Papan Pernyataan / Pengumuman
Assalamualaikum dan selamat malam kepada rakan-rakan Bloggers yang dikenang dan diingati sekalian. Syukur diucapkan kepada Illahi kerana masih 'sudi' kiranya memberikan hamba peluang untuk bernafas di muka bumi milik-Nya ini dan menulis tinta di dalam karya hamba ini. Syukur diucapkan juga ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya juga, hamba dengan ini telah sah memiliki buku novel terbaru karangan penulis kegemaran hamba, iaitu Sunan Musafir. Adapun novel ini hamba perolehi kiranya berdasarkan tempahan yang dibuat oleh hamba pada laman rasmi blog kumpulan peminat RAMians dan kemudiannya dihantar menerusi Pos Laju Prabayar. Tidak disangka kunjungan hamba ke rumah nenda pada hari sabtu yang lalu untuk berkunjung, membuahkan hasil apabila menerima perkhabaran 'kehadiran' bungkusan buku ke rumah. Bergegas hamba meluru ke arah rak buku untuk melihatnya.
Bungkusan PosLaju Prabayar yang masih belum dibuka.
Bila mendapat buku ini, terasa sayang pula untuk membuka penutupnya. Syukur rasanya apabila permintaan ini diperkenankan. Terima kasih pihak RAMians! Sebelum membukanya, hamba melihat resit yang turut terdapat di dalam bungkusan tersebut. Harga bagi tempahan ini hanyalah RM28 sahaja (Harga buku adalah RM 22 + harga pos RM6). Berpatutan dan khidmat pos yang diberi juga sangat memuaskan! (Tiada cela atau koyak)