BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Isnin, Disember 26, 2011

Kelas Grafik (Photoshop) : Impose Lagi

Kali ini, hamba kembali semula dengan nota grafik yang baru. Maaf andainya telah terlalu lama kiranya 'menyembunyikan' nota ini dari anda semua. Kini, hamba persembahkan dan harap anda semua akan menyukainya. 

Kaedah 1

1. Buka Photoshop anda.



2. Buka sebuah imej seperti pada rajah.



3. Kemudian, gunakan Rectangular Marquee Tool dan buatkan segiempat pada gambar seperti dalam rajah.  Jika tidak anda juga boleh menggunakan Polygonal Lasso Tool.



4. Sekarang buka gambar lain. Hamba gunakan gambar kereta seperti dalam rajah.



5. Kemudian pergi ke gambar pertama dan gunakan Rectangular Marquee Tool, gerakkan kekotak pilihan itu ke gambar kedua dan ia akan kelihatan seperti ini.



6. Seterusnya gunakan Move Tool, gerakkan kekotak pilihan pada gambar kedua ke gambar pertama. Anda akan dapat lihat cebisan gambar kedua yang dipilih dalam ruang gambar pertama.



7. Gerakkan imej itu kepada kedudukan yang betul dengan menggunakan Move Tool.



8. Jika anda lihat pada Layers Pallette terdapat dua layer imej.



9. Sekarang klik pada Pallette Options dan pergi ke Flatten Image supaya dua layer itu disatukan.



10. Kini ia sudah disatukan dan menjadi satu imej yang tetap.






Kaedah 2

1. Buka Photoshop anda.



2. Buka imej kereta seperti pada rajah. Anda boleh menggunakan sebarang kereta yang anda suka.



3. Gunakan Pen Tool dan buat Work Path sekeliling kereta seperti pada rajah.



4. Selaputi seluruh kereta itu dengan Work Path.



5. Sekarang pergi ke Path Pallette.



6. Pada Pallette Options, pilih Make Selection.



7. Pada tetingkap Make Selection taipkan 1 pada Feather Radius dan klik OK.



8. Sekarang buka sebuah gambar lain. Hamba pilih gambar seperti pada rajah.



9. Make Selection anda akan kelihatan seperti ini.



10. Gunakan Move Tool dan heret imej kereta itu ke tetingkap imej kedua tadi.



11. Imej kereta itu akan berada dalam tetingkap imej kedua.



12. Kemudian gunakan Free Transform (Ctrl + T) dan kecil imej kereta itu supaya ia benar-benar muat di dalam imej kedua. Anda boleh gunakan Pallette Options pada Layers Pallette untuk menyatukan imej itu.



Selamat Mencuba!!


0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan