BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, November 11, 2011

Memoria Da' Campus - AlKisah Yang Haru Biru & Menyakitkan!

        Assalamualaikum w.r.t kepada semua bloggers dan para pemerhati blog semua. Syukran kita semua masih dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di alam yang fana dan permai ini. Maaf hamba titipkan andai keluputan dalam menulis dalam tinta ini. Hamba kini sudah pulih dari 'kemurungan' yang melanda diri, yang mana menyebabkan hamba 'membawa diri' ke kawasan yang hamba rahsiakan tempatnya. Cukuplah sekadar hamba sahaja yang mengetahuinya. Al-kisah bermula sejak 3 minggu yang lalu, iaitu 2 minggu sebelum ketibaan Hari Raya Qurban/Aidil-Adha yang telah berlalu.


           Hamba sudah agak bosan dan kurang senang dengan sikap 'seseorang' yang bermaharajalela di kawasan jajahan hamba yang sekangkang kera ini. Hamba sudah lama bersabar dengan sikapnya, ditambah lagi dengan sikap kurang tegas rakan yang tidak langsung mahu menegur 'manusia' ini. Sudahlah jajahan ini kecil, ingin 'dibolot' seorang pula. Paling kurang menyenangkan, kehadirannya tanpa khabar berita. Tup-tup, sudah terpacak di hadapan pagar jajahan, bersama rakan. Rakan pula tidak langsung memaklumkan. Hati siapa yang tidak senang? Sudahlah begitu, kehadirannya pula kerap dan menetap lama, kadangkala sehingga 2 hingga 3 minggu; setiap kali sepurnama sehingga mengganggu hamba. Bila diajukan kepada rakan, tiada respons dikeluarkan. Umpama terkena 'minyak cenuai' pula. Adat tetamu bertandang, kita sebagai tuan rumah; orang Melayu yang berhemah katakan mestilah disambut dengan baik. Tapi, kalau tetamu sudah umpama 'Kaduk Naik Ke Junjung', takkan hamba patut berdiam diri lagi. Tidak ada berkampungkah dia? Tidak membanting tulangkah dia, kerana setahu hamba, dia bekerja. Tidak beribu bapakah dia? Kiranya hendak menetap lama, ke teratak ayahanda dan bondalah seharusnya dia mengadukan nasibnya. Kenapa ke tempat hamba? Hamba bukannya jenis yang suka marah-marah, masih ada peri-belas kasihan dan perikemanusiaan lagi, cuba berbincang. Akhirnya, membawa kepada perbalahan besar, yang mana membawa kepada pengusiran 'hamba' sebagai 'tuan tanah' di jajahan sendiri. Adilkah itu?! Rakan pula masih tidak bertindak, malah membiarkan pula, menambah lagi tekanan dan sakit di hati. 


               Akibatnya, hamba tidak langsung ada 'mood' serta mengurung diri di jajahan tumpangan. Sakit di hati bertambah bila rakan-rakan bukan mahu memahami, malah menganggap masalah itu mudah malah memaksa pula. Seolah-olah, hamba ini 'human machine' pula! Hamba pun ada masa untuk stress, ada masa untuk murung. Nak mengadu, memang tak ada sesiapa pun mahu menghulur bantuan. Sakit benar rasanya! Syukur, ada juga insan berhati mulia sudi mendengar luahan jiwa hamba, yang pada hamba mengubat sedikit kedukaan hati. Terima kasih, D! Lalu, hamba ambil keputusan 'berhijrah' sementara ke jajahan Inderapura, di mana ada juga ketenangan dapat dicari di sana. Dengan sedikit bekal, hamba ke sana. Hanya pada ayahanda, bonda dan D sahaja dikhabarkan pemergian ini. Tugasan Batik juga dibawa bersama, untuk persiapan 2 karya sekaligus. Syukur juga, hamba diterima di sana, lalu bermulalah kerjaya hamba bagi menyiapkan bingkisan tugasan; dan kerja sampingan sebagai pembantu Temenggung di 'istana' ini. Berbekalkan 2 bahasa yang hamba kuasai (Inggeris dan Jepun - sedikit), dapatlah hamba bertindak menunjuk ajar mana-mana bahagian yang patut. Sebenarnya pemergian ini bukan sembarang dirancang. Hamba berbuat begini atas sebab; 1. Menyiapkan tugasan 2. Mencari bahan 3. Ketenangan dan harapan 4. Kemahiran bersosial dan berbahasa. Mungkin ramai melihatnya sebagai tidak perlu, tetapi pada hamba ianya sangat penting. Kini, kemahiran berbahasa dan komunikasi semakin baik.




              Tapi, disebalik itu, hamba dilanda musibah yang tidak dijangka. Hamba terkena lilin batik yang panas terhidang di atas dapur. Sebabnya : Letupan lilin. Hamba hanya sekadar hendak mencedok lilin untuk meneruskan kerja, alih-alih lilin meletup lalu terkena di tangan. Sakitnya tidak terkata, mata hanya mampu melihat sekujur kulit pada tangan terkulai layu. Lalu hamba dibawa ke klinik. Di klinik, seksa menanti. Kulit hamba dicarik mentah-mentah, tanpa belas. Tuhan saja yang tahu betapa azabnya saat kulit terkulai ditarik, serta kulit yang terkena lilin dikikis; kerana sudah melekat pada daging. Mulut hanya mampu beristighfar dan menggigit kain yang disua dengan kuat. Kuatnya dugaan-Mu ini!! Kemudian 'dicuci' pula, semuanya tanpa sebarang ubat 'bius' diberi. Mahu pengsan hamba dibuatnya akibat kesakitan yang teramat. 2 kali rawatan pun begitu juga sudahnya. Lalu hamba putuskan selepas Raya, berhenti dan memakai 'Gamat' pula. Lebih selesa dan sejuk, berbanding ubatan klinik yang panas dan kurang selesa. Syukur, akhirnya 2 karya terhasil dengan baik, walaupun dengan tangan yang berbalut. Kini, hamba masih belum boleh menulis, memotong menggunakan pisau dan gunting dengan baik, kerana penangan luka yang masih hijau untuk sembuh. Makan berpantang pula. Ditambah dengan komen bonda sejurus hamba tiba di teratak, katanya hamba sudah kurus benar. Mungkin sebab murung dan makan hati agaknya. Mujur, menaip masih boleh. Barangan berat sukar diangkat, mesti direhatkan sehingga sembuh.



Minggu 1 : Tangan mula tumbuh kulit baru, tapi mati cepat (hitam), masih ada kesan-kesan lilin yang tertinggal, tompokan daging yang mengeluarkan air 'bisa' (tengah)



Minggu 2 : Selepas cucian kedua, putih adalah bahagian kulit yang dikupas (ngeri!!), daging yang masih belum baik (tengah)



Minggu ini : Tak cuci di klinik, cuci sendiri. Sudah mula pembaikkan, mula guna minyak Gamat selepas cucian kedua, walaupun ditegah doktor, tapi mula baik; cuma kulit mudah tegang dan kadang-kadang tersentap sakit!


              Apabila bersama keluarga, barulah tekanan dan rasa murung itu berkurang. Terima kasih ayahanda dan bonda! Malah, tidak lupa hamba berkunjung ke pusara nenda sebelah ibunda. Sekadar untuk memperoleh kembali 'semangat' yang kian luntur selepas keberangkatan mereka berdua menghadap Illahi. Ketiadaan mereka jelas merenggut tali semangat dan kegembiraan dalam diri hamba, kerana hamba berusaha selama ini adalah supaya mereka bangga dengan kejayaan cucunda mereka. Tapi, sayangnya mereka tidak sempat untuk meraikan hari tersebut. Walaupun kedudukan mereka tidak setinggi ayahanda dan bonda, namun kesannya seolah-olah separuh semangat hamba juga dibawa pergi. Apatah lagi, hamba adalah satu-satunya dalam ahli keluarga yang langsung tidak dapat menatap wajah mereka berdua di saat akhir. Terkilan sungguh rasanya, walaupun sudah 2 tahun berlalu. Hamba juga berkunjung ke teratak di tengah Pahang, bertemu dengan 'buah hati' sebagai menguatkan kembali jati diri dan tautan cita-cita. Walaupun hamba tidak dapat menatap wajahnya bagi mendapatkan 'tenaga', cukuplah sekadar hamba melawati kawasannya dan bertanya khabar menerusi Al-Fatihah dan Yassin. Sungguhpun sudah 9 tahun lamanya tidak bertemu, namun ajaran dan nasihatnya masih kukuh di jiwa. Memang benar kata pujangga, "Cinta Pertama adalah cinta yang tak akan mudah dilupakan". Sememangnya dia sangat istimewa di hati, seistimewa dirinya yang 'istimewa' itu. Insyaallah, akan hamba tunaikan juga amanah itu dan semoga bertemu kelak di sana.


          Maaf andai corat coret hamba dalam warkah kali ini terlalu dalam dan panjang maknanya. Tetapi, cukuplah sekadar hamba sahaja yang menyedarinya. Inilah sebenarnya apa yang dirasai. Insyaallah, kembalinya hamba di medan ilmu ini kelak kembali bertenaga, dan lebih berisi berbanding dahulu. Lebih afdal lagi, hamba sudah mampu mengerti, bahawa tidak semua teori dalam pembelajaran itu dapat dipraktikkan dalam kehidupan. Harap hamba akan bertambah matang dan bersedia dengan arah yang dituju. Kepada sahabat-sahabat di gelanggang batik, maaf hamba titipkan kerana memberi banyak masalah. Hamba juga insan yang lemah, tidak akan lari dari kekhilafan duniawi. Yang sempurna hanya Tuhan, pencipta semesta alam ini. Doakan kecederaan hamba cepat sembuh untuk tayangan perdana seterusnya. Wassalam.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan