BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, Mei 18, 2012

Imbauan Kenangan Semasa Menuntut - Rindu Yang Menjengah!


     Terima kasih kepada semua rakan-rakan blog yang masih sudi kiranya membaca untaian kisah dari blog hamba ini. Jika dikira dari permulaan pembukaan blog ini, iaitu kira-kira 4 tahun yang lalu (2009) hamba telah menjalani pelbagai macam kisah yang mana sebahagian darinya telah hamba lakar di sini. Al-kisahnya, laman blog ini diwujudkan menerusi arahan atau lebih mudah dianggap sebagai sebahagian daripada 'assignment' daripada salah seorang pensyarah hamba, iaitu arwah Dr.Roskang Jailani. Ketika itu beliau membuat kelas berdasarkan 'pengamatan berhadapan dan juga pemikiran pelajar', yang mana menjadikan laman sosial dan blog sebagai wadah penting dalam penyampaian ilmu. Beliau mahu supaya kami ini celik ilmu, bukan sahaja menerusi pendekatan melalui pengajaran di bilik kuliah dan studio, tetapi juga dalam mengaplikasi dan memanipulasi alam 'maya' ini, supaya tidak dikatakan ketinggalan zaman. Syukur juga dengan unjuran beliau ini, hamba kini dapatlah membuka minda dan mata mengenai betapa luaskan 'alam siber' yang tidak berpenghujung ini.

    Mengimbas kembali saat hamba bergelar pelajar di universiti, masih terbayang akan wajah-wajah kesayangan hamba sepanjang di sana. Mana tidaknya, walaupun jarang bersua muka, tetapi apabila bertemu memang tidak akan lekang dengan pelbagai perbualan dan perbuatan. Apatah lagi dengan rakan-rakan yang selalu ditemui apabila sama-sama mengambil pengajaran di dalam kuliah dan studio yang sama. Teringat semasa berada di Semester 1, ketika kami semua diarahkan untuk menyiapkan tugasan yang mana hanya boleh disiapkan di Studio Lukisan ketika itu. Bayangkan, seramai 80 orang pelajar terpaksa berkongsi tempat di dalam sebuah bilik sederhana besar, yang mana terpaksa bersesak pula dengan pemegang besi dan papan playwood bagi menyudahkan tugasan. Malah, kami terpaksa pula 'berjaga' di studio yang menerusi cerita-cerita orang merupakan 'salah satu kawasan keras' di UPSI. Terasa amat melucukan pula bila dikenangkan kembali, apabila kami semua terpaksa bersembunyi dari ditangkap oleh pak guard pada waktu tengah malam di studio. Jika nasib tidak baik, alamat berjalan kakilah kami semua pulang ke hostel (KUO dan KHAR) pada jam 1 atau 2 pagi! Maka, kami menggunakan peelbagai cara dan taktik bagi mengelakkan dari 'ditangkap'. Mana-mana saja tempat yang dirasakan boleh digunakan akan dijadikan alat, sampaikan ada yang mengalami kemalangan kecil, gara-gara takut dipaksa pulang. Apabila mengejutkan mereka ini bangun tidur pula, pun sekian hal juga. Ada yang tidur meniarap, ada yang berdengkur, ada yang bersujud, malah ada juga bila dikejut, mata terbeliak memandang semula! (Yang ni memang menggerunkan sedikit, buat orang terkejut saja)

       Masih teringat juga hamba selalu kelewatan tatkala ke kelas. Almaklum, hamba ini walaupun sudah dikunci jam, tangan inilah dengan pantasnya mematikan bunyi jam tersebut. Bila ditenung semula, Ah Sudah! Bergegaslah hamba ke tempat kuliah atau studio. Bila dilihat jam, memang hamba sudah betul-betul lewat! Bila menjejakkan kaki di kampus, apalagi, macam lipas kudunglah hamba berlari dan lebih menyebabkan orang kadangkala tidak senang dengan hamba (agaknyalah, sebab hamba selalu tengok diaorang tenung hamba sambil mencebik), hamba berlari dengan berkaki ayam sahaja! Hamba jenis tidak kisah. Pada hamba, biarlah; badan sendiri, sendirilah yang bawa. Bila sampai di studio, mulalah mencungap macam orang tak cukup nafas! Memang penat, tapi berbaloi jugalah, sebab tak sempat pensyarah nak denda (Hehehe). Hamba juga boleh tergolong dalam pelajar yang 'agak lurus' dan mengikut peraturan juga (walaupun kadang-kadang langgar juga....hehehe). Bila pensyarah mengunci pintu (bagi mengelakkan pelajar lewat masuk ke kelas), sementelah rakan-rakan lain pulang saja, hamba pula mengambil inisiatif dengan membawa sebuah gelas atau tin kosong. Nak tahu apa kegunaannya? Jeng...jeng....jeng......Hamba mengendap! Tin atau gelas kosong itu hamba akan lekapkan di pintu masuk yang berkunci tadi dan huwallah!! memang dengarlah 'sebarang perbincangan'. Tapi ingatan ya, pastikan anda kekal dalam posisi dan jangan sesekali buat bising, ok? Tapi kadang-kala hamba ter'kantoi' juga, terutama dengan En. Nan Abdul Aziz. Pernah sekali hamba tidak memahami apa yang dibentangkan, dengan 'tak betulnya' hamba menghantar SMS pada En Nan untuk meminta pelajar itu terangkan semula apa yang dibentangkan tadi. Ingatkan En.Nan suruh pelajar tu ulang semula, alik-alik diarahkan salah seorang rakan buka pintu. Apalagi, terjelepuk la hamba depan pintu studio. Hamba hanya mampu tersenyum sumbing, sambil buat isyarat 'peace'; manakala rakan hamba, Nurra sudah tergeleng-geleng kepalanya, pening memikirkan kerenah kawannya ini.






      Malah, di kalangan rakan-rakan hamba selalu digelar 'Si Murai' atau 'Si Cheapsmore' sebab hamba memang banyak mulut di dalam kelas, dan kadang-kala pertanyaan hamba tak terjawab dek pensyarah. Cheapsmore pula sebab hamba selalu ada, dan selalu 'hilang'. Selain itu, gelaran 'Hyperaktif' memang sudah lekat dalam diri, kerana hamba selalu aktif di dalam kelas dan kerana ini, hamba selalu di'sakat' oleh rakan-rakan yang lain. Pernah Nurra berkata, bahawa En Amir Hashim (pensyarah Seni Grafik) pernah menanyakan ke mana hamba pergi, (ketika itu hamba ada masalah keluarga) dan dijawab olehnya. Lalu, En Amir berkata, jika tidak ada hamba kelas menjadi hambar dan kosong, disebabkan hamba seorang yang 'riuh' dan gemar bertanya soalan. Jadi tak hairanlah jika hamba mendapat 3 gelaran itu sebelum ini. Walaupun mendapat kritikan hebat dari sebahagian rakan yang menyelar diri hamba, hamba tidak terus 'down' dan mengganggap ia sebagai cabaran dalam hidup dan asam garam kehidupan. Masin dan pahit hamba telan, kerana hamba percaya bahawa setiap yang dilakukan dengan ikhlas dan sabar akan mendapat ganjaran yang lumayan. Sikap positif ini pada hamba menjadi pemangkin bahawa Allah itu akan sentiasa membantu hamba-hambaNya tidak kira apa jua rintangan yang dihadapi. Jadi, buat apa kisah? Teruskan sahaja langkah yang sudah kita tetapkan arahnya!

     Semasa Semester 2, hamba mula mengenali 2 orang sahabat baru, iaitu Md Din dan Idrul Fitri. Kebetulan, mereka rapat dengan Nurra. Sejak itu, kami berempat dipanggil "Empat Sekawan" oleh Prof. Zakaria Ali. Boleh dikatakan ke mana sahaja hamba pergi, mereka bertiga mesti ada bersama. Terasa indah bila dikenangkan saat itu. Bahkan terbongkar juga rahsia, bahawa Din pernah menyukai Nurra pada semester 1 dahulu. Malah, pernah menghantar SMS pula tu! Mahu pecah perut hamba membaca nukilan 'hati ke hati' tersebut, sampai mengambil masa untuk berhenti. Malah, ia menyebabkan hamba tidak ulah untuk memandang Md Din selama seminggu kerana hamba akan ketawa, dan tergelak seorang. Tetapi, hamba pernah 'dimalukan' di dalam kuliah oleh Md Din, yang pada hamba sangat memalukan dan 'membuatkan hamba nak belasah saja dia'. Ketika itu, kami sedang mendengar kuliah berkaitan Sejarah Seni  Dunia iaitu Sejarah Seni Ketamadunan India. Sedang asyik dan khusyuk mendengar penerangan di hadapan, kami semua dikejutkan dengan suara seseorang yang berteriak memanggil nama hamba. Ketika itu, slide sedang membentangkan tentang ciri fizikal patung wanita India. Bayangkan, semua rakan memandang terus pada hamba ketika itu. Bila Prof Z mencari-cari, didapati tiada apa-apa; lalu menyambung semula pembentangannya yang terhenti. Tetapi nama hamba disebut sekali lagi, kali ini lebih kuat dan jelas. Apa lagi, mahu tunduk hamba rasanya, bila melihat kawan-kawan yang lain mengarahkan pandangan mereka kepada hamba. Malunya tak terkata! Hamba dapat melihat dengan jelas, bahawa Md Din sedang menutup mulut dan menahan ketawa (lihat bahu dia terhenjut-henjut). Kurang asam boi sungguh! Memang nak kena mamat ni! Apabila habis kelas, Prof Z bertanya mengapa dia melakukan perkara itu. Dengan spontan dia menjawab," Lah,slide Prof tu sama cam Aisah la...kan macam prof cakap tadi patung tu dada besar, pinggang ramping, punggung montok. Sama la tuu....." lalu ketawa kecil. Apa lagi, memang sehari tu hamba 'kerjakan' dia habis-habisan, sampai esoknya dapat pula gelaran "Incredible Hulk".

      Semasa semester 2 dan 3, dugaan datang bertalu-talu. Bermulanya dengan kisah cinta hamba yang tidak kesampaian dan juga berita kematian nenda sebelah bonda. Sedihnya bukan kepalang apabila mendapat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan untuk 'putus', sedangkan hamba sangat sayangkan perhubungan tersebut. Silapnya mungkin hamba tidak pandai untuk bermadah dan menyulam kata-kata cinta, apatah lagi menjawab selalu panggilan (kerana dia seringkali menelefon ketika waktu puncak - kesibukan menyiapkan assignment), lalu perhubungan selama 3 tahun berakhir begitu sahaja. Lebih perit lagi, ianya jatuh pada tanggal 3 hari sebelum tibanya cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hamba ketika itu terasa kosong dan hadiah yang sepatutnya diberikan kepadanya pada hari yang mulia tersebut, akhirnya hamba serahkan kepada Md Din dan Fitri sahaja. Nurra hanya mampu memberikan kata-kata semangat supaya hamba tabah dengannya. Kemudian hamba dikejutkan pula dengan pemergian nenda yang disayangi pada awal Februari 2009 dan Mei 2009. Perasaan sedih itu adalah melebihi perasaan putus cinta, yang mana nyaris membuatkan hamba 'tersasar' dari landasan sepatutnya. Hamba juga merasa sangat terkilan adanya, kerana hanya hamba satu-satunya insan yang tidak sempat menatap wajah kedua-duanya; kerana berada jauh dari negeri dan menuntut. Baru sahaja hamba bertekad,iaitu apabila pulang menghabiskan cuti semester, hamba akan menjada nenda perempuan. Namun khadak dan qada' Allah telah tertulis, yang hamba tak sempat untuk melihat pemergian mereka. Sesungguhnya pemergian mereka ibarat merentap sebahagian semangat hamba yang mana sebenarnya bertunjang dari sokongan dan galakan mereka; dengan harapan tinggi untuk melihat hamba berjaya. Kehilangan ini menyebabkan hamba berasa sangat canggung dan trauma, terutama apabila sesekali menjengah teratak peninggalan mereka di Felda Purun, Bera. Terasa seolah-olah mereka masih di situ, di rumah itu, melakukan apa yang biasa dilakukan semasa hidupnya - arwah nenda lelaki duduk di kerusi malas sambil menghisap rokok daunnya dan arwah nenda perempuan pula sibuk memasak di dapur. Malah, sehingga kini hamba agak sensitif apabila melihat rakan-rakan hamba bersama orang-orang emas (ayah dan ibu mereka) dan ketika ahli keluarga malah apabila diri sendiri menyatakan sesuatu tentang kedua-duanya. Mudah benar air mata ini dirasakan untuk mengalir andai tersayat, walaupun sedikit.

      Bonda pula dilihat sangat tertekan dengan kematian kedua-duanya serentak dalam tahun yang sama, sehingga tidak lalu makan dan minum. Hati anak mana yang tak sedih melihat bonda berkeadaan sedemikian? Namun kini, hamba sudah boleh menarik nafas lega apabila melihat bonda kini sudah semakin ceria dan mampu bertahan, kerana berkat sokongan anak-anaknya dan ayahanda. Syukur hamba panjatkan pada Illahi tentunya. Sebenarnya masih banyak kenangan yang hamba ingin lampirkan di sini, tetap bimbang andainya menyinggung perasaan orang-orang berkenaan pula. Tapi bila diingat, memang menggamit kelucuan, khususnya terhadap Isma Hafizz, yang suatu masa lalu pernah mencadangkan pada hamba untuk memakai kasut tumit tinggi apabila memakai baju kemaja dan berseluar slack (tanpa diketahui tujuannya), usikan rakan-rakan terutamanya dari Jamil, Md Din, Aliff, Hafiz Ismail, Hafiz (Yob), Sham Wagiman dan lain-lain lagi. Kenangan itu tak akan berulang lagi, dan akan tersisip kemas di dalam memori hamba. Baiklah, sampai di sini penulisan hamba, bertemu lagi kita di warkah tinta selanjutnya. Wassalam.....

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan