BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, Jun 06, 2012

Kuasa Minda - Percaya Atau Tidak?


    Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Hamba berharap bahawa semua sihat walafiat hendaknya bersama dengan rakan-rakan dan keluarga yang tersayang. Tidak ketinggalan juga kepada kekasih hati, bakal-bakal pengantin dan lain-lain lagi. Kita semua hidup di bawah negara yang aman dan tenang  tanpa sebarang perang dan pertumpahan darah yang besar seperti jiran kita, Thailand dan Indonesia. Seharusnya kita bersyukur dengan apa adanya, bukan meminta-minta yang bukan-bukan malah percuma semuanya. Hidup kita ini pun bukannya percuma, kita kena 'bayar' dengan menghambakan diri kepada Pencipta serta melakukan amal-amal yang bertepatan dengan anutan supaya mendapat ganjaran akhirat yang indah kelak.


Adakah otak kita mampu menjadi seperti ini?

   Di sini, ingin hamba berkongsi mengenai keajaiban kuasa minda. Hamba pasti bahawa anda pasti mengenal superhero-superhero yang mana mempunyai kuasa psikik dan minda yang kuat, bukan? Contohnya, Savier dan  Jean Grey (Pheonix) dari adaptasi komik Amerika "X-Men". Nampak sangat realistik apabila diterjemahkan ke layar perak, penuh dengan 'gambaran' bahawa manusia yang mempunyai kuasa ini mampu membaca, menganalisis serta memanipulasi pemikiran manusia lain. Namun, percayakah anda semua jika hamba katakan bahawa kita juga mampu untuk menjana kuasa dari minda kita sendiri? Tetapi ia tidaklah sehebat adiwira-adiwira di pawagam ini, namun kehadiran 'kuasa' ini sedikit sebanyak sebenarnya telah pun membantu dalam kita menghadapi kehidupan sehariannya. Dari konteks ini, sebenarnya kuasa minda yang bertapak kuat di fikiran kita adalah 30% berdasarkan kepada gerak hati (instinct), 20% gerak rasa dan 50% lagi adalah berdasarkan usaha (tenaga fizikal). Malah, kuasa pemikiran kita sebenarnya telah lama mampu untuk berhubung dengan manusia yang lain, iaitu melalui pengalihan tenaga tele-kinetik 'tanpa sedar' yang mana kehendak atau pemikiran kita akan dapat dihubungkan dengan tenaga kinetik yang terdapat pada otak seseorang yang lain. Bukan sahaja pada orang yang berhampiran, malah pada individu yang berada berbatu jauhnya! Mustahil bukan?


Jean Grey ketika menggunakan kuasa mindanya untuk menyelamatkan rakan-rakannya dalam sekuel X-Men 2
     Ingin hamba katakan di sini, golongan wanita terutamanya golongan ibu merupakan golongan yang paling bertuah kerana memiliki 'kuasa' unik ini. Kuasa ini turut disokong dengan kuasa gerak hati dan kasih sayang yang kuat, yang mana sememangnya sudah semulajadi bertapak dalam diri seorang ibu (kecuali ibubapa yang tergamak buang anak di merata-rata tempat). Cuba fikirkan, sebanyak 90% ibu akan dapat mengagak dengan tepat apabila kita cuba mengejutkannya dari belakang. Tentu anda pernah mencubanya, bukan? Mengapa begitu? Ini disebabkan kuasa minda yang mana dihubungkan dengan gerak hati tadi. Malah, tentu anda semua pernah mengalami gejala 'tidak sedap hati'. Keadaan ini berlaku disebabkan gangguan terhadap aliran tele-kenetik yang terdapat pada seseorang (selalunya ahli keluarga yang rapat, rakan-rakan baik dan kekasih misalnya) telah sampai atau tiba, yang kemudiannya diproses ke dalam gelombang otak yang mewujudkan gangguan terhadap saluran perhubungan. Boleh dikatakan 85% mengalami gangguan tersebut, yang mana membuktikan kewujudan kuasa minda tersebut.


Jean Grey setelah berevolusi kepada "Pheonix" atau "Dark Pheonix"

      Tak percaya lagi? Baik, pernahkah sewaktu anda berbual-bual di dalam kumpulan dan tiba-tiba anda terfikir yang anda hendak pergi ke perpustakaan? Kemudian, secara tiba-tiba ada 2 atau seorang dari kawan anda menyampuk dengan menyatakan bahawa anda hendak ke perpustakaan sekarang, sedangkan lahiriahnya kita tidak menyebut langsung mengenai perkara itu di hadapan mereka, tetapi bagaimana mereka mengetahuinya? Tentu pernah, walaupun dalam situasi yang lain, bukan? Inilah yang dinamakan perhubungan 'tanpa sedar', yang terjadi apabila pemikiran kita (yang tak ubah seperti saliran elektro yang terpancar dari radio dan TV) mencapai rangkaian pemikiran kita ketika itu, kaedahnya sama seperti mendapat siaran radio atau TV secara automatik. Kita boleh memanipulasikan 'kuasa' ini dengan baik, jika menggunakannya dengan konsep 'apa yang kita gemari'. Contohnya, hamba sendiri. Hamba selalunya menggunakan 'kelebihan' ini untuk mendapatkan makanan atau minuman yang dihajati atau menyiapkan tugasan (assignment).


Jom kita buat kerja!!

      Caranya adalah mudah sahaja. Sebelum tidur, setkan di dalam minda anda mengenai aktiviti atau perkara yang anda hendak lakukan pada esok hari. Apabila bangun, hamba selalunya akan berfikir tentang menu (makanan) yang hamba fikir hendak makan pada hari tersebut. Contohnya, hari itu hamba hendak makan nasi ayam hainan. Setkan dan simpan di dalam minda anda. Pada hari tersebut, jalani kehidupan anda seperti biasa. Maksudnya, anda buat sahaja kerja seharian. Ketika itu, kita tidak tahu dari mana atau punca kita akan mendapatkan makanan tersebut; sama ada daripada pensyarah, rakan-rakan sekuliah, jiran tetangga mahupun diri sendiri. Dan keputusannya selalunya POSITIF! Hamba akan dapat makanan yang diidamkan, dan selalunya terjadi apabila dibelanja kawan-kawan yang tak sedar sebenarnya kita mahu makan menu tersebut! Malah, kadangkala baru sahaja terfikir nak makan kuih buah Melaka, alik-alik datang jiran menghantar kuih buah Melaka! Unik bukan?



         Selain itu, 'kuasa' ini juga boleh dipraktikkan semasa sedang membuat tugasan. Hamba selalunya telah menetapkan berapa jam untuk diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan tersebut (buat sehingga habis). Contohnya, apabila hamba hendak melakar 10 lakaran untuk folio, hamba telah setkan selalunya selama 3 atau 4 jam untuk menyelesaikannya. Sepanjang membuat kerja, jangan sekali pun memandang / melihat jam. Setelah selesai kesemuanya, barulah lihat jam dan anda akan dapati bahawa kita 'mengikut' waktu yang ditetapkan! Kaedah ini memang sangat baik dan membantu dalam penghasilan tugasan. Namun, terdapat juga kelemahannya yang nyata. Kaedah ini memerlukan tumpuan 100% sama ada dari segi emosi, fizikal serta rohani, yang mana kuasa minda kita dikerah untuk 'menghidupkan' serta 'menggerakkan' otak dan seterusnya anggota badan yang lain 'mengikut arahan' atau set yang telah ditetapkan sebelum membuat kerja tadi. Kerahan ini akan membuatkan minda kita bekerja keras untuk memastikan hasil capaian berlaku dengan jayanya (maknanya tak boleh gagal) dan mengakibatkan setelah tamat kerjanya, minda kita menjadi sangat letih dan turut melibatkan keseluruhan anggota tubuh. Oleh itu, kita dikehendaki berehat sebentar atau tidur untuk mengembalikan semula 'tenaga' yang telah digunakan.

       Baiklah, itu adalah kisah yang hamba ingin kongsikan bersama anda semua. Jika masih rasa was-was, anda semua boleh mencubanya. 'Kuasa' ini bukan untuk membuktikan kita ini hebat atau tidak tercabar, tetapi sebagai mengenangkan bahawa kita sebenarnya adalah lebih dari apa yang kita tahu. Malah, tidak salah untuk kita mengeksploitasi kemahiran ini, seandainya untuk kebaikan. Malah, kajian juga mendapati bahawa otak manusia yang dieksploitasi hanyalah 10% sahaja. Jadi, tunggu apa lagi jelajahilah minda anda dan selalu bergembira bersama-sama yang tersayang!

P/S: Terkejut dengan kenyataan doktor yang pernah menguji gelombang otak hamba (ketika akhir tahun pengajian), yang mengatakan gelombang otak hamba sudah dieksploitasi sebanyak 16%. Doktor juga berkata bahawa orang yang cerdik pandai pun hanya mampu untuk meneroka otaknya sehingga 35% sahaja. Itulah betapa besarnya ilmu Allah.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan