BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, Januari 18, 2012

MyBuletin : Pameran On-View Degree Show 2012! Hasil Bakal Guru PSV UPSI Terbaik!

Shah Alam, 17 Jan 2012 : Sebuah majlis perasmian bagi satu lagi pameran seni telah berlangsung di Galeri Seni Shah Alam semalam. Pameran yang bertajuk "On-View Degree Show 2012" ini telah berlangsung sejak 9 Januari 2012 dan dijangka tamat pada 28 Januari 2012. Pameran ini merupakan julung-julung kali diadakan di luar daripada kawasan kampus induk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dengan penglibatan pelajar-pelajar Semester Akhir bagi program Pendidikan Seni (AT23) Ambilan Julai 2008/2009 dengan kerjasama Galeri Seni Shah Alam. Pameran ini juga merupakan kemuncak kepada memaparkan hasil karya pelajar untuk tatapan umum, khususnya kepada golongan pelajar. 


Paparan utama pameran yang dijalankan

     Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Dr. Omar b. Abdull Kareem yang hadir bagi menggantikan Naib Canselor UPSI, Prof. Dato' Dr. Zakaria b. Kasa yang tidak dapat menghadirkan diri disebabkan masih mempunyai urusan di Kedah. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan bahawa Pendidikan Seni bukan lagi sebuah mata pelajaran yang hanya bergantung kepada identitinya sebagai bahan seni semata-mata, namun lebih sebagai 'penggerak' kepada membentuk generasi kini yang nyata lebih berintelektual serta gemar mencuba sesuatu yang baru. Dalam pada itu, beliau turut memetik kata-kata Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) UPSI, Prof. Dato' Dr. Ahmad @ Abdul Rahim bin Hj. Zainuddin yang menyatakan bahawa seni telah kian berinteraksi dengan masyarakat umum dan perlu diperkembangkan lagi supaya mampu melahirkan generasi masa depan yang bukan sahaja menghargai seni, malah mampu mengintegrasikan keperluan dan intisari seni itu ke dalam bidang-bidang yang lain. Sebelum ucapan perasmian ini, acara telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan FSKIK serta Pengarah Galeri Seni Shah Alam. Selain daripada itu, sungguhpun UPSI kini sedang dilanda pelbagai kontroversi, terutama membabitkan pentadbiran, namun itu semua tidak menggugat semangat pelajar-pelajar ini untuk meneruskan aktiviti pembelajaran seperti biasa.


Ketiga-tiga tetamu jemputan ketika majlis perasmian dijalankan. Dari kiri: Pengarah Galeri Shah Alam, Timbalan Naib Cansellor UPSI dan Dekan FSKIK UPSI



Sebahagian pensyarah dan ahli akademik yang hadir dalam majlis perasmian tersebut


      Pameran ini memaparkan hasil seni dari kesemua cabang seni, iaitu bidang Rekabentuk, Kraf, Seni Halus dan Grafik. Pameran ini dianggap merupakan permulaan bagi membolehkan hasil karya pelajar Pendidikan Seni dari UPSI untuk dipamerkan bukan hanya di ruang lingkup kampus sahaja, tetapi ke arah media yang lebih besar. Keadaan ini dianggap bagi menyediakan pentas kepada para pelajar ini untuk merasakan diri mereka seumpama seorang artis seni yang sebenar, di mana mampu untuk mengadakan pameran menggunakan hasil karya mereka sendiri untuk dilihat dan dihayati oleh orang lain.


Salah seorang pelajar, saudari Mastura Ismail sedang menerangkan hasil karya kepada Pengarah Galeri Shah Alam dan Timbalan Naib Cansellor UPSI

       Difahamkan bahawa hasil karya pelajar adalah bersandarkan pada tema "pembandaran", dengan menjadikan beberapa buah bandaraya dipilih sebagai lokasi untuk menghasilkan idea berkarya. Isu yang disentuh pula adalah berdasarkan bandaraya yang dipilih, sama ada isu sosial, pembangunan (infrastruktur), budaya dan masyarakat, sejarah dan sebagainya. Ini mencabar kredibiliti pelajar itu sendiri dalam menghasilkan sebuah karya yang benar-benar mantap dan utuh, serta berpadanan dengan isu yang hendak dikupas. Karya-karya pelajar telah menampakkan kematangan mereka dalam kepelbagaian mengolah idea dan teknik yang dirasakan sesuai untuk menterjemahkan hasil karya mereka. Sungguhpun karya-karya ini masih belum mencapai standart seperti pelukis-pelukis atau pengkarya yang professional, namun hasilan ini sudah membanggakan untuk dipaparkan kepada umum, sekaligus membuka mata umum bahawa bakal guru PSV bukan sahaja hanya mengajar, menunjuk ajar PSV; tetapi juga menghasilkan karya seni yang baik. Bak kata pepatah, "Guru yang terbaik, akan melahirkan pelajar yang terbaik". 


Salah seorang pelajar, saudara Zarul Helmy bersama-sama hasil karyanya yang dipamerkan

        Kira-kira sebanyak 165 pelajar Tahun Akhir bagi program ini telah menghadiri majlis perasmian ini.  Majlis ini dimeriahkan lagi dengan montaj yang dihasilkan dan diakhiri dengan lawatan oleh ketiga-tiga jemputan utama ke seluruh kawasan pameran, diiringi oleh pensyarah-pensyarah, dif-dif jemputan dan pelajar-pelajar. Malah, majlis ini dijalankan sendiri oleh para pelajar dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Pengarah program ini, saudara Wilson Ak William telah menyatakan bahawa pameran ini merupakan platform bagi para pelajar untuk menunjukkan karya mereka, serta menunjukkan pada pihak umum, bahawa seorang guru Pendidikan Seni pada masa kini bukan sahaja pandai mengajar sahaja; tetapi mampu menghasilkan karya yang baik yang mana akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan mata pelajaran tersebut di sekolah yang dilihat agak merudum dan hambar, berbanding mata pelajaran elektif yang lain. Beliau juga menyarankan kepada guru-guru Pendidikan Seni di sekolah-sekolah menengah khususnya bertandang ke pameran ini untuk memberi inspirasi dan perangsang kepada para pelajar, terutama tingkatan 5 dan 6 untuk tidak takut mengambil mata pelajaran ini di sekolah. Momokan bahawa pelajaran ini tidak menjamin kehidupan adalah tidak benar semata-mata, sebaliknya memberikan impak serta bantuan yang besar kepada pelajar, bukan sahaja dari segi jasmani dan pembelajaran, malah rohani.










Sebahagian daripada karya yang dipamerkan di galeri ini

       Galeri Seni Shah Alam ini dibuka bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Oleh itu, penulis menyarankan kepada semua agar dapat sama-sama memberi sokongan kepada pelajar-pelajar ini serta menghayati erti kesenian berdasarkan karya yang dihasilkan. Buat adik-adik sekolah pula, jangan lepaskan peluang untuk melihat serta merasai sendiri keindahan serta keperluan seni di dalam kehidupan. Malah, pameran ini membuktikan bahawa tidak semestinya untuk menghasilkan sebuah seni yang baik, hanya bergantung pada bakat semata-mata, tetapi semangat kental serta keinginan yang kuat bagi menghasilkan karya yang terbaik.


Kesemua pelajar mengambil gambar di hadapan ruang terbuka Galeri Seni Shah Alam sebagai tanda kenangan

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan