1. Negi Springfield - Seorang ahli magik yang berusia 10 tahun dan baru menamatkan pengajian di Akademi Magik Merdiana, Wales, England. Impiannya adalah untuk menjadi 'Pakar Ahli Magik' (Magister Magi) yang menggunakan kuasa/kebolehan magik yang dimilikinya untuk membantu orang ramai. Merupakan anak kepada Nagi Springfield (The Thousand Master) dan Puteri Arika Anarchia Entheofushia (keluarga diraja Vespertatia di dunia Magik, Ratu Kerajaan Ostia). Ingin mencari ayahnya yang dipercayai hilang dan mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli magik yang disegani. Diarahkan untuk ke Jepun untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di Akademi Mahora (seperti yang tercatat di dalam sijil) bagi menjalani latihan sebagai ahli magik yang berlesen. Merupakan Guru Kelas 2-A dan 3-A (semusim kemudian). Perwatakannya adalah berlainan daripada kanak-kanak yang seusia dengannya, iaitu terlalu serius, suka memaksa diri dan gigih berusaha menjadikannya disegani di dalam kelasnya. Merupakan anak murid kepada Ku Fei (seni mempertahankan diri China) dan Evangeline A.K. McDowell (ilmu magik gelap tahap tinggi). Masih mempunyai sifat keanak-anakan di dalam dirinya, seperti tidak suka mandi, suka tidur bersama Asuna (kerana Negi sudah biasa tidur bersama sepupunya, Akane Springfield) dan naif. Seorang yang genius, matang dan mempunyai bakat yang luar biasa dalam mempelajari segala ilmu. Sungguhpun begitu, perwatakannya yang menarik perhatian ramai pelajar perempuan di kelasnya, ditambah dengan sebahagian besar daripada mereka telah membuat pactio dengannya membuatkan Negi turut digelar sebagai "Musuh bagi semua wanita" (Enemy of all Womankind). Dikatakan akan berkahwin dan mempunyai anak pada masa hadapan, melalui kewujudan Chao Lingshen; iaitu keturunan Negi dari masa hadapan. Kuasa magik yang dimiliknya adalah berunsur cahaya, kegelapan, angin, api dan kilat. Mempunyai kad pactio tersendiri, iaitu Magistrulus Magi; artifak sebuah pasport bernama Mile Vincula berbentuk penyimpan kad, yang mana membolehkannya untuk menggunakan peralatan artifak dari rakan-rakannya (yang telah melakukan perjanjian atau pactio dengannya). Namun, kad pactio ini sudah tidak berfungsi kerana ini adalah pactio sementara sahaja, iaitu hanya ketika Negi bertarung dengan Jack Rakan dalam pertandingan terakhir di Dunia Magik. Kesan daripada menyelamatkan Dunia Magik daripada musnah, Negi dikatakan akan mengalami 'kelambatan' tumbesaran atau 'kekal hidup lama' seperti Evangeline, kerana mengamalkan dan memilih jalan menjadi Ahli Magik Kegelapan. Oleh itu, Negi berdepan dengan risiko tidak akan kelihatan tua dan mengekalkan bentuk tubuh 'kecil'nya dalam jangka masa yang lama. Selain itu, Negi mempunyai perasaan dengan seseorang gadis yang mana masih belum didedahkan identitinya, namun diketahui oleh Asuna (Negi memberitahunya secara berbisik). Disebabkan usaha kerasnya serta keazaman untuk bertemu dengan Asuna 100 tahun kemudian, Negi telah berjaya dalam mencipta dunia baru yang aman serta digelar 'Pakar Ahli Magik Negi Springfield' (Magister Magi Negi Springfield), tetapi meninggal dunia pada 12 Jun 2065 pada usia 71 tahun; iaitu kurang daripada 100 tahun yang dijanjikan dengan Asuna (tetapi keadaan berubah apabila 'Asuna 113 tahun kemudian' telah dibawa kembali pada masa lalu, untuk berjumpa semula dengan Negi dan rakan-rakannya oleh Chao dan Evangeline 'dari masa depan' bagi mengubah masa hadapan 'Negi'). Setelah 5 tahun berlalu, dia kini telah membesar menjadi seorang jejaka yang tampan dan matang. Negi telah menjadi penasihat utama bagi projek "Blue Mars" dan bekerjasama dengan Asuna bagi menjadikan kedua-dua dunia mencapai keamanan dan kesejahteraan yang diinginkan.
3. Konoe Konoka - Pelajar No.13 di dalam kelas. Sahabat rapat dan teman sebilik Asuna. Merupakan cucu kepada pengetua sekolah Akademi Mahora; Konoemon Konoe dan anak kepada Eishun Konoe; iaitu ketua Persatuan Magik Kansai (merupakan salah seorang ahli Ala Rubra dan teman seperjuangan ayah Negi). Sifatnya adalah penyayang, lembut dan tenang, dan selalu menjadi pelerai konflik di antara Asuna dan Negi. Malah, kelihatan seperti 'ibu' bagi kedua-dua watak ini. Seringkali melarikan diri dari pertemuan jodoh (mengikut adat masyarakat Jepun, sebuah pertemuan diaturkan antara lelaki dan wanita untuk mendapatkan jodoh) yang diaturkan oleh datuknya. Digelar sebagai 'Puteri Dunia Realiti', iaitu berlawanan dengan rakannya Asuna yang bergelar 'Puteri Dunia Magik'. Sangat mengambil berat akan rakan-rakannya. Mempunyai tenaga magik yang kuat dan pernah menjadi 'bahan' untuk menghidupkan 'syaitan' oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Kemahirannya adalah menerusi tilikan dan sangat mahir memasak serta pintar. Konoka adalah ahli Kelab Pengembaraan Perpustakaan Akademi Mahora. Merupakan orang ke-4 melakukan pactio dengan Negi, iaitu Regina Medicans. Artifaknya adalah Flabellum Euri; sebuah kipas kecil hiasan Jepun (yang biasa digunakan oleh pendeta di Jepun) yang berkebolehan menyembuhkan semua kecederaan, termasuk kecederaan yang paling kritikal sebelum 3 minit. Berdasarkan gambar yang dilihat oleh Asuna 113 tahun akan datang, Konoka telah lulus dalam ujian bagi menjadi 'Pakar Ahli Magik' bersama Setuna 5 tahun selepas pemergian Asuna. Selain itu, Konoka telah berjaya menyembuhkan kesemua orang-orang kampung Negi yang terkena sumpahan batu. Selepas kepulangan Asuna yang mengubah sejarah, didapati bahawa Konoka telah menjalani ujian sebagai 'Pakar Ahli Magik' dan juga berjaya mengalahkan musuhnya, iaitu Tsukuyomi. Pada tahun 2017, setelah benar-benar yakin dengan kebolehan 'menyembuh' yang ada padanya, dia telah berjaya memulihkan semua penduduk kampung Negi yang terkena sumpahan batu dan pulang semula ke Kyoto untuk mencari jodoh dan berkahwin.