BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Isnin, Disember 26, 2011

La Memoria de Dairies (2011 Edition) - Parte 2

     Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger yang amat hamba hormati. Pada hari ini, kampus bercuti disebabkan cuti menyambut Hari Krismas/Hari Natal pada hari semalam, iaitu 25 Disember. Dalam pada itu, hamba juga sudah boleh menarik nafas lega kerana kesemua tugasan dan assignment yang ada bagi Tahun Akhir di sini, telah selesai. pada 28 Disember (Rabu) ini, hasil karya akan dinilai pula oleh pensyarah-pensyarah bidang Kraf. Kemudian, semua hasil karya yang terpilih daripada assessment akan dibawa ke Shah Alam untuk pameran pada 3 Jan 2012. Pada 16 Jan, adalah hari perasmian pameran; yang mana hamba dan rakan-rakan wajib menghadirinya. Terima kasih diucapkan kepada AJK pameran ini yang bersusah payah dan bertungkus lumus bagi memastikan perjalanan pameran berjalan dengan lancar. Mereka sememangnya sudah melakukan yang terbaik buat semua. 

Logo dan 'Button' bagi pameran yang akan dijalankan kelak

     Pada minggu lepas, iaitu Khamis lalu hamba telah mengikuti seorang rakan hamba, Mastura ke sebuah pementasan teater di Panggung Budaya, Fakulti Muzik & Seni Persembahan, UPSI. Teater yang dimainkan adalah teater berjudul "Mayat". Ini merupakan teater kedua yang hamba pernah tonton semenjak hamba belajar di sini, setelah menonton teater "Puteri Sakdong" pada 2 semester yang lalu. Hamba akui bahawa hamba agak kurang gemar menonton teater yang bergenre moden berbanding dengan genre purbakala, kerana kurang selesa; selain daripada era yang dipamerkan adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita sendiri. Dalam pada itu, hamba lebih gemar laras bahasa lama yang digunakan berbanding bahasa moden. Sebenarnya, ia juga berada di luar jangkaan hamba. Mastura secara tiba-tiba mengajak hamba menerusi laman sosial Facebook, kerana ada baki tiket. Tanpa membuang masa dan juga disebabkan kebosanan, hamba menerima jemputan itu. Teater ini agak menghiburkan dan menonjolkan lawak skelptik yang baik, namun disebabkan terlalu banyak dialog; membuatkan hamba agak bosan. Tetapi usaha yang baik. Namun, hamba ingin memuji bahagian 'Effect System' terutama kilat semasa hujan, yang berlaku dengan baik, seolah-olah itulah hujan sebenar. Di sini, hamba lampirkan beberapa gambar dan sedutan (rakaman) yang hamba sempat rakamkan untuk sedikit tatapan semua.

Sedikit sedutan daripada teater "Mayat"

Kawasan atas pentas semasa persembahan dijalankan

Para pemain muzik; sebahagian besarnya pelajar Semester 1 Muzik Tradisional Melayu, yang disolek seperti mayat. Seram jugak... (Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan, pakai kamera telefon bimbit)
Sebahagian sedutan daripada teater "Mayat"


      Sepanjang melaksanakan kerja-kerja di studio, adalah rutin bagi setiap pelajar hatta hamba sendiri untuk melepasi laluan Pintu Timur UPSI. Apabila hamba hendak masuk ke dalam, tekanan (tension) yang hadir membuatkan hamba kadang kala seolah-olah berangan-angan sendirian, walhal kaki ini melangkah ke tempat yang dituju. Namun, kehadiran anak-anak bulus serta ibu kepada si bulus (hamba dapat gelaran ini daripada blog Papa Hero di blog KakiMotong - kredit pada PH dan MH). Bila melihat keletah mereka, hilang segala tekanan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Hamba lampirkan juga gambar kenangan si bulus yang bernama "Mek Pah". Hamba tak dapat nak 'snap' gambar anak-anaknya sebab dia suka sangat sorok anak-anaknya tu. Selain itu, hamba juga ada menangkap gambar "Si Ciam" dan anak-anaknya. Comel tau....kadang-kadang tu rasanya nak digulung jadi macam bola...kiut sangat!

Inilah dia "Mek Pah"..nampak sombong, tapi manja. Bulu lebat dan halus, kembang lagi. Suka usap dia dan gemar tengok orang lalu-lalang di hadapan pondok jaga.
Gelagat "Che Pah" di pondok jaga UPSI....

"Bestnye lepak-lepak kat sini.....nak tidur la pulak.....Meow..." Ni namanya Si  Ming

"Sama la dengan aku....pose baikkk punya...." Namanya Si Kuning

Hari piknik satu keluarga....Amboi, bukan main luas Si Tompok ni menguap!!

Perkelahan keluarga bahagia, di tepi bangunan Fakulti Muzik & Seni Persembahan

Pandai betul Si Ming ni pose...macam tahu-tahu je nak tangkap gambar dia....

   Semalam juga, Md Din dengan rasminya mengirim kembali broadband hamba yang telah hamba pinjamkan padanya. Selain itu, hamba berikan sekali salinan buku Prof Z yang dia mahukan untuk membuat border buku untuk dibuat 'publishing'. Namun, disalah anggap oleh sebahagian rakan-rakan yang kebetulan melalui kawasan tempat kami bertemu sebagai kami sedang 'berdating'. Aduh, itu yang paling hamba tak gemar. Jadi, hamba cepat-cepat menyudahkan urusan dan kembali ke rumah, malas untuk melayan dan menyebarkan lebih banyak salah faham. Alhamdulillah, segalanya sudah hampir selesai. Hamba kini cuma menunggu kiriman wang dari pembeli barangan hamba sebanyak RM400 untuk menebus kembali wang yang tiada. Ya Allah, permudahkanlah jalan hamba-Mu ini dan berilah pembeli itu untuk cepat-cepat mengirim wang tersebut. Amin! Sekian, tulisan hamba. Berjumpa lagi dalam penulisan seterusnya. Wassalam.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan