BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, November 24, 2012

Jalan2 Cari Makan & Tayangan Filem Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2!

     Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog! Kisah hari ini lebih banyak memperkatakan tentang kisah  hamba yang sekadar berjalan-jalan melepas bosan dan juga menenangkan otak sebelum meneruskan tugasan assignment kedua untuk program GCAP. Sebenarnya, hamba keluar sekadar untuk menemani rakan sebilik untuk membeli tiket bas di Hentian Putra, berdekatan PWTC, Kuala Lumpur. Manakala perancangan untuk menonton wayang pula hanyalah rancangan sampingan hamba, kebetulan pula filem Twilight Saga - Breaking Dawn Bahagian Ke-2 telah keluar di pawagam. Baiklah, hamba senaraikan pengalaman hamba di sini di dalam bentuk penulisan diari, yang mana lebih mudah, jelas dan juga tidak melalut-lalut (Almaklum, hamba agak sukar memendekkan ceritera).

~ 9.30 pagi ~
Hamba dan Eza telah bertolak ke Pasar Seni. Jalan telah mula sibuk di sekitar Pasar Seni. Di LRT, bertemu dengan seorang pelancong dari Yaman yang kebetulan bertanyakan arah untuk ke suatu tempat di Masjid Jamek. Menaiki LRT menuju ke KLCC.

~9.48 pagi ~
Kami berdua tiba di KLCC. Merayau-rayau mencari TGV Cinemas, KLCC disebabkan tidak biasa dengan kawasan tersebut. Membuat keputusan yang agak lama untuk membeli tiket, disebabkan permintaan seorang lagi rakan Ida untuk menyertai kami menonton filem. Memperolehi 3 buah tiket dengan tempat duduk yang agak selesa untuk menonton wayang, dengan masa tayangan pada jam 12.30 tengahari. Merayau-rayau di kawasan sekitar KLCC, termasuk membeli fishball, fishkek dan susu HP di Cold Storage Suria KLCC.  Menjalani sedikit 'survey' dengan seorang kakitangan KLCC dan memperolehi sebatang pen cenderamata KLCC. Melepak seketika di taman di belakang KLCC sambil menunggu kedatangan Ida.



Pen cenderamata yang diperolehi melalui servey di KLCC

~10.30 pagi ~
Ida tiba dan menyertai kami berdua di taman. Kemudian, memasuki gedung ISetan KLCC. Hamba agak terpana melihat kaunter makanan-makanan Jepun dan Korea di sana. Merayau-rayau di sekitar kawasan itu dan berkesempatan mengenali beberapa juadah masakan Jepun seperti Tokiyaki, Onigiri, Raamen dan lain-lain. Manakala deretan bahan basah, termasuk ikan salmon kelihatan 'bersih' dan sangat kemas dibalut, yang mana kelihatan berbeza berbanding dengan makanan basah yang terdapat di pasaraya lain. Hamba terliur benar melihat raamen di kaunter makanan, dan berhasrat untuk mencubanya kelak setelah beroleh elaun nanti. Berehat di kawasan berhampiran TGV untuk menunggu waktu masuk ke dalam panggung.


Salah satu gerai yang menjual raamen. Hamba pasti mencubanya kelak!


Deretan gerai makanan Jepun dan Korea (sebelah kiri, tak kelihatan). Setiap satu hidangan mengiurkan!



Antara makanan Jepun yang disejuk bekukan. Murah-murah tu!! Harga sushi pun boleh dapat dalam harga yang berpatutan kot!


Nigiri sushi (kecil) - Sushi dari telur ikan salmon. Harganya sekitar RM28.90.


Nigiri sushi (lengkap) - Rm14.90. Biar betul?! Jangan tak percaya!


 Ni pulak Unagi - Ikan keli bakar Jepun. RM18.90 untuk 1 baris (dalam gambar) dan besar-besar pulak tu!



 ~ 12.15 tengahari ~
Kami bertiga masuk ke dalam panggung bersama deretan penonton yang lain di panggung bernombor 10. Terdapat ramai penonton pada hari ini, walaupun tayangan filem ini sudah masuk hari keempat, mungkin disebabkan oleh hari ini adalah hari sabtu dan ramai pelajar yang berehat. Tempat duduk sangat selesa serta jarak antara kami dan skrin tayangan (disebabkan pilihan kawan yang baik) yang 'memadai' berjaya menimbulkan 'mood' untuk menonton dan menghayati cerita.


Tiket wayang - Twilight Breaking Dawn Part 2!!

~12.30 tengahari ~
Tayangan bermula. Kami menonton dengan penuh asyik. Sedang melihat babak antara Edward dan Bella sedang memadu asmara di rumah mereka (bersyukur sangat editor telah memotong sebahagian besar babak itu, kerana melibatkan adegan seks), tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan deringan bunyi telefon bimbit. Sepatutnya, bunyian tersebut merimaskan dan membuatkan ramai orang membebel (mestilah, kenapa tak tutup bunyi telefon tu?), tetapi sebaliknya. Suasana seolah-olah sunyi senyap, malah ada yang berkata, "Eh, bunyi macam perli kita je?" Malah, kawan hamba turut berkata,"Pergh....Islamik betul orang tu...Terbaik betul cara dia nak sedarkan kita ye" sambil menekan perut menahan ketawa dari meletus di mulutnya. Hamba apatah lagi, ketawa semahunya dalam bentuk 'silent mode'. Tak tertahan sungguh rasanya, sampai menitis air mata dek kelucuan yang amat sangat. Sebenarnya, bunyi deringan itu adalah bunyi deringan azan (suara azan di masjid)....Aduhai...dalam sungguh maknanya....sudahlah berdering tepat pada masa adegan itu...Seolah-olah memerli kami pula. Tahan aje la labu....

~ 2.45 petang ~
Tayangan tamat. Sangat berpuas hati dengan penamat cerita. Penuh dengan kejutan, apatah lagi apabila tiba babak 'perlawanan' antara keluarga Cullen & rakan-rakan menentang anggota Voltari. Sayu dan sedih rasanya bila melihat Seth Clearwater mati dengan mata terbuka ketika menyerang Alec dengan tujuan melindungi Bella. Lebih menyentap jiwa bila melihat reaksi wajah serigala Leah Clearwater yang 'tampak' jelas sayu dan terkilan melihat saudaranya mati dibunuh di hadapan matanya serta lolongan kesayuan olehnya dan didengari pula oleh Jacob Black dari kejauhan (yang membawa Renesmee bersamanya); membuatkannya tidak ragu-ragu untuk melindungi Esme Cullen ketika Esme nyaris terjatuh ke dalam gaung yang tercipta oleh kuasa Benjamin, lalu dia pula jatuh ke dalamnya; menggantikan Esme - jatuh ke dalam tanpa sesalan (kerana dapat menuruti adiknya ke alam kematian).

Kesan lolongan Leah mendorong Jacob untuk turut sama berasa sayu namun berubah dengan tekad untuk melindungi Renesmee Cullen (anak Bella & Edward, juga bakal teman hidupnya di masa depan) dengan berjaya membunuh anggota Voltari yang memburu mereka. Memang sangat mengejutkan bila mendapati watak-watak seperti Charlisle Cullen (ayah angkat Edward) dan Jasper Hale (suami Alice Cullen) mati ketika bertarung, terutama watak Charlisle yang mati dibunuh secepat kilat oleh Aro (pemimpin Voltari). Tapi, rupa-rupanya itu adalah khayalan semata yang mana merupakan 'bayangan ramalan' oleh Alice ketika memberikan tangannya pada Aro untuk 'dibaca' mindanya. Huh, lega sungguh rasanya walaupun mengundang dengungan "Uuuuuuhhhhh" pada setiap mulut penonton.

Di sini juga, hamba akui bahawa lakonan Taylor Lautner sebagai Jacob Black adalah sederhana, tetapi disebabkan wajahnya yang tampan, potongan rambut yang pendek (sesuai dengan rambut hitamnya), pandangan matanya yang tajam serta potongan dan badannya yang sasa, membuatkannya ramai peminat menjerit kecil apabila wajahnya terpampang di skrin - termasuklah kawan hamba ini. Lebih manis dan 'smart' berbanding Edward (Maaf ya, peminat Edward!) Babak melucukan melibatkan Jacob dan ayah Bella, Charlie Swan ternyata mencuit hati. Apabila Jacob berjumpa dengannya (bertujuan menjelaskan sebab Bella tidak dapat bersama dengan lebih rapat setelah bertukar menjadi pontianak) dan secara tiba-tiba menanggalkan baju dan seluarnya, Charlie berasa kurang senang dan menyuruhnya memakai baju semula namun Jacob bertukar menjadi serigala (tujuan supaya Charlie memahami keadaan dirinya dan Bella, tetapi menyebabkan salah faham lebih teruk lagi). Hamba juga turut terkejut dengan tindakan Jacob pada babak ini, yang mana kurang menyenangkan (hamba tak dapat nak pandang arah mana untuk tidak pedulikan babak itu! Tentulah, kan skrin itu besar kot?!)

~ 3.00 petang ~
Pergi ke Hentian Putra. Kemudian menjamu selera di restoran berdekatan. 

~ 4.26 petang ~
Singgah di Masjid Jamek. Melihat-lihat barangan sambil menemani Ida dan Eza yang berminat membeli-belah. Terjumpa dengan banyak anak-anak bulus (kucing) di gerai-gerai. Geram sungguh melihat gelagat budak-budak tecit ini! Hamba mula yakin, tidak semua manusia tidak menyukai kucing. Mereka kelihatan terurus, sampai boleh berlari ke sana ke sini, riang gembira. Bila diacah-acah, tergeleng-geleng kepala. ketawa hamba dibuatnya dek kerenah si tecit ni. Tapi, bagaimana pula dengan nasib anak-anak bulus yang kurang bernasib baik di luar sana? Sudah makan atau belum? Ada rumah atau tidak? Tidur di mana? Hamba turut sempat merakamkan perlakuan salah seekor dari anak tecit ini yang sedang galak bermain-main dengan barangan di dalam gerai.




Pemandangan di sekitar Masjid Jamek - Mood beli belah


Gelagat anak kucing dan ibunya di salah sebuah gerai yang dilawati oleh hamba dan kawan-kawan

~ 5.48 petang ~
Bertolak pulang ke tempat penginapan. Letih sudah terasa.

~ 6.15 petang ~
Tiba dengan selamat. Bersiram seketika menyegarkan badan dan meneguk air suam.

Itu sahaja perkongsian hamba buat kali ini. Harap kalian semua akan terhibur, walaupun mungkin kurang gemar tentangnya. Wassalam.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan