BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, Julai 04, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) - Memahami Tool Extracts Dalam Adobe Photoshop

Latar belakang yang 'bersih' akan menimbulkan impak terhadap subjek utama yang disusun dalam sesebuah komposisi gambar. Namun begitu tidak semua gambar yang dirakam memiliki latar belakang yang bersih atau bersesuaian dengan subjek tersebut terutamanya jika subjek tersebut adalah di luar kawalan kita seperti subjek alam semulajadi serangga, bunga-bungaan dan sebagainya. Jika ini berlaku, jurugambar digital biasanya terpaksa menggantikan latar belakang asal dengan gambar latar belakang yang berbeza semata-mata untuk memantapkan kualiti gambar yang dihasilkan. Untuk menghasilkan proses menukar latar belakang gambar dengan mudah maka Adobe Photoshop telah menyediakan tool yang khusus untuk tujuan ini iaitu tool Extract. Artikel kali ini akan melihat secara terperinci fungsi tool Extract dan seterusnya langkah-langkah mudah untuk menukar gambar latar belakang supaya ia kelihatan serasi atau 'seamless' yakni, keseluruhan komposisi gambar tidak kelihatan seperti kolaj.

1. Rajah ini menunjukkan gambar sebelum dan selepas latar belakang ditukar kepada latar belakang baru.



















2. Sediakan dahulu gambar yang hendak ditukar latar belakangnya. Antara kriteria utama yang perlu diberi perhatian sebelum sesuatu gambar sesuai diaplikasikan dengan tool Extract adalah memilih gambar yang memiliki latar belakang yang tidak terlalu 'bersekali' dengan subjek utama. Gambar yang terdapat perbezaan jelas antara subjek dengan latar belakang adalah antara gambar yang mudah diaplikasikan dengan tool Extract.























3. Pilih menu Filter > Extract.
















4. Rajah ini menunjukkan dialog tool Extract.




















5. Sebelum proses 'melukis' bahagian tepi boleh dimulakan, beberapa pilihan parameter mesti dilakukan. Pertama, klik pada ikon tool Edge Highlighter dan keduanya, pilih saiz berus yang bersesuaian dengan gambar yang anda gunakan.






















6. Klik pada ikon Smart Highlighting untuk mengaktifkannya. Mulakan lakaran pada bahagian gambar di tepi subjek utama yang hendak 'dipadam' dan digantikan dengan gambar yang baru.




















7 dan 8. Teruskan lakaran hingga ia meliputi bahagian keseluruhan subjek.
































9. Setelah selesai membuat lakaran, aktifkan tool Fill dan klik sekali di bahagian dalam gambar yang dilakar tersebut. Hasilnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memperoleh hasil seperti yang dimaklumkan, semak lakaran tersebut supaya tiada bahagian garisan yang tidak bercantum (terputus-putus).




















10. Klik pada Preview untuk melihat hasil yang bakal diperoleh.




















11. Dengan menggunakan tool, zoom in dan out, semak bahagian-bahagian 'potongan' gambar yang tidak sempurna. Bahagian-bahagian potongan yang tidak sempurna ini boleh dibaiki secara satu demi satu.






















12. Pilih tool Cleanup dan klik kekunci Alt untuk mengembalikan bahagian gambar yang hilang.






















13. Teruskan memeriksa bahagian gambar yang bermasalah dan ulangi menggunakan tool Cleanup dengan kekunci Alt untuk membuat resorasi pada bahagian gambar yang terpotong secara tidak disengajakan atau secara berlebihan.






















14. Zoom Out untuk melihat paparan penuh gambar tersebut. Jika anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh, klik OK.




















15. Buka dokumen yang mengandungi gambar yang akan digunakan sebagai latar belakang. Klik, seret dan lepaskan butang tetikus ke dalam dokumen asal yang mengandungi gambar yang telah 'dibersihkan' bahagian latar belakangnya.

















16. Ubah kedudukan gambar latar belakang supaya berada pada lapisan bawah lapisan gambar yang telah diaplikasikan dengan tool Extract.

















17. Jika saiz gambar latar belakang perlu diubah, aktifkan lapisan yang berkenaan dan pilih menu Edit > Transform > Scale.


















18. Hasil akhir yang diperoleh setelah latar belakang baru digantikan dengan yang asal menggunakan tool Extract.


















SELAMAT MENCUBA!


0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan