BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, Jun 08, 2013

Kasih Yang Tak Terucapkan~~Kasih Selamanya Tanpa Sempadan.

Tentu tajuk yang hamba utarakan ini kelihatan sangat aneh dan pelik, bukan? Arakian, inilah kisahnya yang ingin hamba dendangkan dengan rakan-rakan sekalian. Hamba telah diarahkan untuk mengajar adik-adik yang belajar di Tingkatan 3 (Kini kelas itu telah dibahagikan kepada 2 kelas dan hamba mengajar Tingkatan 3 Khaldun). Pada permulaannya, mereka kelihatan sangat ramai, kerana dalam sebuah kelas menempatkan kira-kira 40 pelajar! Wah, ramainya! Sampai penuh kelas dengan pelajar. Dan akhirnya, sebelum mereka berpecah, hamba sempat mengajar mereka mengenai jalinan dan hasilnya? Sangat memuaskan!





 Bersungguh-sungguh adik-adik ni buat kerja. Walaupun lukisan tu simple aje.

 Walaupun sebahagian besar bahan dibawa oleh hamba, tapi melihatkan kesungguhan mereka; terutama pelajar-pelajar nakal di dalam kelas yang sudah mula 'aktif' di dalam kelas ini. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh benar hendak membuat karya, sehingga mencari bahan 'tambahan' sehingga ke luar kelas. Suasana? Sudah tentulah riuh bak berada di pasar ikan. Ada sahaja yang dibebelkan, dibisingkan serta digaduhkan oleh pelajar-pelajar ini. Apa pun diucapkan terima kasih pada semua adik-adikku yang sangat memberikan kerjasama. Jom lihat gelagat mereka yang sempat hamba rakamkan sewaktu kelas!






Bila dijemur...ha! Kan banyak jadinya! Mereka sangat excited bila melihat hasil karya mereka jadi tontonan umum. Bangga la sekejap, kan?

Semasa peperiksaan lain macam pula gayanya....yang nakal tentulah tak boleh nak duduk diam. Asyik nak ke tandas. Bila ditanya, macam-macam ayat yang diolahnya; kalah menulis esei Bahasa Melayu pula. Herm, ikut engkau la Labu.....jangan pergi jahanamkan harta benda awam sudah la. Sungguh pun begitu, sekurang-kurangnya mereka masih ada 'angin' untuk pergi ke sekolah. Apa yang agak dikesalkan adalah, pelajar-pelajar sekarang kian luntur pekertinya untuk menghormati guru, terutama pelajar-pelajar bermasalah ini. Mereka hanya mahu kita menuruti kehendak mereka, sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang mereka kehendaki. Tapi dari pemerhatian hamba, sebahagian besar pelajar-pelajar ini tinggal bersama nenda mereka. Jadi tidak hairan, ada di kalangan mereka berasa diabaikan dan cuba sedaya upaya untuk 'menonjolkan' dan 'mempamerkan' diri mereka terutama kepada guru. Apapun mari lihat gelagat mereka semasa peperiksaan pula.




Herm...sempat lagi tu!! Jeling lagi....

Apapun jauh di sudut hati, hamba harap dapat mendidik mereka bukan hanya untuk menjadi seorang manusia yang cerdik pandai, tetapi penuh dengan tatasusila dan adab yang wajib ada di dalam diri anak-anak Melayu supaya suatu masa kelak mereka tidak akan mudah lupa akan asal-usul dan bersikap patriotik sepanjang masa. Sebagai seorang guru, apa yang hamba utamakan adalah menjadikan mereka seorang manusia yang sebenar-benar manusia, bukannya seorang pelajar yang hanya semerlang di dalam sehelai kertas, tetapi juga cemerlang di dalam hati dan jiwanya. Semoga apa yang diharapkan akan berhasil dan mengubah perspektif mereka tentang kehidupan.

P/s : Kini hamba melihat pelajar-pelajar Tingkatan 3 Khaldun lebih 'rajin' dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan kelas mereka bak kata orang seperti syurga bagi mendapat hadiah sekaligus penghargaan dari setiap orang di sekeliling. Teruskan usaha kamu dan cikgu sokong kamu seadanya. Walaupun kadangkala tercetus juga sumbu kemarahan akibat sikap kamu yang kadangkala melampaui batas-batas yang telah digariskan. Cikgu doakan yang terbaik untuk semua adik-adik cikgu sentiasa, walau tidak terucap dek kata-kata.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan