BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, Januari 09, 2013

Perkara Yang Mesti Diingati Oleh Graduan Yang Hendak Berjaya Dalam Temuduga



      Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers yang dihormati sekalian. Dengan segala rendah diri dan takzimnya, hamba memohon maaf atas keluputan dalam menulis sebarang tinta selepas tinta terakhir di laman using ini. Namun, hamba sentiasa mengikuti perkembangan semasa blog ini, Cuma kekurangan masa untuk menaip sebarang ayat di ruangan post. Kini hamba kembali dengan info-info terbaru yang mana mungkin berguna untuk tatapan rakan-rakan sekalian.

      Sebagai seorang yang baru menamatkan pengajian (fresh graduate), sudah tentu tujuan kita adalah untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, pada zaman kini, disebabkan persaingan yang tinggi dalam mendapatkan pekerjaan, bilangan graduan yang melebihi jumlah kerjaya yang berada di pasaran, menyebabkan ramai graduan mengganggur. Keadaan ini bertambah meruncing apabila kerjaya yang diberikan adalah ‘kurang setanding’ dengan tahap pendidikan yang dimiliki oleh graduan, syarat pengambilan pekerja yang sangat ketat (terutama bagi kerjaya di peringat kerajaan) dan juga sikap graduan yang sangat memilih kerja. Di sini ingin hamba berikan sedikit nasihat atau tips yang mungkin boleh membantu rakan-rakan yang mana masih ‘sukar’ mencari kerja atau sekadar mencari pekerjaan sementara (untuk menanggung kos hidup).

Antara yang hamba ingin cadangkan dan nasihatkan adalah:

1)   Seboleh-bolehnya, anda hendaklah mempunyai hala tuju yang ingin anda capai dalam hidup. Bukan hanya nak ikut telunjuk ibu bapa anda atau sekadar nak ikut kawan. Keadaan ini disebabkan sebahagian besar majikan akan melihat anda sebagai seorang yang lemah, tidak tetap pendirian, sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan paling membimbangkan, mereka sudah beranggapan bahawa anda tidak serius dengan kerjaya yang anda ingin ceburi.

2)  Kenali kekuatan, kelemahan dan juga kemahiran anda (yang mana diperlukan dalam bidang yang anda ceburi) dan juga matlamat kerjaya anda pada masa hadapan. Hamba cadangkan agar anda membuat sebuah “Papan Visi” berkaitan dengan diri anda sendiri, dan tampal pada dinding bilik anda atau pintu almari anda (yang mana mudah untuk dilihat setiap hari). Pada anda mungkin cara ini agak kebudak-budakkan, tetapi sememangnya ini adalah untuk menetapkan minda anda untuk mencapai apa yang anda ingini di masa depan dan juga sangat-sangat berguna ketika anda akan menghadapi temuduga kelak, terutama temuduga kerajaan.


Contoh "Papan Visi"; Mengandungi kekuatan, kelemahan, kemahiran serta matlamat kerjaya (berdasarkan kerja yang anda ambil) pada masa akan datang, 5 tahun selepas itu. (Maaf, segala maklumat dalam Bahasa Inggeris, kerana ini adalah Vision Board hamba sendiri semasa menyertai program GCAP. Di sebelah kiri atas adalah kotak penutup yang hamba buat menyerupai seolah-olah sebuah diari)

3)  Berlatih pengucapan; sama ada secara individu (di dalam tandas, bilik air dan sebagainya) dan juga dalam berkumpulan (sama ada ketika di hadapan orang ramai, rakan-rakan dan taulan). Mengapa ia penting? Ini disebabkan kita akan dilihat sebagai seorang yang berkeyakinan dan positif dalam memohon pekerjaan. Apa yang ingin hamba ingatkan, jangan terlalu yakin bahawa anda akan mampu untuk berucap, kerana tidak semua graduan (semasa mereka belajar di universiti dahulu misalnya), mempunyai kemahiran membuat ucapan terutama di hadapan umum. Di sini ingin hamba tekankan bahawa pengucapan ketika pembentangan di dalam kuliah, ucapan berapi-api ketika pilihan raya dan juga pertandingan pidato masih belum menjamin seseorang graduan itu mempunyai kemahiran pengucapan yang baik. Ini disebabkan kemahiran itu memerlukan keberanian dan juga asas tahan diri yang tinggi. Tentu rakan-rakan semua pernah melihat pembentangan ketika di kuliah, bukan? Ingin hamba bertanya, jika di dalam sebuah kumpulan itu mempunyai 8 orang ahli, adakah mereka semua boleh memberikan pembentangan yang baik? Sudah tentu akan ada juga yang ‘kurang’, terutama yang bersuara rendah, kurang yakin dan sentiasa mencari ruang untuk memendekkan ucapan mereka dan kemudian berkumpul di belakang ahli kumpulannya. Sikap seperti inilah yang DITEGAH atau DILARANG sama sekali ketika berlakunya temuduga. Ini membolehkan penemuduga ‘menanda’ anda di dalam senarai untuk ‘dicuci’ dan ‘ditembak’ habis-habisan.

4)   Ambil tahu perkembangan semasa, terutama menonton TV dan suratkhabar. Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar graduan kurang meluangkan masa untuk ‘mengambil  tahu’ akan isu-isu semasa. Ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah mereka yang hanya leka dengan permainan komputer/laptop dan juga benda-benda remeh. Kelemahannya terlihat ketika anda ditemuduga, yang mana sebahagian besar soalan yang dikemukakan adalah menjurus kepada pengetahuan am yang wajib diketahui. Main komputer memang boleh, tetapi kurangkan dan ambillah sedikit ruang untuk menjenguk sama ada laman web surat khabar mahupun e-akhbar untuk melihat atau ‘menyimpan’ maklumat, mana tahu boleh digunakan semasa temuduga kelak?

5)   Tidak memilih kerja. Pada masa kini, sebahagian besar graduan tidak mahu untuk bekerja, walaupun bekerja sementara terutama jika jawatan dan kerja yang ditawarkan adalah tidak bersangkutan dengan bidang atau kelulusan yang dimiliki. Nasihat saya, JANGAN SESEKALI MEMILIH KERJA! Ini adalah kerana bukan anda seorang sahaja graduan yang baru menamatkan pengajian dari universiti. Tambahan pula, jika bidang yang anda pilih (terutama graduan pendidikan) tidak mempunyai kemahiran yang ‘diingini’ oleh majikan. Tahukan anda, pada zaman kini, majikan atau syarikat, tidak kira kerajaan dan swasta lebih gemar mencari pekerja yang mempunyai pengalaman? Jika tidak percaya, lihatlah laman-laman web yang ‘menawarkan pekerjaan’ dari syarikat atau kerajaan dan lihat syarat-syarat yang dinyatakan. Oleh itu, ubahlah persepsi anda, carilah dan terimalah kerja walau sekecil manapun kerja itu (malah kutip getah pun kerja juga! Asalkan bukan getah orang lain sudahlah). Keadaan ini sebenarnya menguntungkan anda, kerana dari pengalaman kerja itu, anda akan dilihat sebagai seseorang yang telah mahir dengan kerja yang anda lakukan serta ini membuka lebih banyak ‘pintu’ untuk anda memperoleh pekerjaan; berbanding dengan hanya bergantung pada satu bidang sahaja. Malah, anda juga mungkin berpeluang membuat simpanan sendiri atau membayar hutang-hutang yang ada, siapa tahu?




6) Menjaga penampilan dan mengambil tahu tema/tatacara pemakaian semasa menghadiri temuduga. Ini dilihat amat penting dan mesti diingat oleh setiap calon. Majikan mana yang akan mengambil anda bekerja jika anda kurang menjaga penampilan dan juga tidak patuh pada tatacara pemakaian? Apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, PASTIKAN anda bertanya kepada pihak terbabit tentang etika atau  tema pemakaian yang dibenarkan. Ini adalah untuk memastikan anda tidak tersilap maklumat dan juga yakin untuk melangkah ke dewan temuduga. Selain itu, anda hendaklah menunjukkan keyakinan serta tersenyum semasa ditemuduga. Sekiranya anda tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu atau minta untuk ditanyakan soalan yang lain (tapi jangan pula pandai-pandai minta tukar, lihat juga pada tahap keseriusan soalan tersebut). Cara duduk pula adalah sopan dan menyakinkan, serta selesa. Jangan sesekali mengangkang, menguap, membengkokkan badan atau menggoyangkan kaki, kerana ia dilihat sangat biadap, serta melambangkan anda tidak serius dengan temuduga tersebut. Jangan lupa sertakan dengan ucapan selamat pagi (ikut waktu ketika itu), salam (orang Islam) dan terima kasih.

7)  Membawa semua dokumen yang diperlukan dan sediakan lebih awal supaya tidak mengganggu perjalanan temuduga. Tahukah anda? Tindakan anda itu membantu mempercepatkan proses temuduga dan penemuduga telah memberikan pandangan yang baik bahawa anda ini boleh dipercayai, professional dalam kerja serta bersedia. INGAT, jangan buat pada saat-saat akhir, kerana ini akan mengganggu mood penemuduga dan juga sikap cuai dan ‘tak ambil kisah’ anda akan memakan diri. Malah, bukan anda seorang sahaja yang ditemuduga pada hari itu, Ingat!

8)   JUAL DIRI ANDA! Maksud hamba , bukannya ‘menjual diri’ yang dilaknat Allah itu! Menjual diri ini adalah lebih kepada ‘menjual’ kebolehan diri, kemahiran yang dimiliki serta pengalaman yang diperolehi semasa atau selepas pengajian (bonus kepada mereka yang berkerja sambilan). Jangan menjual diri anda secara murah! Juallah dengan ‘harga’ yang tinggi supaya penemuduga akan dapat melihat bahawa anda layak untuk menjawat jawatan yang anda kehendaki. Selain itu, anda boleh mengaitkannya dengan kekuatan yang anda miliki serta kemahiran yang mana anda perolehi semasa di universiti dan ketika bekerja sambilan /kerja lain dahulu. Tindakan anda ini membuatkan pihak majikan akan berasa yakin dengan kemampuan kamu untuk menggalas tugas yang akan diberikan nanti.

9)   Ketahui serba sedikit maklumat berkaitan dengan kerja yang anda bakal duduki. Ini boleh anda rujuk  melalui brosur, internet dan sebagainya.

10)  Pastikan bahawa anda menghafal atau mengingati 90% daripada maklumat yang anda tulis di dalam resume anda. Keadaan ini disebabkan sebahagian besar penemuduga akan bertanya berdasarkan daripada resume tersebut. Keadaan ini disebabkan mereka ‘cuba’ untuk berkomunikasi dengan kita dan juga ingin melihat bahawa apa yang anda tulis di dalam resume itu adalah benar (Mereka dapat tangkap sekiranya kita menipu!). Oleh itu, belajarlah cara menulis resume yang betul kerana daripada pemerhatian yang dilakukan dan juga pembacaan hamba, didapati kira-kira 80% graduan tidak tahu akan cara menulis resume yang betul. Kesan daripada kesilapan menulis resume adalah: mereka sukar mendapat pekerjaan, terutama pada graduan yang tidak mempunyai pengalaman kerja.

11) Memastikan anda boleh berkomunikasi dan mendengar dengan baik soalan yang diberikan, sama ada dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahiran mendengar juga penting, kerana memberikan bonus pada anda. Ini disebabkan majikan mahu agar para pekerjanya sentiasa peka dan boleh melakukan arahan seperti yang diarahkan.

12) Tahu akan tempat dan masa temuduga dijalankan serta kelengkapan diperlukan (pen, stapler atau pin).

   Baiklah, itu adalah pesanan dan nasihat hamba kepada rakan-rakan semua. Ingatlah USAHA itu bermula daripada kita, dan yang MENGABULKANNYA adalah dengan kehendak Allah Yang Maha Esa. Jadi sama-samalah bermohon agar mendapat hidayahnya dan rezeki yang diimpikan. Amin. Apa yang didengar mungkin sakit untuk didengar, tetapi inilah kenyataan yang akan ditempuh oleh kita sebagai seorang graduan. Sekian untuk tinta kali ini. Bertemu di tinta seterusnya, yang pada hamba akan menarik lebih banyak minat anda untuk membacanya. Wassalam.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan