BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, September 29, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) - Menambah Bingkai Pada Imej Digital


   Imej digital boleh dipross untuk pelbagai aplikasi dan kegunaan yang khusus. Dengan menggunakan teknologi Digital Darkroom, pelbagai kesan khas boleh diaplikasikan pada dokumen foto digital bagi menambahkan impak presentasi dan kesan-kesan ini dapat dilakukan dengan mudah.

     Menambahkan bingkai pada foto digital membuatkan ia kelihatan lebih profesional. Menariknya, proses penghasilan bingkai pula dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Di sini hamba akan membuat demonstrasi imej asal yang bersaiz 3504 pixel x 2336 pixel pada kadar resolusi 240 ppi yang dihasilkan dengan menggunakan kamera digital dengan lensa berkapasiti 8.2 megapixel. Imej asal ini akan dikecilkan menjadi 640 pixel x 640 pixel atau 72 ppi sahaja beserta dengan bingkai dan tajuk foto ini. Sila ambil perhatian bahawa imej ini diproses khas untuk tujuan sisipan e-mel dan paparan dala talian terutamanya untuk sesawang web. Proses mengecil, membuat bingkai dan menambahkan tajuk ini dirakam sebagai Action. Action ini boleh diaplikasikan terhadap sejumlah imej foto yang lain yang hendak digunakan untuk tujuan persembahan, sisipan e-mail atau paparan dalam talian.

1. Rajah ini menunjukkan imej sebelum dan selepas menambahkan foto harimau.













2. Sebelum meneruskan proses menambahkan bingkai, sebaiknya anda mestilah memeriksa saiz asal dokumen imej digital yang bakal diproses. Pilh menu Image > Image Size. Dalam tetingkap Image Size, dimensi sebenar dokumen yang berkenaan itu dipaparkan sama ada dalam ukuran pixel atau pun inci iaitu 3504 pixel x 2336 pixel (14.6' x 9.733') pada 240 ppi (Pixels per inch). Dimensi dokumen ini terlalu besar untuk kegunaan umum seperti paparan dalam sesawang, dan juga kegunaan berasaskan multimedia.




















3. Proses ini dimulakan dengan menghasilkan Action baru yang dinamakan Foto Border. Anda boleh memberikan apa-apa sahaja nama yang difikirkan bersesuaian supaya action ini mudah dikenalpasti kelak. Klik pada ikon folder yang bertanda A. Tetingkap dialog New Set dipaparkan. Taipkan nama folder Action iaitu 'Foto Border'. Tekan OK setelah selesai.



















4. Klik pada ikon muka surat (Create New Action) yang bertanda A. Tetingkap New Action dipaparkan, di dalam petak Name, taipkan Border Lanskap. Klik Record.


















5. Perhatikan bahawa ikon rakam (Record) bertukar menjadi warna merah. Ini menunjukkan  bahawa Action Border Lanskap aktif dan merakam apa-apa sahaja perubahan yang anda lakukan pada dokumen asal (foto harimau tadi).

















6. Pada tahap ini, proses mengecilkan saiz imej boleh dimulakan. Pilih menu Image > Image Size. Rujuk pada nombor yang diberikan dan anda perlu ambil perhatian bahawa langkah ini mestilah dilakukan secara berturutan terutamanya pada petak resolution untuk mengelakkan anda memperoleh saiz dokumen yang tidak tepat. Dalam petak Resolution (1), taipkan 72. Dalam petak Width dan Height (2), taipkan 640 dan 480. Pilih Bicubic Sharper dalam petak Resample Size (3) dan klik OK. Pada tahap ini anda telah berjaya mengubah saiz dokumen asal kepada saiz baru iaitu 640 x 480 pixels atau 72 ppi.


















7. Langkah seterusnya ialah menghasilkan bingkai kecil yang berwarna hitam sebagai bingkai pertama. Pilih menu Image > Canvas Size. Dalam petak New Size, taipkan .2 dan klik pada Relative. Dalam menu tarik turun, iaitu Canvas Extention Color, pilih Black. Klik OK.


















8. Perhatikan bingkai berwarna hitam yang terdapat pada dokumen imej yang berkenaan. Langkah seterusnya ialah menambahkan bingkai kedua yang bersaiz lebih besar daripada bingkai yang pertama. Pilih menu Image > Canvas Size. Dalam petak New Size, taipkan .8 dan klik pada Relative. Dalam menu tarik turun, iaitu Canvas Extention Color, pilih Gray. Klik OK.


















9. Perhatikan hasil bingkai yang diperolehi.

















10. Proses seterusnya ialah menambahkan saiz bingkai di bahagian bawah foto untuk memberikan ruang tambahan untuk menulis tajuk. Pilih menu Image > Canvas Size. Dalam petak New Size, taipkan bahagian Height kepada .8 dan klik pada Relative. Pada petak Anchor, klik pada petak yang bertanda A. Dalam menu tarik turun, iaitu Canvas Extention Color, pilih Gray. Klik OK.




















11. Bingkai tambahan telah berjaya dihasilkan. Aktifkan tool Text, pilih muka taip dan saiz yang bersesuaian dan taipkan apa-apa tajuk yang bersesuaian contohnya HARIMAU.

















12. Klik pada layer yang bertanda T (text). Klik pada ikon F, pilih Drop Shadow.



13. Untuk menambahkan kesan 3 Dimensi pada teks yang dihasilkan itu, pilih ink Soft Light.


















14. Setelah selesai, anda boleh memilih untuk memampatkan lapisan dengan menggunakan Flatten Image.
























15. Klik Stop untuk membatalkan arahan rakaman Action. Perhatikan di bawah sub menu Border Lanskap, dipaparkan beberapa sub menu lain seperti Image Size, Canvas Size dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa semua arahan yang anda kendalikan itu telah dirakam dengan jayanya. Action ini sedia untuk digunakan bagi tujuan menghasilkan imej yang sama daripada segi rekaan bingkai, saiz dokumen dan tajuk yang sama kepada sejumlah besar dokumen digital yang lain.























16. Untuk memastikan action tersebut boleh digunakan dengan jayanya, pilih beberapa imej baru menerusi Adobe Design.















17. Pilih Tools > Photoshop > Image Prosessor.



















18. Tetingkap Image Processor dipaparkan. Perhatikan di bahagian A, dalam petak Run Action, pilih action Foto Border, dan pilih action yang lebih spesifik iaitu Border Lanskap. Dalam bahagian yang bertanda B, klik Save as JPEG dan taipkan pada bahagian Quality kepada 12 dan klik Convert Profile to sRGB. Dalam bahagian C, klik pada ikon Select Folder.
























19. Hasilkan direktori baru untuk menyimpan sejumlah foto yang akan diproses. Klik OK. Dalam tetingkap Image Processor, klik Run.





































20. Rajah ini menunjukkan sejumlah imej yang dihasilkan dalam kadar masa yang singkat hanya dengan menggunakan arahan yang sama yang dirakam dengan menggunakan pilihan Action yang disediakan dalam Adobe Photoshop. Action boleh digunakan untuk pelbagai tujuan terutamanya dalam kuantiti yang banyak.
















Selamat Mencuba!!



0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan