BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, November 26, 2011

La Memoria De Dairies (Edition 2011) - Parte 1

      Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers....salam kesejahteraan diberi, walaupun jauh beribu batu, harap semuanya sentiasa sihat dan sejahtera...al-kisah malam ini nak dikata menggemparkan tidak la juga, tapi hamba sebagai manusia sudah lumrahnya akan meluahkan apa yang berlaku di sini. Syukran dipanjangkan lagi usia hamba sementara menunggu peranjakan usia hamba kira-kira 23 hari lagi.

      Pada hari ini, pada jam 7.24 malam; berlaku satu kejadian yang menggemparkan seisi masyarakat yang aman damai di kawasan perumahan dan kediaman pelajar-pelajar UPSi di Hulu Bernam, apabila dalam sejarah berlaku 'black-out' besar-besaran. Ketika itu, hamba sedang bersiap sedia untuk ke studio bagi menyiapkan Final Projek hamba. Terkesima seketika apabila gelap melanda persekitaran. Terpaksa hamba meraba-raba di persekitaran, terlanggar dinding, barang-barang adalah perkara biasa. Mujur juga ada saki-baki lilin kek (yang pernah Md Din, sahabat hamba beri pada hamba ketika mengirim kek pemberian Prof Z pada hamba), jadi hamba keluarkan dan pasang seketika di hadapan cermin tingkap dan barulah kelihatan bercahaya menerangi ruang yang gelap dan suram. Suasana di kawasan persekitaran ketika itu sudah mula riuh rendah dengan suara-suara jeritan, kerisauan malah kemarahan (mungkin masa itu, mereka sedang mandi atau 'berkampung' di dalam bilik mandi). Paling merisaukan apabila teringat bahawa di KHAR ada lif. Tentu semua sudah faham, bukan? Ada beberapa orang pelajar didapati terperangkap di dalam lif semasa 'black-out' berlaku! Kejadian yang amat mengerikan dan boleh mendatangkan trauma pada yang mengalaminya (hamba tahu sebab hamba dah pernah terperangkap di lif yang rosak).

       Tapi, hamba agak kecewa dengan sikap segelintir pelajar-pelajar lelaki yang bersikap tidak rasional dengan menjerit-jerit tidak tentu arah, malahan bertengkar pula dengan orang-orang lain kerana 'kegelapan' tersebut. Hamba bertambah marah apabila terdapat segelintir daripada pelajar lelaki mengambil kesempatan dengan 'menyuluh-nyuluh' kawasan tingkap di rumah-rumah kedai berhadapan dengan mereka. Malah, menghalakan 'laser' pada kawasan bilik hamba. Sangat kurang ajar! Seharusnya dalam keadaan 'darurat' sebegini, mereka mengambil inisiatif untuk berehat dan menenagkan diri, bukannya membuat hal lagi. Memang agak menyakitkan hati, lalu hamba bergegas juga berkemas ke studio, setelah dimaklumkan di kampus tidak berlaku gangguan elektrik.


Ketika 'kegelapan' melanda. Hamba memasang lilin kek (nak jimat lilin besar), letakkan di lereng tingkap. Di tepi lilin adalah tingkap, hadapan adalah ruang kawasan kolej KHAR; blok pelajar lelaki


SILA TEKAN DI SINI UNTUK SAMBUNGAN



        Alhamdulillah, setelah satu minggu berada di bumi UPSI ini setelah cuti Raya Haji; tangan hamba telah mula menunjukkan tanda-tanda pembaikan yang positif. Mungkin parut ini akan berkekalan selama-lamanya, dan mungkin juga tidak. Bahagian yang agak teruk sudah mula hendak baik, walaupun pergerakan ibu jari hamba masih agak terbatas, serta kawasan pergelangan agak sensitif apabila disentuh dengan jari dan tidak boleh ditolak ke belakang (rasa sakit). Syukur dipanjatkan dan terima kasih pada sesiapa yang mendoakan kesejahteraan hamba. Kemudian, dalam perjalanan pulang ke rumah setelah 'melepak' di studio, hamba terdengar ucapan selamat dari sebuah gerai makanan sewaktu hamba melangkah untuk makan. "Selamat Hari Jadi....." Hamba terhenti seketika di situ, memerhatikan acara sambutan hari lahir salah seorang pelajar oleh kawan-kawannya. Hamba hanya mampu tersenyum tawar sendirian. Lalu, meninggalkan kawasan itu ke gerai yang lain.


Keadaan tangan hamba; kian beransur pulih; kini bergantung pada kemujaraban minyak gamat

       Mungkin sekiranya hamba menyatakan di sini, kalian semua tidak akan percaya mahupun meraguinya. Sepanjang 23 tahun hamba melihat dunia, hamba tidak pernah menyambut / disambut dengan suasana perayaan atau majlis hari lahir mahupun bersama kawan-kawan di dalam sebuah restoran, mahupun di rumah; tidak pernah walau SEKALIPUN. Kadangkala hamba berasa sangat iri hati dengan sepupu-sepupu hamba yang mana ibu bapanya sanggup bersusah payah mengadakan majlis jamuan walaupun kecil-kecilan semata-mata menyambut hari lahir mereka. Sejak dari kecil, hamba tidak pernah dimanjakan dengan hadiah-hadiah mahupun pemberian daripada ayahanda dan bonda. Malahan membeli permainan atau perhiasan apatah lagi. Ayahanda seorang yang tegas dalam redupnya, manakala bonda adalah seorang yang berjimat-cermat. Hamba bersyukur dengan sikap sebegitu, kerana tanpa sikap begitu, mungkin hamba tidak berada di sini, hari ini. Kata mereka, membazir; jadi cukuplah hanya sekadar ucapan dan makan di rumah bersama keluarga sahaja. Rakan-rakan pula, hanya sekadar menyatakan "Hari lahir awak lambat sangatlah. Tak dapat nak sambut, lagipun masa tu cuti sekolahlah..." Jadi, itulah sebabnya hamba tidak pernah mengharap untuk sesiapa mengadakan majlis untuk hamba, kerana hamba sudah tahu apa yang akan dijawab oleh rakan-rakan seterusnya. 

      Tapi, hamba masih ingat semasa hamba berada di Darjah 2; hamba pernah mendapat sebutir 'hadiah' daripada seorang kawan yang merupakan anak saudara kepada bapa saudara hamba. Hamba ketika itu terkejut dengan pemberian itu, kerana hamba dijatuhi denda berdiri di atas kerusi kerana tidak dapat menulis karangan yang mana soalannya adalah, "Bayangkan kamu dibawa oleh ibu bapa kamu ke satu kawasan yang mana terdapat ramai kawan-kawan kamu berkumpul di rumah dan rupa-rupanya itu adalah majlis Hari Jadi kamu. Ceritakan bagaimana suasana tersebut". Hamba tidak dapat menulis, kerana ketiadaan 'pengalaman' tersebut. Akibatnya, hamba didenda berdiri sehingga habis kelas. Malah, hamba diperli oleh guru, dengan menyatakan dengan kuat hari lahir hamba, iaitu pada 19 Disember. "Patutlah....agaknya, awak sambut dalam air banjir tak?" ujarnya. Hamba hanya mampu mendiamkan diri. Ketika itulah, kawan tersebut; namanya Nik (tak ingat nama penuhnya, khabarnya dia sekarang berada di Al-Azhar, melanjutkan pengajiannya di sana) menghulurkan sebiji coklat 'Doraemon' pada hamba. Katanya, "Nah, Aisah. Mungkin masa cuti nanti, tak sempat aku nak bagi. Takut aku balik kampung, tak pun aku berjalan. Selamat Hari Jadi Aisah!" Hamba terkial-kial, namun hanya Tuhan yang tahu; betapa gembiranya hamba ketika itu. Rupanya, masih ada insan yang prihatin dan ikhlas. Sehingga kini, hamba masih menyimpan 'sampul' hadiah itu, sebagai kenangan bahawa itu adalah 'hadiah pertama dan paling ikhlas' diberikan pada hamba. Semoga kau sentiasa bahagia dan berjaya di sana, kawanku!

      Walaupun begitu, kadang-kadang tercuit juga hati bila melihat sambutan hari lahir orang lain. Tapi, hamba masih berjaya mengawalnya dengan baik; dan seperti biasa, setiap tahun; hamba akan menyambut hari lahir dengan merenung cahaya di tingkap selepas beribadat, sambil memasang impian dan harapan yang hamba inginkan.

Doa hamba selalunya.....
i. Panjangkan dan sihatkanlah kedua ayahanda dan bondaku. Peliharalah mereka dari azabmu dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.
ii. Murahkan rezeki ayahanda dan hamba.
iii. Beri hamba kekuatan dalam hidup dan menunaikan amanah yang diberi kedua ayahanda dan bonda.
iv. Berikan aku kekuatan sabar dan perisai keimanan dalam menjalani kehidupan baru dengan umur yang baru.
v. Jadikan aku anak dan manusia yang soleh pada ayahanda dan bonda, juga pada Allah s.w.t.

Impian hamba pada hari lahir...
Melihat dan membuatkan orang lain senyum dan ketawa bersama-sama hamba. Dapat buat apa yang hamba kehendaki dengan bebas, tanpa halangan.

Impian yang paling diingini sekiranya dapat.....
Dapat mengelilingi dunia dan menjadi penjelajah serta mengembara ke negara-negara yang terkenal dengan khazanah arkeologinya; seperti China, Mesir, Aztec, Itali dan lain-lain. Dapat pakai baju tuxedo warna putih macam watak Kaito Kid (comel gitu)...

Pemberian yang diingini....
Tak begitu pasti, tapi hamba bukan jenis kaki shopping dan kurang gemar barang-barang peragaan wanita; terutama beg tangan, butang tudung dan handbeg (paling tak suka). Lebih gemar dengan barang yang simple,  ada makna tersendiri, unik, boleh dipakai/digunakan dan bermanafaat. Tak perlu mahal. Mungkin sebab hamba seorang yang simple sahaja. 

Barangan yang terfikir nak miliki.....
Barang pertama dalam kepala....PSP!!! Kedua; hard-disk 2 tera-bait. Ketiga, jam tangan yang paling simple, kecil dan tahan lasak (sebab hamba pakai jam tangan tu terbalik; mukanya menghadap bawah pergelangan tangan) Hamba paling gila dengan jam poket yang dipakai orang-orang Inggeris zaman-zaman dahulu. Keempat, buku novel yang berkaitan pengembaraan, perkara mistik atau unik. Kelima, karya-karya unik dan pelik. Keenam, beg-pack satu tali sahaja.

    Itu sahaja buat kali ini. Arakian, bertemu lagi kita dalam kisah hamba yang seterusnya. Wassalam....

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan