BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, Januari 01, 2012

Perjalanan Menuju Ke Tahun Baru Serta Kegemparan Di UPSI!

      Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat serta rakan-rakan blog dari seluruh dunia. Maaf andainya sudah sekian lama tidak mengungkapkan madah kata di laman ini. Hanya kehadiran Tayangan Perdana sahaja yang kerap menjenguk laman ini. Arakiannya, hamba sepanjang 2 minggu ini sibuk dengan ulah assignment serta pengurusan bagi merealisasikan Projek Tahun Akhir hamba yang dikira masih dalam perancangan lagi. Alhamdulillah, dengan berkat dan keizinan Yang Maha Esa, akhirnya hamba usai menyelesaikan tugasan-tugasan dengan jayanya walaupun serba kekurangan dek penangan masa dan kewangan yang kurang menentu. Syukur juga diucapkan kepada Allah S.W.T kerana diberi rezeki di saat-saat kesempitan yang melanda, dapatlah kami, pelajar-pelajar tahun akhir jurusan Pendidikan Seni (AT23) menampung hidup yang adanya masih tersisa di bumi UPSI ini.

      Sungguhpun ceritera yang hamba utarakan agak kelewatan waktunya, namun hamba tidak mengambil endah semuanya. Asalkan hamba dapat mengutarakan apa-apa sahaja yang difikirkan perlu dan patut dikongsi, hamba akan tulis mahupun cerita walaupun sesuatu itu sudah berkurun lamanya berlalu. Kelmarin (Jumaat, 30 Dis 2011), ketika dalam perjalanan ke studio untuk menyelesaikan tugasan, hamba terserempak dengan seekor kucing; yang hamba kira sudah sarat buntingnya merayau-rayau tidak tentu sambil mengiau-ngiau nyaring. Telatahnya itu nyata memancing penglihatan hamba seketika, tambahan pula kucing itu kelihatan 'bersungguh-sungguh' benar mengikuti setiap iringan langkah rakan-rakan mahasiswa yang melintasi kawasan tersebut, dengan pandangan mata yang sayu dan agak 'desperate'. Rakan-rakan mahasiswa seperti orang malas, tidak langsung mempedulikan 'rayuan' si comel itu. Semuanya pentingkan diri sendiri sahaja! Lalu, hamba tinggalkan seketika kucing peliharaan Pak Guard UPSI, bernama "Che Pah" (KLIK DI SINI : KISAH CHE PAH) dan bergerak ke arah kucing itu. Kedatangan hamba itu nyata memancing si comel itu untuk membuntuti hamba ke tepi jalan yang agak lengang. Kucing itu sarat benar, seperti menunggu waktu untuk 'meletup' sahaja. Lalu hamba bertanya sedikit 'soalan' pada si kucing yang hamba panggil "Si Cemong"



Si Cemong sedang lahap memakan Coco Crunch; sebelum Che Pah datang dan mengajaknya makan Frieskis tin.

      Rupa-rupanya, kucing itu benar-benar kelaparan; tatkala hamba mengeluarkan makanan ringan. Hamba agak keberatan memberikannya disebabkan ia bukannya makanan kucing atau 'chekedis' ayam, ikan atau udang, sebaliknya Coco Crunch! Lebih malang, semua gerai masih belum membuka jendela mereka; kerana waktu masih awal iaitu pukul 7 pagi (Semua gerai dan kedai makan di hadapan Pintu Timur UPSI buka pada jam 8.30 pagi). Lalu, tanpa pilihan, hamba suakan juga makanan itu. Bayangkan betapa laparnya si comel itu lahap meratah makanan yang bukan jenisnya; makanan bercoklat! Laju juga air mata ini menitis, sambil mengusap kepala Si Cemong. Dia seolah-olah memahami keadaan hamba yang serba-salah sebab ketiadaan makanan lain untuk diberi. Sedang hamba leka melihat Si Cemong makan, hamba didatangi oleh Che Pah. Che Pah seolah-olah memujuk Cemong untuk mengikutinya (lalu Cemong ikut sekali) ke pondok guard. Rupa-rupanya di sana, sudah ada makanan yang disediakan oleh pak guard untuk Che Pah dan paling mengharukan, Che Pah mengajak Cemong makan bersama-samanya; iaitu makan Friskies dalam tin! Besarnya kebesaran-Mu, Ya Allah! Hamba jadi insaf sendiri bila melihat kejadian ini. Sedangkan haiwan pun ada simpati, inikan pula manusia! Mana perginya simpati pada haiwan ini di kalangan mahasiswa? Che Pah hamba  tidak nafikan, disebabkan dia cantik dan terurus, semua hendak membelainya, bahkan memberinya makan. Tapi, Si Cemong? Mimpi sahajalah, malah disepak kerana 'kehodohannya'.




Sebahagian mahasiswa yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama UPSI dan FRU yang bertugas

      Di sini juga hamba ingin menceritakan mengenai sesuatu yang telah berlaku di perkarangan pintu utama UPSI pada hari semalam dan malam/pagi tahun baru tadi. Pada 31 Disember (semalam), pihak mahasiswa seramai 100 orang (tidak diketahui jumlah sebenarnya) telah mengadakan rusuhan aman, di mana meminta pihak atasan/aristokrat UPSI untuk menggugurkan tuduhan/hukuman terhadap Adam Adli, (KLIK UNTUK LIHAT ARTIKEL : MAHASISWA..SUDAH BANGKIT!) mahasiswa UPSI yang telah mencetuskan fenomena "Mahasiswa Bangkit" bukan sahaja di UPSI, malah di institusi pengajian yang lain (KLIK UNTUK LIHAT ARTIKEL : ADAM ADLI BERJAYA SEDARKAN MAHASISWA, RAKYAT DARIPADA 'LENA'). Malah, ketika sebahagian besar golongan menyambut gembira kedatangan Tahun Baru, mereka masih utuh bertahan di depan pintu pagar UPSI. Malah, difahamkan pihak polis mengarahkan pihak FRU hadir bagi mengawal keadaan di sana. Apakah yang dilakukan oleh pihak mahasiswa ini, sehingga menyebabkan FRU juga dipanggil sama? Hendak dikata buat kecoh, tidak. Mereka hanya melakukannya secara aman, dengan penuh kesopanan mahasiswa, yang mana mahu menyatakan kebebasan 'bersuara' bagi pihak mereka. Lalu, terjadilah kejutan 'berdarah' apabila difahamkan terdapat ramai mahasiswa UPSI dan mahasiswa dari institusi lain telah dikasari, malah dibelasah oleh pihak polis dan FRU hanya kerana keengganan mereka bersurai (KLIK UNTUK LIHAT ARTIKEL : POLIS MENGGANAS! MAHASISWA DIBELASAH, DITANGKAP DALAM TRAGEDI BERDARAH DI UPSI). Tindakan ini dilihat berat sebelah dan kurang matang, kerana mereka langsung tidak membawa apa-apa senjata bagi mempertahankan diri, malah tidak menunjukkan apa-apa 'keterlampauan' yang memungkinkan tindakan drastik sebegini dilakukan. Seharusnya, sebagai pasukan pengaman yang bertauliah, mereka seharusnya lebih arif tentang tindak tanduk yang bagaimana mencerminkan kebahayaan tersebut. Hamba tidak menyokong mana-mana pihak pun. Cuma merasakan bahawa tindakan pihak polis agak skeptikal dan seperti dipandu 'egoistik' yang berpunca dari peristiwa 17 Disember lalu. Hamba cuma mahu perjalanan yang aman, tanpa sebarang kecederaan dan permusuhan. Malah, hamba turut merasa sedih melihatkan sebilangan rakan-rakan yang cedera dipukul dan dibelasah  (KLIK UNTUK LIHAT ARTIKEL : SAFWAN ANANG SASARAN UTAMA PIHAK POLIS) pihak pengaman ini seteruknya, seolah-olah golongan ini bertindak keterlaluan! Hamba terkilan dengan sikap sebegini yang nyata mencalarkan nama dan institusi perguruan di mata umum. 


Pelajar yang cedera di'belasah' pihak FRU dalam pergelutan, semalam

    Hamba juga agak terkilan dengan kedegilan sesetengah pihak yang masih 'keras kepala' mempertahankan ideologi mereka, walaupun sudah berulang kali ditegah. Malah, turut diingatkan supaya tidak sekali-kali 'turun padang' ke kawasan itu bukan sahaja secara lisan malah bertulis di laman MYUPSI sendiri (KLIK UNTUK LIHAT ARTIKEL : MAHASISWA TETAP BERDEMO MALAM INI, TIDAK GENTAR AMARAN POLIS). Lebih malang lagi, ada pula yang mengaitkan perjuangan ini sama dengan perjuangan golongan yang terdahulu (KLIK DI SINI UNTUK LIHAT ARTIKEL: BEBASKAN MALIM SARJANA - SITC SAKSI GERAKAN MAHASISWA BERMULA). Walaupun hamba kurang arif dalam pertelingkahan politik dan sekali-kali tidak berminat dengannya, hamba sekadar terpanggil supaya mereka yang berkaitan sahaja berjumpa dengan pihak atasan untuk mengemukakan masalah itu. Tidak perlulah 'meramaikan' atau 'meriuhkan' kembali sesuatu yang sepatutnya boleh diselesaikan secara bertutup dan lebih mudah. Itukan sudah lebih baik? Musyawarah itu lebih jelas berbanding jalan sebegini. Hamba juga mahu agar pihak UPSI lebih terbuka dalam soal ini. Mengapa tidak dibuat musyawarah antara pihak UPSI dengan 'yang berkenaan' sahaja? TNC seharusnya lebih jelas dengan pokok pangkal persoalan ini yang nyata akan menjadi lebih berat sekiranya dibiarkan berlanjutan. Malah TNC seharusnya lebih peka dengan pemikiran akademik mahasiswa kini yang bukan lagi bersandarkan peperiksaan dan khutub khannah semata-mata, tetapi hasil hubungan dan pertukaran ideologi dan perkongsian idealistik dalam menjana pembangunan pemikiran mahasiswa yang utuh, seperti zaman Zaaba, Harun Aminurrashid dan sebagainya. Kegemilangan mahasiswa kini, bukan bergantung kepada perspektif akademik semata-mata, tetapi bergantung kepada ideologi dan eksperimentasi serta 'kemandirian' diri mahasiswa untuk mampu 'hidup' atau 'survival' di zaman yang mencabar ini. (Maaf andainya hamba silap).


Salah seorang pemimpin gerakan, saudara Safwan yang dibawa ke hospital setelah teruk di'kerjakan' oleh pihak polis

     Hamba juga ingin ingatkan kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain, hamba pinta TOLONG gunakan bahasa yang mana mencerminkan diri anda sebagai seorang mahasiswa yang LAYAK bergelar seorang mahasiswa. Sahabat-sahabat semua tentu sudah sedia maklum mengenai makna "Mahasiswa" itu sendiri. Jangan kerana mengagung-agungkan perjuangan yang anda katakan sebagai "Mahasiswa Bangkit", tetapi tatabahasa dan perilaku anda sendiri gagal mencerminkan bahawa anda itu seorang mahasiswa. Gunakan bicara yang halus/tersirat dalam merungkaikan kata. Bak kata pepatah "Sekeras-keras batu, jika dititik air berulang kali, akan lekuk jua akhirnya". Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua, usahakanlah agar azam yang diinginkan itu berjaya. Mengenai apa yang hamba utarakan tadi, harap dapat rakan-rakan renung-renungkanlah, dan fikir-fikirkanlah.


P/s : Hamba tidak sesekali menyokong mana-mana pihak dalam kejadian ini. Hamba cuma berharap agar jalan penyelesaian segera diambil supaya dapat melancarkan keadaan. Kedua-dua pihak ada salah dan silapnya, maka masing-masing harus sedar akan hakikat itu. Kita tidak tahu, disebalik 'kekacauan' ini, mungkin telah berjaya 'merealisasikan' hasrat sesetengah pihak yang kini berselindung di sebalik tirai yang kita tidak ketahui puncanya dengan matlamat berbeza; "memusnahkan keamanan dan kesejahteraan; datanglah kemusnahan dan kehancuran, kerana kami ini kuda-kuda kepada Sang Dajjal sebelum munculnya ke dunia ini, maka kami ingin mewujudkan kehancuran agar 'Maharaja' kami selesa di singgahsananya!". Wallahualam!

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan