Assalamualaikum hamba ucapkan kepada semua. Di sini hamba ingin berkongsi mengenai doa yang hamba perolehi daripada pencarian hamba di zon maya ini. Sama-sama kita hayati dan sekiranya ingin mengamalkannya atau tidak, terpulanglah kepada diri sendiri. Hamba juga ingin memohon kepada para bloggers yang mengetahui bacaan ayat ini dalam Bahasa Arab, silalah berikan bacaannya kepada hamba menerusi ruangan 'comment'. Ini kerana hamba dapat lampirkan makna bacaannya sahaja.
Doa Nurun Nubuwwah dikatakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan; terutama terhadap siapa sahaja yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. Ini adalah bacaan dalam Bahasa Arab. Terjemahan (makna) boleh anda semua lihat di bawah sekali, iaitu selepas pernyataan khasiat-khasiat pengamalan doa ini.
Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;
(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda:”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.
(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.
(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut diletakkan pada tanaman yang ditanam, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila diletakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang dihuni oleh syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan keluar tanpa kembali lagi.
(4) Dimuliakan orang
Rasulullah SAW bersabda, "Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”
(5) Pengasih
Apabila anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak, maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.
(6) Air masin menjadi tawar
Apabila anda menaiki perahu / kapal, kemudian di situ anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.