BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Selasa, November 22, 2011

Kemenangan Yang Dinanti & Dihargai - Syabas Harimau Muda! -

    Assalamualaikum w.r.t kepada semua rakan-rakan bloggers yang masih utuh berjaga, mungkin kerana masih belum mampu untuk melelapkan mata, atau masih bertungkus-lumus dengan lambakan tugasan (assignment dan tesis) atau bertukar-tukar kegembiraan dalam laman sosial masing-masing. Selamat pagi diucapkan. Maaf andai lama benar rasanya hamba tidak menulis apa-apa di sini. Hamba juga kini sibuk untuk menamatkan tugasan akhir semester bagi akhir tahun pengajian hamba di bumi bertuah Perak ini.



     Syukur dipanjatkan kepada Illahi, iaitu dengan berkah dan limpah kurnia daripada-Nya; maka sekali lagi skuad Harimau Muda kita berjaya dalam misi mempertahankan kilauan 'ibu emas' di bumi Indonesia. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya rasa di hati ini apabila Ketua Pasukan, Badarol berjaya menjaringkan gol terakhir - gol kemenangan bagi negara Malaysia setelah terikat 1-1 dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA. Agak menyedihkan, hamba hanya sekadar mendengar jerit pekik dan sorak sorai rakan-rakan di gerai-gerai dan halaman rehat kolej-kolej universiti, kerana masalah line internet yang lemah; ditambah lagi dengan masalah pada komputer riba yang bertandang secara tiba-tiba. Tapi, hamba masih mampu tersenyum apabila mendengar sorakan "Kejar, jangan tak kejar Yob!", "Sikit lagi, sikit lagi" dan "Golllllll!!!!!!" Gamat jadinya persekitaran taman perumahan hamba di hulu Bernam ini sementelah melihat aksi pemain-pemain negara kita beraksi, seolah-olah mereka turut bermain bersama-sama mereka. Malah, tidak ketinggalan juga kaum-kaum Hawa yang mana hamba lihat sarat memenuhi ruang legar kolej, bilik istirehat dan gerai makan. Gema sorakan mereka boleh dikatakan 'tak kalah' dengan sorakan dari para pelajar lelaki!


Aksi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi ketika berhadapan sepakan penalti
       Terima kasih juga ditujukan kepada Khairul Fahmi, penjaga gol kita atas aksi cemerlang 'menangkis' cubaan-cubaan yang benar-benar merentap jiwa dan sanubari masyarakat Malaysia, yang mana nyaris membolosi gawang. Ternyata kecekapan dan pengalaman beliau dalam kejuaraan yang lalu masih berbekas dan berbisa seperti dahulu; walaupun dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan isu hangat. Tidak dilupakan kepada penerobos gawang, Asrarudin Putra Omar yang telah berjaya membolosi gawang kawalan pemain-pemain Indonesia yang kukuh, sekaligus melenyapkan keangkuhan tuan rumah, dalam impiannya membolot ibu emas yang dihajati. Beliau bermain dengan penuh semangat, sekental semangat sang Harimau Malaya yang gagah berlari menerjah mangsanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain-pemain, juga tahniah kepada jurulatih, Ong Kim Swee yang selama ini telah bertungkus-lumus mengasah 'batu-batuan' ini menjadi kemilau seperti permata asli. Biarpun dilanda bermacam halangan serta kesusahan, namun semangat beliau sememangnya wajar dipuji. 


Gol Pertama yang dijaringkan oleh Asrarudin Putra Omar pada minit ke-35

     Sungguhpun gawang kita pada awalnya dibolosi oleh tandukan tepat berpenjuru dari pemain berbisa Indonesia, Gunawan; namun pasukan kita masih utuh dan kukuh mempertahankan semangat untuk merebut semula kejayaan. Terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada semua ahli pasukan Indonesia atas perlawanan yang sangat menarik dan mendebarkan. Sungguhpun rezeki tidak berpihak kepada kalian, seharusnya mereka bersyukur mereka masih mampu menempatkan diri ke peringkat akhir perlawanan; berbanding pasukan-pasukan lain. Kalah dan menang adalah adat perlawanan, malah resam dunia. Kalah tidak bererti kalah selamanya, malah kadangkala berundur itu lebih baik daripada terus maju ke depan. Ini juga bisa memberi sedikit peringatan serta pengajaran kepada pihak tuan rumah, khususnya untuk menilai semula jati diri yang dilihat 'luntur' terutama apabila melibatkan kontingen dari Malaysia. Tindakan pihak penyokong dan tuan rumah yang nyata mempersendakan nama dan harga diri Malaysia, melalui ketidak-sopanan apabila lagu kebangsaan Malaysia - Negaraku dimainkan, isu bendera dan layanan yang buruk telah mendatangkan akibat yang besar. Natijahnya, Indonesia bukan sahaja kehilangan 'ibu emas' yang dihajati, malah kehilangan 'penghargaan', 'penghormatan' serta 'tata-susila' di kalangan masyarakat umum di seluruh dunia. Indonesia kini dilihat sebagai sebuah negara yang tidak sepadan dengan moto mereka dalam Sukan SEA kali ini "Bersatu dan bangkit!"< Tekan link di sini >; malah mungkin ini akan menyebabkan mana-mana penganjur kejohanan berprestij berfikir bukan dua kali, malah mungkin berkali-kali sebelum menjadikan Indonesia sebagai tuan rumah dalam pertandingan akan datang. Sungguhpun Indonesia dikenali dengan masyarakatnya yang berbudaya dan bersikap santun, namun hakikatnya; kelihatan seolah-olah mati dikikis 'kebencian' apabila berhadapan Malaysia.


Rangkaian jaringan-jaringan penalti - sehingga jaringan kemenangan Malaysia terhasil

    Isu memperlekeh dan mempermain-mainkan sesebuah negara bukan satu perkara yang kecil. Ini membawa kepada pembawakan maruah negara yang bertamadun dan berdaulat. Seharusnya setiap warganegara, tak kira di negara manapun harus mempelajari aspek menghormati dan menghayati lagu-lagu setiap negara dan memandang dari sudut sensitiviti. Namun, malangnya sebahagian masyarakat di Indonesia memandang serong dan mengganggap ianya tidak perlu; dengan anggapan yang salah. Ingin sahaja saya bertanya kepada penyokong-penyokong fanatik ini, apa salah kami? Mengapa? Adakah disebabkan cemburu dengan kejayaan kami dalam pembangunan infrastruktur? Kehidupan masyarakat? taraf hidup? Lebih mengecewakan, sebahagian besar media di sana masih mempunyai fahaman komunisme yang tinggi, mengamalkan etika yang bercanggah dari konsep kewartawanan/berita yang sebenar. Seharusnya mereka menjadi pemangkin dalam menyatukan kedua-dua rumpun yang 'bersaudara' ini, bukannya menambah lagi cili dalam masakan yang sudah sedia pedasnya. Pihak media seharusnya lebih prihatin dan menjadi penghubung yang lebih baik dalam antara masyarakat negaranya, khususnya dengan negara serantau.

   Selepas perlawanan, seluruh kawasan hulu Bernam ini gamat dengan sorakan pelajar dan hon-hon kenderaan motosikal yang memasuki perkarangan ruang letak kenderaan di kolej. Hati ini bertambah sayu bercampur bangga, apabila seluruh pelajar dengan penuh semangat bangun dan menyanyikan lagu Negaraku.Ini mencatat sejarah tersendiri di sini dan lagu tersebut dinyanyikan dengan seragam dan penuh semangat. Air mata hamba keluar tanpa dapat ditahan-tahan lagi, walaupun hanya sekadar menjadi saksi 'upacara' itu di jendela rumah yang berhadapan kolej tersebut. Memang menyentuh jiwa dan menimbulkan nostalgia sekaligus patriotisme pada semua pelajar. Dalam pada itu, mungkin akan ada yang 'tidak terselamat' selepas perlawanan ini. Terutama kepada sotong kurita yang dikatakan telah meramalkan kemenangan berpihak pada Malaysia dengan agregat 2-1. < Tekan link di sini > Tapi, anggaplah ia hanya sebagai hiburan dan gurauan semata, kerana dalam permainan, semuanya mungkin berubah. 



Sotong Kurita yang dikatakan mampu meramal 'kemenangan' pasukan; telah memilih kotak Malaysia. (Pada rakyat Malaysia beragama Islam, jangan mudah percaya; rezeki di tangan Allah

       Marilah sama-sama bergembira dan menyambut kepulangan wira-wira kita dengan tangan terbuka. Doakan juga keselamatan mereka di sana, yang mana masih berbaki sebelum penutupan majlis berprestij ini.  Teringat kata-kata seseorang yang hamba dengar semasa di gerai tadi, "Malam ni , Harimau Muda kenyanglah! Dapat ratah Kentuky Fried Garuda! Ooooo!!! Dulu panggil kita semua 'Maling', sekarang jangan sangka, 'maling' inilah yang bangkit dari rebahnya setelah berulangkali dimainkan. Apapun, tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya, semoga Harimau Muda kita akan terus bangkit dan gah meluaskan 'tanah jajahannya' dan mempertajamkan lagi lorekan kuku dan taring ke seluruh dunia! Malaysia boleh! Aku Darah Anak Malaysia!     



Kesemua pemain-pemain Malaysia berpelukan dan bergembira dalam meraikan kemenangan mutlak mereka



0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan