BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, Jun 02, 2012

Bandar Bera & Pengangkutan Awam Yang Semakin 'Dilupakan'


     Assalamualaikum, khusus untuk semua rakan-rakan Blogger yang dihormati sekalian. Syukur ke hadrat Illahi kerana hamba masih diberi peluang untuk menulis tinta pada laman ini. Maaf kerana meninggalkan laman ini agak lama tanpa sebarang madah atau berita. Syukur juga ke hadrat Yang Maha Esa, dengan limpah dan kurnia-Nya, adinda hamba yang ke-2, Mohd Husain pada hari ini sedang mendaftarkan diri di salah sebuah institusi pengajian tinggi, iaitu UiTM Jengka setelah 4 bulan 'menganggur' di rumah. Alhamdulillah, murah rezeki kami sekeluarga kerana dikurniakan dengan akal dan minda yang cerdas lagi cergas untuk menempatkan diri di institusi pengajian tinggi. Hamba baru sahaja menamatkan diri dari belajar di UPSI, Angah (Kamal) pula di UTeM, Melaka dan Ude (Husain) pula di UiTM Jengka. Kini, cuma menunggu Wawa dan Qayyum pula menjejakkan kaki ke menara gading.

      Hamba masih berasa lenguh dan sakit-sakit pada anggota badan. Almaklum, baru sahaja pulang dari bandar Bera pada hari Khamis lalu. Ulahnya, bonda mempunyai urusan penting yang harus diselesaikan di sana. Mahu tak mahu, hamba juga kena menawarkan diri untuk menemaninya ke sana. Tepat jam 9 pagi, kami telah menaiki bas MetroBas ke Temerloh dan kemudiannya ke Stesen Bas Lama Temerloh di Bandar Lama untuk ke Bera (Kerayong). Perkhidmatan bas ke kawasan selatan Pahang itu sebenarnya baru memulakan kembali operasi mereka sebulan yang lalu, setelah mendapat permintaan dan aduan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu supaya perkhidmatan bas ini diwujudkan kembali. Bukan apa, kawasan daripada Felda-Felda di Bera sehingga pinggir sungai Temerloh merupakan kawasan yang agak pedalaman serta pekannya pula adalah kecil dan keperluannya adalah minimum. Maka, tidak hairanlah jika perkhidmatan bas ini sangat-sangat diperlukan terutama oleh golongan warga emas untuk keluar bagi menyelesaikan perkara-perkara berkaitan. Masa menunggu pula terlalu lama, kira-kira 2 atau 3 jam lebih, baru bas yang dikehendaki tiba. Oleh itu, banyaklah 'kereta sapu' yang mengambil peluang mencelah untuk mendapatkan 'wang percuma' dari penumpang. Mahu tak cekik darah, apabila ada pemandu tersebut yang menawarkan harga sehingga RM7 sekepala hanya untuk ke Bandar Bera! Sedangkan menaiki bas, cuma memerlukan RM3.60 (dewasa) dan RM1.60 (kanak-kanak). Bukankah jimat? Bukan tidak mahu menolong, tetapi harga yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak munasabah, kalau RM5 masih boleh dipertimbangkan.

       Menaiki bas mengingatkan hamba banyak kenangan, terutama dengan arwah nenda. Di Bera juga, hamba sempat singgah sebentar di bekas tempat kerja hamba, iaitu Hong Yuan Agency dan Bera Earthwork Sdn.Bhd. Kak Sue masih utuh bekerja di sana, dan kedapatan seorang lagi pekerja baru yang mana umurnya adalah lebih tua dari hamba. Melalui Kak Sue, hamba mendapat khabar bahawa lelaki yang pernah memikat hamba semasa bekerja dahulu telah bertukar ke negeri asalnya Terengganu setelah berkahwin (tak ingat namanya). Syukur, sampai juga jodohnya! Kak Sue mengatakan disebabkan patah hati dengan hamba kerana menolak 'cinta'nya, lelaki itu (sebenarnya dia bekerja sebagai pegawai bank di bank sebelah tempat kerja hamba) telah meminta ibubapanya mencarikan jodoh buatnya. Herm, nak cakap macamana? Hamba ketika itu masih terlalu muda untuk memikirkan soal perkahwinan, apatah lagi ketika itu hamba sedang menunggu kemasukan ke IPTA, memang tak dapat terima. Hamba juga sempat berborak sekadar yang patut dengan Kak Sue dan kemudiannya mengundur diri untuk pulang semula ke teratak di Jengka. Penatnya tak terkata!

        Teringat pula dengan pengangkutan kereta api. Siapa di sini tidak pernah sama sekali menaiki kereta api? Hamba, jika tidak disebabkan keluarga hamba berpindah ke Bera dahulu, hamba tidak akan merasa menaiki kereta api. Apabila hendak pulang ke SMK Clifford, Kuala Lipis; pengangkutan inilah hamba akan naiki, sama ada dari Stesen Kereta api di Triang atau di Mentakab. Kalau pengalaman kena tinggal, berkejar sebab masa dah tamat (perkhidmatan bas tamat); semua hamba dah rasa. Kamu semua pernah tak jalan kaki bersendirian jika mendapati orang yang ditunggu untuk mengambil kita di stesen bas/kereta api tak juga tiba? Hamba pernah, bukan sekali, malah berkali-kali! Hamba pernah berjalan kaki dari Pekan Kg Awah (Some') masuk ke Felda Kampung Awah seorang diri, setelah menaiki bas dari Chenor. Malah, pernah berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Triang, sehingga ke Pekan Kerayong. Ayahanda seringkali memarahi hamba kerana 'sikap semberono' dan 'berani mati' hamba yang padanya, tak kena masa dan tempat. Mana tak risau, bila melihat anak daranya tiba di tempat kerja dengan berpeluh sakan! Ayahanda sudah dapat meneka, bahawa hamba berjalan kaki jika melihat hamba termengah-mengah depan pintu pejabatnya. Lalu, apalagi; hamba kena 'sembur' depan pintu itu jugalah! Pensyarah hamba, En Amir Hashim juga ikut terpelongo bila hamba menceritakan pengalaman ditinggal seorang diri di R&R Tanjung Malim ketika menaiki bas ekspress untuk pulang ke Tanjung Malim dahulu. Mahu nak tercabut telinga hamba kena bebel dengan En Amir, disebabkan 'keberanian' hamba itu. Malah, Nurra, Fitri dan Md Din juga turut 'membasuh' hamba, bila mendapat tahu perkhabaran tersebut. Tapi, hamba gembira; kerana mereka mengambil berat mengenai diri ini.

       Baiklah, tamat sudah al-kisah pada tinta kali ini. Bertemu lagi kita dalam warkah seterusnya. Jika kelapangan, lawatilah blog hamba yang lain. Komen-komen boleh dikirimkan pada ruangan chat yang hamba telah sediakan. Selamat Menjamu Mata! Wassalam.... 

2 ulasan:

burst berkata...

hello aishah.... da boleh komen dah.....

Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi berkata...

hehehe...terima kasih byk2 Raimi...thee3

Buih Yang Berterbangan