BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, Disember 05, 2010

Tinta Kenangan Sepanjang Minggu 2...

      Assalamualaikum kepada semua rakan -rakan bloggers. Semoga dirahmati oleh Allah S.W.T. Al-kisah hamba kini sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman hamba, pada awal keesokkan harinya. Oleh itu, ingin hamba maklumkan kepada sahabat-sahabat semua bahawa hamba tidak akan dapat melakar sebarang tinta di laman ini buat sementara waktu kerana ketiadaan line broadband lagi di rumah, setelah ayahanda menamatkan perkhidmatan tersebut 2 bulan yang lalu. Keadaan ini disebabkan ayahanda jarang menggunakan perkhidmatan ini, dek kerana sudah mempunyai line streamix di pejabat.

      Pada 2 Disember yang lalu, hamba telah selesai menghantar tugasan kerja kursus bagi Studio Kayu Asas. Alhamdulillah....selesai sudah seksa hamba untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hamba akui, bahawa hamba kurang mahir dalam mengukir kayu. Mungkin disebabkan sikap hamba yang kurang sabar dan tidak mempunyai 'jiwa' atau 'semangat kayu' yang diinginkan. Tapi, syukur segalanya sudah selesai. Kemudian, pada pukul 3 petang, hamba berangkat ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Tujuan hamba ke sana sebenarnya adalah untuk menonton wayang bersama sahabat serta berjalan-jalan. Namun, disebabkan masalah-masalah tertentu, rakan-rakan tidak dapat menyusul dan tinggallah hamba seorang sahaja ke sana. Setibanya di KL, sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Hamba mendail sepupu hamba yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Nur Azlin untuk singgah semalam di rumahnya. Hamba kemudian terus menaiki lrt ke Sentul Timur dan menunggu selama 15 minit di sebuah gerai berhampiran LRT Sentul Timur tersebut. Hujan yang turun agak lebat juga, mengiringi kedatangan hamba ke rumah sepupu yang terletak berhampiran stesen berkenaan.



Hiasan di tingkat paling bawah (ground level) di KLCC bersempena Hari Krismas tidak lama lagi. Tema adalah berwarna ungu. Menarik dan cantik, bukan?
          Di rumahnya, hamba berehat sebentar sebelum keluar bersama-sama sepupu untuk ke KLCC. Tujuan adalah untuk berjalan-jalan di sana. Sebelum itu, kami mengisi perut di gerai yang berhampiran. Pada pukul 8.45 malam, kami tiba di KLCC. Hajat hamba untuk menonton cerita Harry Potter bagaimanapun tidak terlaksana disebabkan waktu tayangannya yang terlalu larut, iaitu pada pukul 10.30 malam. Sedangkan kami menaiki LRT untuk pulang ke rumah. Lalu hajat itu terpaksa dibatalkan. Kami berdua berjalan-jalan di sekitar bangunan dan luar KLCC, selain itu memasuki kedai buku "Books Kinokuniya" dengan tujuan melihat-lihat buku. Pada pukul 11.25 malam, kami tiba di rumah dan tidur dengan lenanya.



Ini adalah sepupu saya, Nor Azlin atau yang saya panggil "Angah" di hadapan hiasan di KLCC





 Inilah hamba dalam dua kawasan berlainan, tetapi di tempat yang sama...


       Keesokkan harinya, hamba bangun awal kerana terpaksa mengikut sepupu ke tempat kerjanya. Keadaan ini disebabkan kunci rumahnya yang hanya ada satu set. Jika mereka keluar, takkan hamba hendak tinggal di situ keseorangan? Pada pukul 7.30 pagi, hamba dan sepupu, bersama 2 orang rakannya, iaitu Kak Min dan Kak Comey tiba di pejabat. Kak Min tidak mengikut kami disebabkan bekerja di bangunan yang berasingan iaitu di Bahagian Kebajikan Masyarakat. Buat pertama kali hamba melangkah masuk di bangunan kementerian, mengubah persepsi hamba bahawa tak semua bangunan kerajaan itu mewah dan moden. Tetapi hamba senang dengan keadaan di situ. Hangat dan agak friendly. Sepupu hamba memperkenalkan hamba dengan CC, atau merangkap mentornya di pejabat. Orangnya sangat mesra dan boleh diajak bergurau. Kemudian hamba dan sepupu bersarapan pagi di cafe yang terletak di bangunan milik polis (agaknya kot?)

         Pada pukul 10.30 pagi, hamba keluar sebentar menuju ke Stesen Bas Pekeliling untuk membeli tiket bas untuk hamba dan sepupu. Ini disebabkan sepupu akan pulang ke terataknya di Kuantan pada petang itu juga, selepas berakhirnya waktu pejabat. Manakala, hamba pula membeli tiket untuk pulang ke Bandar Pusat Jengka. Pada pukul 12.00, hamba, sepupu, Kak Min dan Kak Comey telah turun ke Sogo dan berjalan-jalan sambil bershopping di sekitar jalan Tunku Abdul Rahman (sepupu memanggilnya jalan TAR) dan juga jalan Masjid India. Ya Allah, barulah hamba faham, kenapa hari Jumaat menjadi 'syurga' khususnya kepada kaum wanita untuk membeli belah. Memang ramai kaum wanita semasa waktu rehat di sepanjang kedai-kedai tersebut. Hamba pula bukan jenis kaki shopping, jadi hamba menunggu di luar kedai, manakala mereka di dalam (hamba tak suka shopping melampau-lampau). Maka, hamba mengambil peluang yang ada untuk melihat-lihat persekitaran kawasan-kawasan 'panas' ini.



Persekitaran Jalan Tunku Abdul Rahman semasa waktu rehat pejabat pada hari Jumaat


Salah sebuah kedai yang dikunjungi oleh kami (hamba hanya sanggup menunggu di luar, sebab bosan). Kelihatan sepupu hamba dan rakannya sedang memilih tudung untuk dibeli


        Selepas itu, dalam pukul 2 lebih, hamba berpisah dengan sepupu dan rakan-rakannya dan bergerak ke KLCC. Hamba berhajat untuk menyambung hasrat yang tertangguh semalam. Tapi, hasrat itu tetap tidak termakbul, kerana masa tayangan seterusnya adalah pada jam 5.30 petang pula! Lalu, hamba terus menuju ke kedai buku Kinokuniya untuk duduk-duduk, membaca buku sambil memilih buku. Maka dapatlah hamba membeli buku Remaja, Gempak, 9 Nyawa (Ramlee Awang Murshid) serta Kau Ku Seru (Prima Berhad). Hamba meluangkan masa di sana selama 5 jam, sambil membaca dan melihat-lihat buku, manga, ensiklopedia dan sebagainya. Bukankah "Membaca Itu Amalan Kita"? Kemudian, hamba terus ke Pasar Seni untuk membeli tiket pulang ke Tanjung Malim semula. Pameran Tenun Pahang, insyaallah akan hamba kunjungi semasa dalam perjalanan pulang ke kampung nanti.



Keadaan dan suasana di dalam kedai buku "Books Kinokuniya". Di sini adalah bahagian 'Manga'. Rak-rak ini menyimpan pelbagai jenis manga pelbagai genre. Hamba menjadi rambang mata meneliti setiap rak-rak ini termasuk rak-rak yang lain



Ini pula bahagian 'Fantasy', 'Thriller' dan 'Horror'. Hamba meluangkan masa di sini sambil membaca novel Drakula, Sherlock Holmes dan juga Harry Potter.

       Itu sahajalah nukilan hamba dalam warkah ini. Semoga bertemu kita semua di dalam warkah seterusnya dan ketika itu, hamba telah melangkah ke semester baru. Juga pada masa kini, hamba masih setia menanti seseorang yang bakal menceriakan hari-hari mendatang. Wassalam...

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan