BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, Julai 04, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) - Penggunaan Filter

Photoshop CS3 adalah antara perkakasan yang digunakan untuk merawat gambar atau membina tekstur. Untuk membina tekstur, anda boleh gunakan Filter yang telah disediakan dalam Photoshop bagi memudahkan tugas dan cepat dihasilkan. Mari kita lohat penggunaan Filter.

1. Buka Photoshop.














2. Buka sebuah gambar fail yang mudah dan ringkas. Sebagai contoh hamba gunakan gambar di atas.
















3. Klik pada Filter dan anda dapati ada Extract, Filter Gallery, Liquify, Pattern Maker dan Vanishing Point.























* Extract *

4. Mula-mula kita gunakan Extract. Extract digunakan untuk mengekstrak atau menarik keluar mana-mana bahagian gambar yang dikehendaki.
















5. Klik pada Highlight Pen dan tandakan sekeliling imej yang anda mahu. Anda boleh ubah saiz pen dengan mengubah pada Tool Options.

















6. Teruskan dengan Highlight Pen pada segala objek yang anda mahu.


















7. Sekarang pilih Fill dan titikkan pada ruang dalam Highlight seperti pada rajah.
















8. Kemudian klik pada Preview dan anda dapat lihat objek yang dipilih dengan sekeliling objek telah dibersihkan. Itulah penggunaan Extract.
















9. Satu lagi pilihan adalah menitik Fill pada ruangan luar objek pilihan.
















10. Klik pada Preview dan objek pilihan anda akan hilang dan sekeliling pula akan kelihatan.
















*Filter Gallery*

11. Sekarang kita gunakan Filter Gallery dan terdapat banyak pilihan antaranya Artistic, Brush Strokes, Distort, Sketch, Stylize dan Texture.














12. Klik pada Artistic dan anda boleh cuba sebarang Filter yang ada. Contoh hamba gunakan Dry Brush.














13. Penggunaan Artistic Filter dengan Plastic Warp.














14. Sekarang pilih pula Brush Strokes dan sebagai contoh hamba gunakan Dark Strokes dan lihat apa jadi pada gambar. Anda boleh mencuba gunakan Filter lain.














15. Sekarang pilih pula Distort dan sebagai contoh hamba gunakan Glass dan lihat apa yang jadi pada gambar. Anda boleh mencuba gunakan Filter lain.














16. Sekarang pilih pula Sketch dan sebagai contoh hamba gunakan Graphic Pen dan lihat apa yang jadi pada gambar. Anda boleh mencuba gunakan Filter lain.














17. Sekarang gunakan pula Stylize dan gunakan Glowing Edges dan lihat apa yang jadi pada gambar.
















18. Akhir sekali Texture dan anda boleh pilih sebarang Filter dan hamba gunakan Patchwork sebagai contoh. Lihat apa yang jadi pada gambar dan anda boleh cuba menggunakan Filter lain jika mahu.














*Liquify*

19. Anda boleh gunakan gambar lain untuk Filter ini iaitu Liquify. Liquify adalah untuk mengubah bentuk objek dengan menggerakkan sisi objek atau mencairkan objek kepada bentuk yang anda kehendaki.















20. Dengan menggunakan Liquify, hamba telah menolak pipi objek ke tepi, mata dan kepala ke atas dan supaya ia nampak lebih besar. Bulatan menunjukkan perubahan objek.
















21. Hamba juga mengubah bahagian perutnya supaya lebih besar. Itulah penggunaan Liquify dan anda tidak dapat melihat perubahannya jika tidak merujuk kepada gambar asal.















*Pattern Maker*

22. Sekarang buka imej dan gunakan Filter Pattern Maker. Ini adalah untuk membuat sebarang corak daripada imej atau sebahagian imej.
















23. Gunakan Selection Tool dan pilih bahagian mana pada objek yang anda mahu. Contoh seperti pada rajah. Kemudian klik pada Generate.
















24. Inilah hasil setelah anda klik pada Generate. Sebuah susun atur corak dan anda boleh ubah saiz dan jumlah corak pada menu Title Generation di sebelah kanan skrin.
















SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan