BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Khamis, Disember 30, 2010

Syabas Harimau Malaya!!! Syabas Malaysia!!!

        Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, terutama rakyat Malaysia yang dicintai. Alhamdulillah, dengan berkat limpah dan kurnianya, maka akhirnya Piala AFF Suzuki 2010 menjadi hak milik mutlak skuad Harimau Malaya kita. Syukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah berkah dari-Nya dapatlah pula negara kita 'merasa' nikmat menjadi juara, terutama menerusi sukan bola sepak kita yang dilihat hambar selama ini. Malah, ini sekaligus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa skuad Harimau Malaya kita telah lama kehilangan taring. Kehadiran pemain-pemain muda yang mana menjadi tunjang dan penggerak kepada pasukan ini memang wajar mendapat pujian umum, khususnya warga Malaysia sendiri bahawa masih ada pemain negara yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan visi dan misi permainan bola sepak negara, malah mencerminkan kematangan setiap pemain, terutama dalam berhadapan situasi yang kritikal dan tekanan semasa berada di padang.



Pemain-pemain Harimau Malaya sebelum permainan bermula
         Hamba bukanlah seorang peminat tegar bola sepak, namun sekadar terpanggil untuk sama-sama memberikan dorongan dan semangat kepada wakil negara kita. Situasi bola sepak yang meruncing kini ibarat 'Mati Hidup Semula' apabila melihat kebangkitan skuad bola sepak negara kita. K. Rajagobal , sebagai jurulatih juga harus diberikan mata/kredit pujian kerana telah lama dan berhempas pulas untuk menggilap pemain-pemain muda yang boleh dianggap setahun jagung ini dari sebuah batu bongkah yang buruk menjadi sebiji jed yang tak ternilai harganya. Keadaan ini boleh dianggap sebagai "Kalau Tak Dipecahkan Ruyung, Manakan Nak Dapat Sagunya". Selain itu, usaha dan semangat pemain-pemain kita juga tidak boleh diperkecilkan, walaupun pada perlawanan pertama dahulu tewas di tangan pasukan yang sama dengan agreget 5-1. Hamba juga menonton perlawanan itu, dan benar seperti apa yang diperkatakan oleh K.Rajagobal sendiri; pasukan kita ketika itu masih 'mentah' dan masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran ketika itu. Malah, ujian pertama ditempuhi dengan tabah dan diambil sebagai pengalaman. Hatta, jurulatih pasukan Indonesia sendiri turut mengakui, iaitu sebelum perlawanan terakhir (Bahagian Pertama) di Studium Bukit Jalil, Malaysia telah mengatakan bahawa pasukan Malaysia bukan lagi pasukan yang sama seperti mula-mula ditemui dahulu.



Jaringan kedua yang disudahi oleh Mohd Safee Mohd Sali yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia.

           Telahan dan tanggapan itu adalah benar, apabila menerusi perlawanan tersebut, mendapati Malaysia mampu untuk menangkis terjahan dan umpanan bola ke gawang pasukan negara dengan begitu baik terutama menerusi separuh masa pertama. Strategi yang dijalankan oleh K. Rajagobal menjadi, ditambah dengan semangat kerjasama dan interaksi yang baik di antara pemain-pemain penyerang, menyebabkan jentera serangan yang mantap terhasil dengan baik. Ini merupakan 'hadiah' Tahun Baru yang bakal disambut dalam beberapa hari lagi oleh semua rakyat Malaysia. Syabas kepada semua pemain, kerana sekiranya tidak wujud kerjasama dan semangat Malaysia Boleh dikalangan mereka, tentu mereka tidak akan sampai hingga ke tahap ini. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol kita, iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana tindakan refleks yang baik telah dilakukan olehnya sepanjang perlawanan berlangsung. 


Video Perlawanan Pertama Malaysia vs Indonesia Di Studium Bukit Jalil

          Tindakan pantas dan jitu dalam menyelamatkan gawang negara daripada bolos, mencetuskan tangkapan yang cantik serta mengagumkan penonton-penonton / peminat-peminat bola sepak. Ketelitiannya adalah hasil latihan yang gigih dan sewajarnya mendapat pujian dan skillnya boleh dikatakan hampir menandingi bekas penjaga gol Malaysia yang terdahulu. Malah, pujian juga harus diberikan kepada pemain penyerang serta pemain tengah kita seperti Safee, Shahrul, Ashari, Kunanlan serta Chanthuru yang mampu mengasak serta memberikan tekanan kepada pihak lawan semasa berada di padang. Skill individu di antara mereka telah digunakan sebaik-baiknya di padang, dan mencetuskan rangkaian kerjasama yang baik menyebabkan mereka ditakuti di padang. Mereka juga bijak untuk mencuri ruang dan mengambil peluang dari kelemahan pihak lawan. Dalam kedua-dua perlawanan, didapati Indonesia sangat agresif dalam pencarian mata gol, tetapi masih dapat dipertahankan oleh Malaysia; walaupun masih dibolosi dengan 2 gol. Mereka mula mengakui bahawa pemain-pemain Malaysia tdak boleh diperkecilkan lagi, menerusi rentak permainan yang dipersembahkan di Bukit Jalil. 


Pemain-pemain negara bergambar kenangan dengan Sultan Pahang selepas selesai perlawanan. Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan.

           Namun, insiden laser yang berlaku semasa perlawanan akhir bahagian pertama jelas agak mencalarkan maruah dan imej Persatuan Bola Sepak negara; menunjukkan bahawa pihak keselamatan khususnya hendaklah lebih prihatin kerana insiden ini bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi pemain, malah akan merencatkan perlawanan yang sedang berlangsung. Malah, ini menimbulkan kekeruhan dan membangkitkan semula sensitiviti antara negara yang sememangnya tidak begitu baik. Seharusnya, peminat bola sepak negara lebih waras dan tenang serta memahami akan semangat kesukanan. Tindakan itu bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah menyebabkan permainan diberhentikan selama 5 minit. Kenapa boleh jadi begitu? Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa tahap pemikiran sesetengah peminat di Malaysia masih di tahap yang rendah, dan kurang pendedahan mengenai aspek kesukanan dan hanya ingin menggunakan 'jalan pintas' bagi meraih kemenangan. Hamba boleh katakan bahawa 'orang' yang melakukannya ini rendah tahap pendidikannya serta EQnya. Kenapa? Kerana dia tidak tahu membezakan apakah betul tindakan yang dilakukannya, atau tidak. Hamba mohon maaf kepada sesiapa yang terasa, kerana itulah perkara sebenar yang boleh hamba nyatakan. 


Perlawanan Selepas Insiden Laser - Sultan Pahang amat murka sehingga turun padang untuk melihat keadaan

          Baiklah, selesai sudah kejohanan ini. Kini, pasukan Harimau Malaya mesti cuba untuk memantapkan lagi pasukan mereka, terutama dari aspek stamina. Hamba mahu melihat pasukan ini bangun dengan gah, bukan sahaja di rantau Nusantara, malah digeruni di Eropah juga. Siapa tahu, suatu hari nanti pasukan kita akan mampu mencipta rekod baru seperti negara Timur lain seperti Jepun dan Korea, yang telah mampu menjejakkan kaki ke Piala Dunia. Jangan pula selepas memperoleh kemenangan ini, para pemain lupa diri dan mengabaikan latihan-latihan yang harus dijalankan. Biarlah kemegahan ini berlanjutan dan dengan berani saya katakan, kini adalah masa di mana ngauman Harimau Malaya bangkit kedengaran di Nusantara!! Sekian, itu sahaja daripada hamba. Di sini hamba lampirkan, sedikit review perlawanan akhir pertama di Studium Bukit Jalil sebagai tatapan kenangan dan harapan agar taring skuad Harimau Malaya kita bertambah runcing untuk menggenggam kejayaan seterusnya. Hidup Malaysia!! Syabas Harimau Malaya!!!

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan