BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, Oktober 27, 2013

Kursus Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Tiga 2013 (Kohot 3) Peringkat Negeri Sembilan (Subjek PSV)

Assalamualaikum salam ukhwah dan salam 1 Malaysia hamba ucapkan kepada rakan-rakan bloggers sekalian. Setelah beberapa lama hamba menyepikan diri, akhirnya hari ini dapatlah hamba meluangkan masa untuk melakar tinta sekali lagi di ruangan ini. Pada hari ini ingin hamba berkongsi ilmu dengan rakan-rakan semua berkaitan dengan kursus Penataran PBS Tingkatan 3 2013 yang kini hamba hadiri di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar, Tampin bermula pada 24 Oktober hingga 26 Oktober (Khamis hingga Sabtu) dan disambung lagi pada hari Isnin, 28 Oktober. 


Suasana semasa kursus dijalankan, ketika ini sesi ke-2 sedang berlangsung

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberikan maklumat terbaharu terutama dari segi pemberian BAND bagi penghasilan karya (evidens) murid sekolah menengah, iaitu kepada murid Tingkatan 3 pada tahun hadapan. Sungguhpun kursus ini adalah berkaitan dengan PBS Tingkatan 3, tetapi masih boleh dikaitkan dengan skala pemberian band bagi PBS Tingkatan 1 dan 2. Kami semua diberikan penerangan dengan jelas serta perbincangan yang melibatkan penghuraian masalah serta membincangkan masalah-masalah berkaitan pelaksanaan PBS di sekolah serta berkaitan dengan masalah murid (yang mana seringkali ponteng, ada masalah komunikasi dan sebagainya). Sebagai orang baru dalam bidang ini, ternyata kursus ini telah memberikan impak yang sangat berkesan kepada hamba terutama dalam menjadi seorang penilai yang baik terutamanya dalam memberikan markah dan penyata band kepada pelajar. Perbincangan diadakan dalam acara yang padat namun santai, tetapi penuh dengan perbincangan dan informasi. Di sini juga, kami diberikan tips-tips bagaimana untuk menggalakkan pelajar untuk lebih meminati PSV sendiri serta menyelesaikan masalah dalam proses pentaksiran PBS. Keadaan ini dilihat memberikan manfaat terutama kepada guru-guru bukan opsyen (yang mengajar PSV, tetapi tidak mengikut opsyen pengajian semasa di pusat pendidikan atau universiti) bagi memperoleh informasi sekaligus melihat kemudahalihan PSV dalam pendidikan.


Hasil karya PSV dipamerkan di sudut yang disediakan






Rakan-rakan guru PSV yang bertandang ke sekolah ini membuat lawatan dan rujukan mengurus fail PBS PSV dengan baik 


Fail Showcase yang disediakan mengikut guru yang mengajar
Pada rakan-rakan blogger sekalian yang tidak mengetahui apa itu PBS, ia merupakan Penilaian Berasaskan Sekolah mengikut mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Ia telah dilaksanakan sejak 3 tahun yang lalu bermula dari murid Darjah 1 (Tahun ini Darjah 4), Tingkatan 1 (Tingkatan 2 pada tahun ini) dan Tingkatan 6 Rendah (Tahun ini Tingkatan 6 Atas). Skor pemarkahan murid bukan lagi diambil kira daripada banyaknya A, B atau C mengikut sistem pembelajaran berteraskan peperiksaan yang kita lalui dahulu, tetapi berteraskan tingginya BAND yang diperolehi murid berasaskan pentaksiran guru dalam ujian yang dijalankan ke atas murid. Oleh itu, tidak hairanlah jika skor pemarkahan murid yang diterima oleh ibu bapa semasa Program 3 Penjuru (pemberian buku rekod pelajar) tiada sebarang A, B atau C sebaliknya borang transaksi menyatakan band yang diperoleh oleh anak-anak mereka. Baiklah, di sini hamba bekalkan sedikit maklumat berkaitan tafsiran dalam PBS untuk kefahaman semua (terutama buat ibu bapa):

1. BAND - Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

2. STANDARD - Satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

3. STANDARD PRESTASI - Pernyataan tentang tahap perkembangan murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada 2 iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

4. DESKRIPTOR - Pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

5. EVIDENS 
Murid - Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

6. INSTRUMEN - Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Di sini hamba lampirkan tafsiran BAND secara umum (bukan mengikut subjek):

BAND 1 (TAHU)
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

BAND 2 (TAHU DAN FAHAM)
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

BAND 3 (TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT)
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

BAND 4 (TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB)
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

BAND 5 (TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI)
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

BAND 6 (TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI)
Murid mampu untuk menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Manakala di sini, hamba lampirkan pernyataan Band mengikut subjek Pendidikan Seni Visual (keseluruhan Tingkatan 1 - 3) pula, iaitu:

BAND 1
Deskriptor : B1D1 / B1D2
Evidens : B1D1E1 / B1D1E2 / B1D1E3 / B1D2E1
Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

BAND 2
Deskriptor : B2D1 / B2D2
Evidens : B2D1E1 / B2D1E2 / B2D1E3 / B2D1E4 / B2D2E1 / B2D2E2 / B2D2E3 / B2D2E4
Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.

BAND 3
Deskriptor : B3D1 / B3D2
Evidens : B3D1E1 / B3D1E2 / B3D1E3 / B3D1E4 / B3D1E5 / B3D1E6 / B3D2E1 / B3D2E2 / B3D2E3 / B3D2E4 / B3D2E5 / B3D2E6
Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.

BAND 4
Deskriptor : B4D1 / B4D2 / B4D3 / B4D4
Evidens : B4D1E1 / B4D1E2 / B4D1E3 / B4D1E4 / B4D1E5 / B4D1E6 / B4D2E1 / B4D2E2 / B4D2E3 / B4D2E4 / B4D2E5 / B4D2E6 / B4D3E1 / B4D4E1
Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Seni Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.

BAND 5
Deskriptor : B5D1 / B5D2 / B5D3 / B5D4 / B5D5
Evidens : B5D1E1 / B5D1E2 / B5D1E3 / B5D1E4 / B5D1E5 / B5D1E6 / B5D2E1 / B5D2E2 / B5D2E3 / B5D2E4 / B5D2E5 / B5D2E6 / B5D3E1 / B5D3E2 / B5D4E1 /B5D5E1 / B5D5E2
Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik.

BAND 6
Deskriptor : B6D1 / B6D2 / B6D3 / B6D4 / B6D5 / B6D6
Evidens : B6D1E1 / B6D1E2 / B6D1E3 / B6D1E4 / B6D1E5 / B6D1E6 / B6D2E1 / B6D2E2 / B6D2E3 / B6D2E4 / B6D2E5 / B6D2E6 / B6D3E1 / B6D3E2  / B6D3E3 / B6D4E1 /B6D5E1 / B6D6E1 / B6D6E2
Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai yang baik.

Nota : Bagi Band 3 hingga Band 6 yang mempunyai sehingga E6 dibelakangnya, ia sebenarnya untuk 6 bahagian dalam PSV iaitu Lukisan, Catan, Arca, Cetakan, Grafik dan Kraf. Manakala bagi Band 3 hingga 6 yang mempunyai D4 hingga D6 pula merangkumi nilai-nilai murni serta apreasi dalam karya murid.

Selain itu, cara penilaian band pula berdasarkan kepada hasilan evidens serta nilai-nilai yang ditunjukkan oleh murid sepanjang tempoh Pengajaran & Pembelajaran di dalam kelas. Namun, cara penilaian band bagi mata pelajaran Pendidikan Seni adalah lebih unik dan mudah berbanding mata pelajaran yang lain. Keadaan ini disebabkan di dalam sebuah karya yang dihasilkan pelajar sebenarnya telah merangkumi kesemua Asas Seni Reka yang dikehendaki (Unsur Seni dan Prinsip Rekaan). Oleh itu, tidak salah sekiranya guru menandakan band 6 di bahagian Lukisan SAHAJA, itu jika hasil karya yang diberikan adalah menepati tema serta mengandungi nilai yang dikehendaki dalam pernyataan standard. Tetapi, pelajar tersebut masih berada di tahap standard band 1 SAHAJA.  

Kenapa terjadi sedemikian? Ini disebabkan pelajar masih belum menghasilkan karya bagi Catan, Arca, Cetakan, Grafik dan Kraf. Jadi, sekiranya pelajar tersebut berjaya menghasilkan karyanya dengan mengikut tema serta mematuhi prosedur serta kreatif dan  berdasarkan idea sendiri, maka pelajar itu mungkin akan menerima keseluruhan Band 6 bagi mata pelajaran tersebut. OK. Sila perhatikan gambar dan jadual di bawah, hamba akan terangkan dengan teliti.

Contoh Gambar :


Cara pemberian band kepada pelajar
 Contoh Borang Transit Pelajar







Di dalam kotak hendaklah diletakkan tarikh pelaksanaan berdasarkan RPH yang ditulis di dalam buku rekod pengajaran (guru)

Nota : Ini hanyalah untuk garapan Lukisan sahaja. Jika murid tersebut memenuhi kuota seperti yang tercatat pada borang transit bertulis (di atas) tersebut, barulah ditandakan. Jika tidak, boleh hasilkan karya lain (evidens kedua) berdasarkan tajuk lukisan bagi hasil evidens yang menepati standard tersebut.

Baiklah, sekian sahaja al-kisah hamba buat kali ini. Sekian, berjumpa lagi di dalam nukilan seterusnya.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan