Papan Pernyataan / Pengumuman
Assalamualaikum w.r.t. Pada warkah hamba pada hari ini, ingin hamba sama-sama mewar-warkan mengenai sebuah restoran yang menyediakan banyak hasil hidangan masakan yang lazat serta mampu membuatkan anda menjilat jari sendiri tatkala habis menjamahnya! Adapun restoran ini terletak di negeri yang sangat terkenal sebagai negeri penyu bertelur serta bak kata penyanyi
Salim Iklim,
"Ganu Kite!!" dan sangat popular dengan aneka masakan lauk yang serba panas, dari masakan tengaharinya sehinggalah ke malam terbit purnama. Bak kata orang,
"Tak Kenal Maka Tak Cinta"lah kita dengan hidangannya, selagi kita tidak mampu untuk merasa keenakan masakan yang sebahagian besarnya bersandarkan keenakan dan kemanisan aneka makanan dari laut; seperti ikan, udang, sotong, kepah dan sebagainya! Tambahan pula, kesemua bahan ini diambil terus dari jeti bagi mengekalkan keenakan dan kemanisan masakan yang dihasilkan. Jom kita intai sedikit menu-menu bagi masakan popular di restoran ini!
Ha, ini baru sedikit hidangan yang dimakan oleh salah satu pelanggan di restoran ini, sudah penuh satu meja! Terdapat banyak lagi lauk pauknya! Jom!
Antara artis tempatan yang dah menikmati masakan di restoran ini!! Antaranya Faizal AF4 dan Afdlin Shauki!!
Restoran ini diberi nama sebagai
Restoran Selera Pok Long dan tempatnya strategik terletak di
PT4, Tingkat Bawah Pekan Bukit Payong, 21600 Terengganu Darul Iman. Restoran ini menyediakan pelbagai sajian bagi masakan tengahari antaranya masakan tradisional Terengganu dan istimewanya lagi keenakan
Gulai Ayam Kampung, Gulai Kawah, Gulai Daging serta 3 lagi gulai yang mampu membuatkan anda tidak jemu untuk menjamahnya! Lebih dahsyat lagi, mungkin sampai teringin hendak membawanya pulang untuk santapan kali kedua pula di rumah! Jadi tunggu apa lagi? Datanglah ke restoran Selera Pok Long!
Sedapnya!! Nampak sangat menyelerakan!!! Inilah Gulai Ayam Kampung &Gulai Daging!!
Tengok tu!! Sampai tak menang tangan nak mencedok lauk ini untuk pelanggan! Sampai nak bawa balik lagi! Anda? Bila pula?