BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, November 28, 2010

Tinta Kenangan Sepanjang Minggu...

      Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger semua. Hamba kini sedang berada dalam cuti semester, maka hamba harap semoga sahabat-sahabat sekalian memaafkan hamba yang senantiasa khilaf dalam melaksanakan tugasan ini, juga mungkin sentiasa dianggap memungkiri janji yang telah diberikan. Hamba juga insan biasa yang lemah, berbanding dengan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W serta Pencipta kita Yang Satu iaitu Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurnia dari-Nya, hamba masih utuh bertapak di muka bumi ini; untuk sama-sama bernafas di muka Bumi ini dan berkongsi pengalaman dan idea dengan semua.

      Al-kisah yang ingin hamba kongsi adalah mengenai kenduri / majlis perkahwinan yang dilangsungkan oleh pensyarah hamba, Professor Zakaria Ali; bagi meraikan beliau dan keluarga yang baru menerima menantu sulung pada 27 November lepas. Majlis dilangsungkan di rumah beliau di Diamond Heights, berdekatan dengan pusat INSTUN Tanjung Malim. Beliau dan isteri baharu sahaja menerima menantu perempuan sulung daripada anakanda sulung mereka iaitu Ijoi. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun pada ulah petangnya hujan turun dengan agak lebat juga. Majlis berlangsung dengan meriah tetapi masih mengekalkan kesederhanaan. Kedua-dua mempelai sama segak, dan sama padan. Mempelai perempuan pula adalah saudara sepupu dengan rakan kepada sahabat baik hamba, Md Din; iaitu Asmah. Di sana, hamba bertemu Asmah dan sempat beramah mesra sambil diiringi oleh Md Din .Terfikir pula di kepala, bila agaknya hamba dapat lihat kedua-dua pasangan yang hamba lihat kena dan secocok ini akan bersatu? Sebabnya, hamba sebagai sahabat sangat berkenan dengan Asmah, yang pada hamba mempunyai ciri-ciri isteri solehah; dan kena pula dengan sikap Md Din sendiri. Herm...alameknyo eden kono tunggui lagi duo taun setongah la eh nak meraso nasik minyak mereko ni ah...(hahaha....maaf orang Negeri ya!)
        Hamba hanya membantu mana yang patut sahaja. Bonda kepada Prof Zakaria pula amat ramah dan senang untuk berinteraksi bersamanya. Hamba pula selalu tersasul memanggilnya "Tok", kerana sudah biasa memanggil nenda-nenda hamba di Pahang begitu. Bila memanggil "Wan" agak kekok, maka hamba gabungkan sekali panggilan tersebut dengan "Tok Wan". Tok Wan pula sentiasa memuji hamba kerana berupaya melaksanakan tugasan di dapur dengan baik (penat juga kadang-kadang mendengar orang sentiasa memuji, bukan apa; takut menimbulkan iri hati pada orang lain serta riak pada diri sendiri). Yang membuatkan hamba bertambah segan dan pening, rupa-rupanya Tok Wan salah faham akan hubungan di antara hamba dan Md Din! Tok Wan ingatkan hamba adalah tunang / teman wanita Md Din, dan sudahlah begitu semua orang di rumah Prof  mengetahuinya. Lebih mengharukan (sebenarnya hamba nyaris-nyaris nak tergelak bila Tok Wan menyatakannya), dia merasakan hamba dan Md Din ada jodoh serta insyaallah hubungan persahabatan kami akan menjejak ke gerbang perkahwinan! Herm....Kasihan Tok Wan. Maafkan hamba, Tok Wan; nampaknya firasat Tok Wan itu tak akan kesampaian...sebab kami berdua hanya rakan tapi mesra. Ish, ngeri pula hamba jadinya. Tak sanggup den nak pikir.....

          Buah tangan dari keluarga pengantin juga sangat banyak. Hamba sendiri sampai tak menang tangan dan membawa pulang cenderahati / buah tangan yang banyak pulang ke teratak sewa hamba. Lebih menggelikan hati hamba, Md Din juga agak penakut juga orangnya. Semua ini disebabkan hamba telah menceritakan perkara-perkara seram (lebih kepada cerita hantu la) kepadanya pada malam semalam, sampai dia agak kurang yakin untuk pulang ke rumah. Herm, tapi agak baik juga. Hamba dapat berborak dengannya sampai pukul 1 malam (jangan salah faham, perbualan kami lebih ke arah bidang yang kami ambil). Sebagai sahabat, hamba juga mahu melihat rakan-rakan hamba berjaya, lebih-lebih lagi Nurra, Md Din dan Fitri.

        Semalam hamba juga hamba telah mendendangkan 4 buah lagu semasa majlis perkahwinan tersebut. 3 buah lagu adalah berdasarkan sesi karaoke pada waktu petang; antaranya Apa Guna Berjanji (Saloma), Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza) dan Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar). Pada sebelah malamnya pula; iaitu sesi barbeqiu terdapat juga sesi nyanyian dengan band iaitu lagu Seandainya Masih Ada Cinta yang dipopularkan oleh Dayang Nurfaizah. Sekurang-kurangnya hamba membalas jasa tuan rumah dan menghiburkan mereka, di samping melepaskan tekanan yang ada. Pendek kata, sekadar bersuka-suka. Hamba juga berkenalan dengan adinda kepada Prof, iaitu saudara Fazdin. Pendapat hamba mengenainya adalah, dia bersifat mesra, baik dan mudah diajak berbual. Mungkin disebabkan sikapnya yang agak menyerupai ayahanda. Tetapi, hamba sentiasa beringat dan menjaga batasan antara kami, agar tidak menimbulkan fitnah pula. Hamba juga kini kena menjaga kesihatan, kerana hamba rupa-rupanya mempunyai tekanan darah rendah. Padanlah hamba mudah pening dan diserang demam, terutama apabila membuat kerja-kerja studio. Herm, dah ditentukan. Jadi terima sahajalah dengan rela.

        Oh ya, di sini ingin hamba war-warkan kepada semua rakan-rakan supaya menghadirkan diri ke Pameran Tenun Pahang yang berlangsungkan di Muzium Negara, yang mana telah bermula sejak 26 November 2010 sehingga 31 Disember 2010. Keadaan ini disebabkan Tok Tuan hamba adalah salah seorang penenun yang menghasilkan Kain Tenun Pahang secara tradisional di Kampung Pulau Keladi di Pekan, Pahang. Mungkin ada yang mengenalinya sebagai Puan Nortipah, iaitu salah seorang penghasil barangan kraf di Malaysia. Bukan berbangga, tetapi untuk mengajak rakan-rakan semua menghayati akan keindahan dan keunikan seni tradisi yang telah sekian lama bertapak di negara kita. Kalau kita sebagai bangsa Melayu yang tidak menghargai seni dan budaya masyarakat kita sendiri, siapa lagi? Jadi, renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabatku. 

        Akhir kalam dari hamba, semoga apa yang hamba lakarkan di warkah maya ini sama-sama mendatangkan ingatan serta maafkan hamba andainya penulisan hamba kali ini mengguris akan hati dan perasaan insan-insan yang berkaitan. Wassalam.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan