Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger yang amat hamba hormati. Pada hari ini, kampus bercuti disebabkan cuti menyambut Hari Krismas/Hari Natal pada hari semalam, iaitu 25 Disember. Dalam pada itu, hamba juga sudah boleh menarik nafas lega kerana kesemua tugasan dan assignment yang ada bagi Tahun Akhir di sini, telah selesai. pada 28 Disember (Rabu) ini, hasil karya akan dinilai pula oleh pensyarah-pensyarah bidang Kraf. Kemudian, semua hasil karya yang terpilih daripada assessment akan dibawa ke Shah Alam untuk pameran pada 3 Jan 2012. Pada 16 Jan, adalah hari perasmian pameran; yang mana hamba dan rakan-rakan wajib menghadirinya. Terima kasih diucapkan kepada AJK pameran ini yang bersusah payah dan bertungkus lumus bagi memastikan perjalanan pameran berjalan dengan lancar. Mereka sememangnya sudah melakukan yang terbaik buat semua.
Logo dan 'Button' bagi pameran yang akan dijalankan kelak |
Pada minggu lepas, iaitu Khamis lalu hamba telah mengikuti seorang rakan hamba, Mastura ke sebuah pementasan teater di Panggung Budaya, Fakulti Muzik & Seni Persembahan, UPSI. Teater yang dimainkan adalah teater berjudul "Mayat". Ini merupakan teater kedua yang hamba pernah tonton semenjak hamba belajar di sini, setelah menonton teater "Puteri Sakdong" pada 2 semester yang lalu. Hamba akui bahawa hamba agak kurang gemar menonton teater yang bergenre moden berbanding dengan genre purbakala, kerana kurang selesa; selain daripada era yang dipamerkan adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita sendiri. Dalam pada itu, hamba lebih gemar laras bahasa lama yang digunakan berbanding bahasa moden. Sebenarnya, ia juga berada di luar jangkaan hamba. Mastura secara tiba-tiba mengajak hamba menerusi laman sosial Facebook, kerana ada baki tiket. Tanpa membuang masa dan juga disebabkan kebosanan, hamba menerima jemputan itu. Teater ini agak menghiburkan dan menonjolkan lawak skelptik yang baik, namun disebabkan terlalu banyak dialog; membuatkan hamba agak bosan. Tetapi usaha yang baik. Namun, hamba ingin memuji bahagian 'Effect System' terutama kilat semasa hujan, yang berlaku dengan baik, seolah-olah itulah hujan sebenar. Di sini, hamba lampirkan beberapa gambar dan sedutan (rakaman) yang hamba sempat rakamkan untuk sedikit tatapan semua.
Sedikit sedutan daripada teater "Mayat" |