutama usai solat Maghrib dan Isyak. Waktu pengajaran itu, amatlah menyeksakan. Keadaan ini disebabkan hamba tidak boleh silap sebut ayat semasa membaca. Alamatnya, teruklah rotan ayahanda melibas lantai. Apalagi, terketar-ketarlah hamba dan adinda hamba membaca...Itu belum lagi dengan juraian air mata yang dah lama melimpah di mata...Adinda hamba sampai terkencing-kencing akibat ketakutan...Bila diingatkan kembali, lucu pula rasanya...Tapi, kini akibat penangan itu, hamba dan adinda hamba Kamal lebih baik dalam bacaan Al-Quran. Adinda hamba tamat ketika berada dalam Darjah 3, manakala hamba pada Darjah 5. Cuma hamba agak kesal, kerana tidak sempat mempelajari bacaan Al-Quran secara berlagu secara mendalam, kerana 'penyakit wanita' yang tidak menentu. Tapi, hamba akan cuba untuk memperbaikinya...Insyaallah...

       Guru hamba yang ketiga pula adalah ayahanda saudara dan bonda saudara pihak ayahanda hamba. Ayahanda saudara, Pak Su adalah seorang lelaki yang sangat gemar membaca. Keadaan ini ditambah lagi dengan kedudukannya sebagai seorang pelajar, dan mengambil peperiksaan STPM sebanyak 3 kali. Maka, hamba seringkali menemaninya membaca di rumah, di perpustakaan sekolah, di rumah guru dan juga di masjid. Buku pertama yang hamba baca adalah Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Koleksi buku-buku Pak Su amat banyak; tetapi yang hamba paling gemar ambil untuk dibaca antaranya adalah Hikayat Merah Silu, Hikayat Hang Tuah (versi lama), Hikayat Raja Bersiung, Buku Cerita-Cerita Rakyat Malaya Lama, Hikayat Pahang, Hikayat Pangeran Diponigoro (tak ingat nama penuh) dan Hikayat Panji Semirang. Bonda saudara pula, iaitu Mak Chik adalah orang yang paling menghargai bakat melukis hamba, sejak hamba kecil lagi. Mak Chik akan membelikan hamba alatan lukisan sekurang-kurangnya sehelai kertas lukisan untuk melukis pelbagai bentuk yang hamba inginkan (ayahanda tidak suka hamba melukis, katanya membuang masa). Perkara yang paling tidak dapat hamba lupakan adalah mendapat hadiah sebuah buku cerita "Cerita Rakyat Seluruh Dunia" dan set melukis daripadanya apabila mendapat tempat pertama dalam kelas semasa Darjah 4.





       Semasa memasuki Darjah 1, hamba tidak dapat mengejar pengajaran di dalam kelas, kerana sikap hamba yang agak pasif dan tidak bergaul dengan pelajar lain. Ditambah pula dengan kelemahan hamba yang 'perlahan' dalam menangkap pelajaran yang diajar oleh guru, menyebabkan hamba sering didenda dan dirotan guru, apabila soal-jawab berlangsung. Mata pelajaran yang paling hamba lemah adalah Matematik dan Bahasa Inggeris. Namun, semasa subjek Lukisan dan Muzik, hamba dapat mengikutnya dengan baik. Keadaan ini berlanjutan sehingga hamba mencecah Darjah 4. Hamba tidak tahu di mana silapnya, kerana hamba sudah berusaha bersungguh-sungguh; malahan membuat latihan tambahan di rumah, namun masih tidak berjaya. Ada ketikanya, hamba merasa putus asa dan merasa sangat cemburu apabila melihat pelajar cemerlang mendapat hadiah ketika majlis anugerah diadakan. Tindakan ayahanda bertambah tegas, hamba dilarang bermain dengan teman-teman lain dan dipaksa berkurung di rumah, menyiapkan kerja sekolah dan menolong bonda di dapur. Dunia hamba ketika itu, hanyalah buku, buku dan kamus. Malah, ayahanda memaksa hamba menghafal Kamus Oxford Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu sehelai setiap hari, dan akan disoal oleh ayahanda pada malam hari. Jika gagal, hukumannya; tambah lagi sehelai. Pada usia 10 tahun, sudah semestinya naluri ingin berkawan itu ada, tetapi terhalang dek sikap tegas ayahanda. Pada hari minggu pula, ayahanda membawa hamba ke ladang, membantunya mengerjakan ladang dan mengutip getah. Kesannya, hamba agak kasar dan bersifat agak kelelakian serta kera sumbang. Kawan, tiada dalam Kamus Hidup hamba ketika itu.

        Mujur, penyelamat hamba tiba pada ketika hamba benar-benar putus asa. Benar kata bidalan, Guru itu ibarat cahaya yang menyinari. Hamba juga begitu. Kehadiran Sir Veera Kumaran dan Cikgu Norhaida memberikan makna yang mendalam dalam diri hamba. Dari merekalah, bermulanya titik mula perubahan diri hamba, 'kelahiran semula' hamba dari seorang yang kera sumbang kepada peramah dan dikenali sebagai wakil sekolah. Sir Veera Kumaran mengajar hamba Bahasa Inggeris dengan cara yang paling berkesan, iaitu dengan menggunakan kebolehan penghafalan menggunakan alphabet dan semasa mengajar pelajar, menggunakan kebolehan pelajar itu sendiri. Contohnya, hamba sendiri. Beliau menyedari bakat hamba dan telah mengatur supaya hamba melukis gambar-gambar berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar, kalau Grammar pula, beliau menggunakan kaedah suai-kenal gambar dan singkatan ayat. Malah, menggubah lagu dan lirik yang mudah difahami dan sedap didengar; disamping menggalakkan pelajar menari dan bertepuk tangan. Cikgu Norhaida pula, bersifat lembut dan tidak akan menengking atau memarahi para pelajarnya yang tidak dapat menjawabnya dengan baik; sebaliknya menggunakan pembayang yang digemari pelajar. Contohnya, jika 4503 bahagi 43. Beliau akan berkata, "Bayangkan kamu sedang membaling 4503 biji buah rambutan kepada 43 orang yang kamu benci? Berapa yang akan kamu baling pada setiap seorang?" Beliau menggunakan pendekatan logik dan khusus, ditambah dengan cara pengajaran yang sistematik serta kesabaran beliau, akhirnya hamba berjaya mengatasi semua pelajar, bukan sahaja dalam kelas, malah dalam Darjah dan akhirnya berjaya menerima anugerah kecemerlangan buat kali pertama pada akhir tahun 1998.

          Namun, ada pengorbanan seorang guru yang paling tidak dapat hamba lupakan. Nama beliau adalah Cikgu Jawahir. Beliau adalah guru Matematik Moden hamba semasa sedang menuntut di sebuah sekolah di Kuala Lipis, semasa berada di dalam Tingkatan 5 iaitu kira-kira 3 bulan lagi untuk mengambil peperiksaan SPM. Beliau mengajar dengan penuh semangat dan sentiasa bertenaga. Namun, pada suatu hari, semasa sedang mendaki tangga ke kelas hamba di tingkat 2, beliau tiba-tiba rebah (Hamba ketika itu sedang menggendong buku-buku latihan yang diarah oleh beliau). Hamba bertambah kalut melihat ada cairan merah sedang meleleh dari celah kakinya dan menitis ke lantai. Hamba segera memapah beliau dan berteriak meminta pertolongan. Rakan-rakan lelaki segera mengusung beliau ke dalam kereta salah seorang guru lelaki dan membawanya ke hospital. Kemudian, kami dikhabarkan bahawa beliau keguguran kerana bekerja terlalu kuat. Hamba dan rakan-rakan sangat terharu dengan kesungguhan beliau, ditambah bahawa sebenarnya beliau dan suami sangat ingin menimang anak kerana puteri tunggal mereka sudah berusia 10 tahun. Tetapi, disebabkan keprihatinan beliau terhadap kami, beliau mengabaikan tekanan dan meneruskan tugasannya...Terima kasih cikgu!!


        Sebenarnya, ada banyak lagi guru yang ingin hamba ucapkan terima kasih; terutama Cikgu Hamidah, Cikgu Raof, Cikgu Saribunis, Cikgu Amelia, Mrs Liew, Cikgu Raja Shukri, Cikgu Saba, Cikgu Norlida, Cikgu Syarifah dan insan yang lain. Ucapan ini juga hamba tujukan kepada rakan hamba, Nor Naiemah yang telah sudi mengajarkan pengendalian mengenai komputer semasa berada di Tingkatan 4; iaitu bagi pengajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat (IT) ketika itu. Tanpanya, mungkin hamba sehingga kini masih 'buta' tentang istilah komputer. Juga kepada sahabatku, Jamiah yang mengajar hamba kepenggunaan komputer secara meluas dari segi di dalam, dan di luar komputer; iaitu perisian dan internet. Malah, kepada rakan semejaku, Nurul Hayati yang kini berada di UKM kerana mengajarku cara penghafalan mata pelajaran Sejarah (K1 & 2), Geografi (K1 & 2), PA (K1) serta PS (K1) dengan betul dan sempurna. Terima kasih semua!!!! Tidak lupa juga kepada semua pendidik, 

SELAMAT HARI GURU!!! HAPPY TEACHERS DAY!!!

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan