BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Isnin, Oktober 29, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) - Merekabentuk Poskad Dengan Menggunakan Photoshop


Pengenalan Adobe Photoshop CS4 menyediakan peluang yang tidak terbatas dalam kalangan pereka dan jurufoto untuk memaksimumkan penggunaan perisian ini bukan sahaja untuk memproses imej digital malah rekaan kreatif juga boleh dihasilkan dengan mudah dan pantas. Atrikel ini akan mengeksplorasi antara muka Photoshop CS4 dan dalam masa yang sama mendemontrasikan bagaimana untuk menghasilkan rekaan poskad untuk kegunaan komersial dan peribadi.

1. Buka perisian Adobe Photoshop CS4. Namakan dokumen ini Poskad atau apa sahaja nama yang berkaitan dalam petak Preset > Photo dan klik OK.















2. Adobe Photoshop telah pun menyediakan sejumlah preset dimensi dokumen yang standard dan sering digunapakai oleh pengguna. Menerusi petak Saiz, pilih menu Landscape 4 x 6. Dalam petak Resolusi, taipkan jumlah resolusi antara 72ppi hingga 300ppi.















3. Jika poskad ini diedarkan menerusi e-mail maka jumlah 72ppi adalah bersesuaian. Walau bagaimanapun, untuk tujuan cetakan maka resolusi antara 150ppi hingga 300ppi adalah bersesuaian.















4. Langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan gambar foto yang akan digunakan untuk poskad yang bakal anda reka. Untuk mendapatkan gambar, kita akan menggunakan perisian Adobe Bridge CS4 (Terdapat dalam pakej Adobe). Perisian ini boleh diakses secara terus menerusi menu File > Browse in Bridge.























5. Sejurus selepas itu, perisian Bridge dipaparkan. Pilih gambar yang bersesuaian (Hamba kebiasaannya menggunakan gambar rakaman imej digital dilakukan menggunakan format RAW). Sehubungan dengan itu, gambar tersebut perlu diproses supaya formatnya boleh diubah dan diakses menerusi perisian Adobe Photoshop CS4. 




















6. Klik dua kali pada imej yang dipilih. Selepas itu, dialog Adobe Camera RAW 5.0 akan dipaparkan. Jika dedahan pada gambar tersebut bermasalah, iaitu terlalu terang atau gelap maka anda boleh mengubah kekuatan dedahan ini dengan menggerakkan slider Exposure. Klik Open Image.
















7. Setelah gambar tersebut dipaparkan dalam Photoshop, klik, seret dan lepaskan ke dalam dokumen Poskad.
















8. Memandangkan dimensi gambar bunga adalah terlalu besar maka ia perlu dikecilkan supaya bersesuaian dengan saiz poskad yang anda hasilkan dalam langkah 1 dan 2. Pilih menu Edit > Transform > Scale. Anjakkan garis 'outline' yang meliputi gambar bunga tersebut. Anjakkan garisan tersebut dengan menggunakan Move Tool supaya keseluruhan gambar memenuhi permukaan poskad.


















9. Klik Apply untuk mengaplikasikan pengubahsuaian saiz gambar bunga tersebut.














10. Langkah seterusnya ialah untuk menambahkan teks pada bahagian bawah poskad tersebut. Klik pada Text Tool. Taipkan tajuk poskad iaitu Flora dan Fauna. Pilih saiz fon kepada 14pt.

















11. Dalam petak Layers, klik pada Adjustment Layer > Drop Shadow.























12. Aktifkan atribut Drop Shadow. Klik OK jika anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.
















13. Untuk langkah lapisan yang baru klik pada ikon Create a New Layer dan Layer 2 dihasilkan.























14. Pilih Rectangular Marquee Tool dan hasilkan garisan di luar bahagian petak gambar bunga.















15. Untuk mengisi garisan itu dengan warna yang bersesuaian, pilih menu Edit > Stroke.























16. Klik OK.





















17. Rajah ini menunjukkan hasil poskad yang diperoleh. Anda boleh berkongsi rekaan ini dengan rakan-rakan sama ada mengirimkan kepada mereka sebagai sisipan e-mail atau pun mencetak dengan mesin pencetak yang khusus menyediakan template cetakan bersaiz poskad.














SELAMAT MENCUBA!!



0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan