BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, Oktober 07, 2011

Tayangan Perdana 5 : Detective Conan The Movie 4 - Captured In Her Eyes

Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan


Mei Tantei Conan 4 : Hitomi no Naka no Ansatsusha



Terbahagi kepada 5 bahagian.

Sinopsis ringkas :

Dalam satu perbualan telefon, Mouri Ran telah menyatakan kepada Kudo Shinichi (Conan) untuk kembali ke Taman Tema (tempat di mana kejadian Shinchi bertukar menjadi kanak-kanak oleh Gin). Keadaan ini menyebabkan Shinchi menjadi serba salah. Kemudian, Conan terserempak dengan Ayumi, Genta dan Mitsuhiko. Dalam perjalanan pulang, mereka telah menyaksikan kejadian seorang anggota polis Jepun yang ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Conan sedar bahawa pembunuh yang telah melakukan beberapa pembunuhan sebelum ini dengan menjadikan anggota polis sebagai sasaran utama, mempunyai hubungan dengan jabatan polis sendiri. Keadaan semakin runcing apabila Sato Miwako, anggota polis yang dikenali oleh Ran, Kogoro dan Conan ditembak oleh pembunuh itu dalam sebuah parti. Ran yang ketika itu bersama-sama dengan Sato, merupakan satu-satunya saksi yang telah menyaksikan kejadian tersebut. Akibatnya, Ran menjadi trauma (kejutan) dan mengalami temporary retrograde amnesia; iaitu kehilangan akses kepada peristiwa yang berlaku, atau maklumat yang telah dipelajari sebelum berlakunya kejadian atau kecederaan. Jadi, Shinichi (Conan) mesti mencari siapakah pembunuh itu sambil melindungi Ran, supaya pembunuh itu tidak mendapat akses untuk mendekati Ran. Conan mula menyiasat dengan lebih mendalam dan teliti.....

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5 (Akhir)




P/s : Ketika saat-saat mencemaskan di Taman Tema tersebut, Conan (Shinichi) secara tidak sengaja mengatakan bahawa dia menyukai Ran. Tetapi, Ran menganggap bahawa Conan masih seorang budak (sebenarnya adalah Shinichi) dan menyatakan bahawa dia akan bertemu orang lain pada masa akan datang. Shinichi hanya mampu untuk mendiamkan diri dan memahami apa yang difikirkan Ran, dan merasakan bahawa rahsianya masih belum terbongkar. Namun, jauh di sudut hati dia lega bahawa Ran selamat.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan