BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Khamis, Mei 03, 2012

Menghitung Detik Menuju Majlis Konvokesyen UPSI Ke-14! - Bab 1


   Assalamualaikum diucapkan kepada rakan-rakan Bloggers yang dikasihi sekalian. Syukur juga dipanjatkan ke hadrat Illahi dengan sepenuh-penuh keikhlasan, kerana dengan berkat dan limpah kurnia dari-Nya, dapatlah hamba yang kerdil ini meneruskan kehidupan di bumi-Nya yang maya ini serta tidak lama lagi akan menerima segulung ijazah yang dinanti-nantikan 4 tahun selama ini. Ternyata hamba amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk dapat meneruskan kehidupan dan insyaallah dapat meneruskan legasi ayahanda dan bonda dalam kehidupan.

     Di sini juga ingin hamba memohon maaf andainya lama sudah tidak mengepos apa-apa maklumat atau ceritera di dalam laman ini. Setiap kali membuka blog, hamba seringkali ketiadaan idea untuk menulis apatah lagi hamba agak sibuk menyiapkan tugasan kajian kerja yang memerlukan hamba menumpukan 100% terhadapnya. Kini, alhamdulillah semuanya sudahpun dibereskan dan hamya menunggu pembayaran upah yang dijanjikan sahaja. Pada hari ini, arakiannya adalah hari di mana hamba menjalani raptai untuk konvokesyen yang akan berlangsung pada 7 sehingga 9 Mei ini di Dewan Besar Sultan Azlan Shah, yang terletak di Kampus baru UPSI di Proton City. Tarikh bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian akan diberikan pada hari Selasa, 8 Mei 2012 ini. Syukur juga dipanjatkan Illahi, kerana kami semua dikurniakan dengan Sesi ke-2, iaitu sesi pagi. Mujur pengalaman sebelum ini menemani ayahanda saudara semasa beliau mengambil ijazah di PWTC dahulu, menjadikan hamba dapat memahami sedikit sebanyak perjalanan majlis dengan baik dan lancar.


Poster Istiadat Konvokesyen Ke-14 (Sangat cantik dan menggunakan warna kesukaan saya)

       Hari ini juga menyaksikan 'kehebatan' bangunan dewan baru UPSI yang pada hamba cukup besar dan boleh dikatakan menandingi keluasan dewan yang terdapat di PWTC. Suasananya semua serba baru, seolah-olah berada di sebuah hotel mewah yang bertarap tinggi. Batch ambilan hamba (Julai 2008/2009) juga merupakan kumpulan pertama yang 'merasmikan' bangunan baru ini! Disebabkan perubahan tempat penyampaian, maka pihak universiti bertungkus-lumus menjalankan yang terbaik bagi melancarkan proses serta membolehkan majlis berjalan dengan lancar. Di sana, kami semua telah diberikan taklimat raptai berkaitan konvokesyen serta sebahagian daripada kami telah menjalani raptai penyampaian di atas pentas. Memang perasaan semasa berada di atas pentas tersebut, sangat-sangat berbeza berbanding di tempat duduk. Perasaan takut dan gementar itu, mengatasi perasaan keterujaan untuk mengambil ijazah. Di sebalik kejayaan hamba melakukan rehearsal tersebut, terbit juga kebimbangan di hati andai tersilap langkah tatkala majlis sebenar kelak. Malu jadinya nanti! Hari ini juga, bahagian belakang pentas, khususnya bilik jubah dipenuhi dengan kerumunan bakal graduan yang mahu mengambil peralatan majlis. Panas dan rimas tidak terkata, ditambah dengan bilangan yang ramai membuatkan hamba pening.



      Kiranya, sistem pemberian baju masih kurang efektif berbanding dengan sistem pemberian baju dan barangan yang dilalui oleh ayahanda saudara di Open University. Sepatutnya, pelajar diberikan nombor dan beratur di luar bilik jubah, selain membuka kaunter yang telah disusun dengan bahan-bahan berkaitan. Ini dilihat lebih baik dan kemas, selain mengelakkan berlakunya kesilapan mengambil jubah dan sebagainya. Sistem bas juga dilihat kurang memuaskan, kerana sebahagian besar graduan tidak mempunyai kenderaan sendiri. Ini menyebabkan lambakan pelajar menunggu di merata-rata tempat, seolah-olah UPSI tidak mempunyai pengurusan sistem yang baik. Oleh itu, tidak hairan sebahagian pelajar memesan perkhidmatan teksi untuk memudahkan pergerakan. Di sini juga, hamba agak gembira berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang lama tidak bertemu. Perasaan itu tidak tergambarkan dengan kata-kata, setakat tersenyum dan menegur mereka dengan ramah. Rasa susah payah menyampaikan maklumat kepada mereka semua seolah-olah berbaloi dengan kehadiran mereka. Pertemuan ini juga membolehkan kami semua bertanya khabar, bergelak ketawa malah bergurau senda seadanya, seolah-olah masih belajar lagi.

      Keadaan ini juga secara tidak langsung menerbitkan kenangan semasa menuntut, terutama ketika masih berada di Semester Satu dahulu; yang mana penuh dengan kelucuan dan kenakalan. Seolah-olah tidak percaya rasanya, kami semua telah berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun di universiti dengan jayanya! Malah, seolah-olah 4 tahun itu dirasakan sangat singkat dan berlalu pantas. Benarlah kata orang, bahawa apabila sesuatu itu berlalu, itulah yang akan dikenang dan diingati selalu. Malah dalam pertemuan semula dengan rakan-rakan juga membuatkan hamba berfikir sejenak tentang sesuatu yang telah lama difikirkan. Sesungguhnya perasaan itu adalah sangat halus dan murni, tanpa disedari. Hamba juga dengan tabah dan redha menerima takdir yang tersurat bahawa 'orang' tersebut bukan lagi 'penanda jodoh' yang harus hamba kejari dan perolehi. Nyata kiranya dari perlakuannya, 'orang' itu ternyata berbahagia dengan orang yang disayanginya. Hamba perlu belajar melepaskan perasaan itu pergi secara keseluruhannya, apatah lagi tingkah dan lakunya yang kelihatan begitu 'menjarakkan' diri dari hamba, sahabatnya ini. Cuma agak terkilan di hati ini, apabila melihat perlakuannya yang sangat dingin sedangkan sebagai kawan hendaklah menghormati kawan yang lain. Nyata juga di hatinya tiada tempat untuk hamba duduki walaupun sebagai kawan baik, kerana ia juga telah diduduki oleh rakan hamba yang lain; yang mana rakan pertama baginya.

     Benar, agak pelik dan sukar untuk dijelaskan tapi itulah hakikatnya. Sikap berat sebelah itu sangat kelihatan dan seolah-olah menunjukkan hamba ini kurang rapat dengan mereka. Walaupun kecil hati, tapi hamba terpaksa menerimanya dan beranggapan itulah yang harus hamba terima kerana hamba ini ibarat 'chewing gum' dalam hidup mereka. Perhatian lebih diberikan pada rakan yang seorang itu, seolah meminggirkan hamba dalam kumpulan. Hati lebih sayat bila pernah terdengar kata-katanya yang jelas menyatakan bahawa hamba ini dianggap sebagai 'alat' dan 'batu loncatan' untuk berjaya dalam pembelajarannya. Sedih sekali rasanya, tapi hamba pendamkan jua dan simpan sahaja. Tapi dari perlakuan jelas sudah, itulah realiti yang harus hamba terima. Tapi, hamba tidak akan putus asa dan membiarkan diri hamba direndahkan lagi. Biarlah, hamba akan terus ke hadapan menggapai impian hamba. Kini, hamba tiada masa untuk menoleh ke belakang lagi. Jika diizinkan Tuhan, hamba mahu meneruskan kehidupan dan kerjaya hamba sebaik mungkin untuk membolehkan hamba memperoleh ketenangan hidup. Biarlah hamba dengan sokongan keluarga sahaja. Masih juga ada rakan-rakan yang lain memberikan dorongan dan sokongan, walaupun kurang rapat. Semoga hamba akan dapat mencapai bintang dan awan di langit biru walau apa jua sekalipun!

       Hamba juga kini ternanti-nanti untuk membeli karya terbaru Ramlee Awang Murshid di pasaran novel negara iaitu "Sunan Musafir" yang menamatkan trilogi novel "Bagaikan Puteri". Semoga apa yang dikatakan oleh Laksamana Sunan (aka Saifuddin) jua akan dapat hamba gapai dan peroleh dalam hidup hamba. Jatuh sekali tak bererti jatuh selamanya, biar jatuh berulang kali tapi jangan sesekali jatuh dalam perjuangan semangat untuk berjaya. Bak kata Saifuddin dalam penulisannya:


Inilah buku novel terakhir triologi "Bagaikan Puteri" iaitu "Sunan Musafir"

    "Andai tangan hamba mencecah awan, maka saktilah hamba" (Ini bukan bermakna riak, tetapi penuh makna yang mendalam).

       Sekian tinta hamba kali ini. Mohon juga doa dari kalian semua agar hamba dapat memiliki novel tersebut, yang pada hamba sangat menarik dan berharga untuk dibaca. Al-maklum hamba ulat buku!


0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan