Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger semua. Hamba kini sedang berada dalam cuti semester, maka hamba harap semoga sahabat-sahabat sekalian memaafkan hamba yang senantiasa khilaf dalam melaksanakan tugasan ini, juga mungkin sentiasa dianggap memungkiri janji yang telah diberikan. Hamba juga insan biasa yang lemah, berbanding dengan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W serta Pencipta kita Yang Satu iaitu Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurnia dari-Nya, hamba masih utuh bertapak di muka bumi ini; untuk sama-sama bernafas di muka Bumi ini dan berkongsi pengalaman dan idea dengan semua.
Al-kisah yang ingin hamba kongsi adalah mengenai kenduri / majlis perkahwinan yang dilangsungkan oleh pensyarah hamba, Professor Zakaria Ali; bagi meraikan beliau dan keluarga yang baru menerima menantu sulung pada 27 November lepas. Majlis dilangsungkan di rumah beliau di Diamond Heights, berdekatan dengan pusat INSTUN Tanjung Malim. Beliau dan isteri baharu sahaja menerima menantu perempuan sulung daripada anakanda sulung mereka iaitu Ijoi. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun pada ulah petangnya hujan turun dengan agak lebat juga. Majlis berlangsung dengan meriah tetapi masih mengekalkan kesederhanaan. Kedua-dua mempelai sama segak, dan sama padan. Mempelai perempuan pula adalah saudara sepupu dengan rakan kepada sahabat baik hamba, Md Din; iaitu Asmah. Di sana, hamba bertemu Asmah dan sempat beramah mesra sambil diiringi oleh Md Din .Terfikir pula di kepala, bila agaknya hamba dapat lihat kedua-dua pasangan yang hamba lihat kena dan secocok ini akan bersatu? Sebabnya, hamba sebagai sahabat sangat berkenan dengan Asmah, yang pada hamba mempunyai ciri-ciri isteri solehah; dan kena pula dengan sikap Md Din sendiri. Herm...alameknyo eden kono tunggui lagi duo taun setongah la eh nak meraso nasik minyak mereko ni ah...(hahaha....maaf orang Negeri ya!)