Papan Pernyataan / Pengumuman
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua rakan-rakan bloggers. Semoga bahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun. Sudahkah kamu semua memperbaharui azam pada tahun ini? Atau sudahkah kamu semua menunaikan azam kamu pada tahun lepas? Itu adalah tanggungjawab yang seharusnya dilunaskan oleh setiap manusia yang membuat azam.
Azam hamba pada tahun ini adalah untuk melakukan segalanya dengan segala usaha, tenaga yang terbaik dan terulung!!!Selain itu, kalau diperkenankan oleh Allah, hamba ingin memberikan sesuatu kepada ayahanda dan bonda hamba sebagai balasan jasa dan budi yang telah ditabur pada hamba selama ini. Syukran...Ya Allah, makbulkanlah permintaan dan doa hamba ini, kerana hamba inginkan yang terbaik untuk diri hamba dan menggembirakan kedua ayahanda dan bonda. Amin,amin.....
Itulah yang hamba ingin bahaskan pada hari ini....Semoga kita akan mampu merubah prestasi diri kita dari semasa ke semasa. Sekian....