BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Kalam Diri Penulis


Gambar kenangan sempena Majlis Konvokesyen ke-14 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Hamba di tengah mengenakan pakaian graduan bagi Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) Seni. Dari belakang : Ude, hamba dan Teh. Dari depan : Abah, Qayyum dan mak. Hanya Angah tiada di dalam gambar kerana sibuk dengan aktiviti dan kuliah di UTeM.

Bismillahirrahmanirrahim.....

        Hamba bernama Noraisah binti Mohd Kasim. Hamba dilahirkan pada 19 Disember 1988, bersamaan dengan 10 Jamadilawal 1904 Hijrah, iaitu pada pukul 8.30 pagi; hari Isnin. Kelahiran hamba disambut dengan penuh kesyukuran di rumah nenda (keluarga bonda) di sebuah perkampungan Felda di daerah Bera dan merupakan cahaya mata sulung kepada pasangan Mohd Kasim bin Ahmad dan Mismawati binti Kadis. Hamba juga merupakan cucunda sulung kepada keluarga bonda dan cucunda ke-6 dalam keluarga ayahanda. Nama timangan hamba di kalangan keluarga adalah Nor. Hamba berdarah campuran Jawa, Belanda dan Cina (keluarga bonda) dan campuran Melayu-Riau, Bugis, Cina dan India (keluarga ayahanda).

Hamba mempunyai 4 orang adinda, iaitu:


1. Mohd Kamal bin Mohd Kasim (lahir pada 1991)


2. Muhamad Husain bin Mohd Kasim (lahir pada 1994)


3. Norfarha binti Mohd Kasim (lahir pada 1998)


4. Muhammad Qayyum bin Mohd Kasim (lahir pada 2003)

       Sepanjang menjalani kehidupan di dunia, hamba telah menjalani kehidupan yang baik. Pada permulaannya, ayahanda hanya bekerja sebagai pembantu Loji di JBA daerah Bera. Alhamdulillah, disebabkan rezeki anak-anak dan juga kesungguhan untuk mencari rezeki, akhirnya ayahanda berjaya menjawat jawatan seperti kini. Tapi, harga yang harus dibayar juga agak mahal...kami sekeluarga sering berpindah randah disebabkan pertukaran jawatan tersebut. Boleh dikatakan seluruh Pahang dah puas kami kelilingi. Maka, tidak hairanlah sekiranya hamba kerap bertukar sekolah; bagi memastikan ilmu sentiasa penuh di dada. Antara sekolah yang hamba diami adalah:

1. SK (RKTP) Felda Tementi, Bera, Pahang
    (Darjah 1)

2. SK (RKTP) Kg Awah, Temerloh, Pahang
    (Darjah 2 hingga 6)

3. SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Pahang
    (Tingkatan 1)

4. SMK (LKTP) Kampung Awah, Temerloh, Pahang
    (Tingkatan 2 hingga 4 (bulan Jun))
 
5. SMK Setiawangsa, Kuala Lipis, Pahang
    (Tingkatan 4 hingga 5)

6. SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang
    (Pra-U: Tingkatan 6)


        Kini, hamba bersyukur kerana dengan limpah dan kurnianya..hamba  telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak dengan mengikuti kursus Pendidikan Seni (AT23) dan telah tamat pengajian pada Januari 2012, serta menjalani majlis konvokesyen pada 8 Mei 2012. Mungkin sudah jodoh hamba ditentukan untuk menuntut ilmu jauh daripada keluarga. Di sini hamba dipanggil dengan nama Aisah dan Ai. Hamba juga amat ingin menjadi seorang penulis novel, tetapi keadaan masih tidak mengizinkannya lagi. Malah sejak sekolah hamba dikenali dengan nama pena Fiesha Hafimi (penulisan karya pelajar di sekolah) dan Seiryuu Ai (melukis komik atau karakter kartun).

      
        Hobi utama hamba adalah membaca; tidak kira buku, majalah, novel dan sebagainya. (Novel pilihan hamba selalunya berunsur thriller, pengembaraan, mempunyai gabungan bahasa asing dan sebaik-baiknya diselitkan dengan nilai-nilai keagamaan). Hobi lainnya pula adalah seperti melukis, memasak dan menyanyi. Hamba sangat gemar membaca buku-buku sejarah; tetapi berunsur dongeng seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Mahabrata, Sulatus Salatin (Hikayat Melayu) dan juga Strategi Peperangan Sun Tzu (dari China, terjemahan; yang secara tidak sengaja hamba perolehi daripada Perpustakaan Temerloh semasa berkunjung ke sana pada usia 7 tahun). 


         Sejak kecil, hamba sangat gemar melakar dan menekap gambar-gambar lukisan dari komik-komik Hong Kong yang dibeli oleh ayahanda. Tapi, ayahanda hamba tidak menyukainya dan melarang hamba bergiat aktif dalam Pendidikan Seni, terutama di sekolah. Hamba bergiat secara senyap, dan hanya diketahui oleh bonda, ayahanda saudara (Pak Su) dan bonda saudara (Mak Chik). Di sekolah pula, hamba dikenali sebagai pelajar tomboy yang nakal, tetapi ceria dan aktif. Sungguhpun begitu, hamba tidak dikurniakan bakat bagi aktiviti melibatkan jasmani, sebaliknya menerusi sastera (pantun, sajak, bercerita, syarahan) dan nyanyian (nasyid). Keputusan peperiksaan hamba adalah kurang memberangsangkan pada awal permulaan Darjah 1-4, disebabkan hamba mempunyai masalah untuk mengingati nota-nota dan pembelajaran yang diberikan oleh guru-guru dan ayahanda. Sebagai alternatif, ayahanda telah mengadakan kelas tambahan kepada hamba  (dengan ayahanda sendiri menjadi gurunya) sejak hamba berada di Darjah 4 hingga Darjah 6. Ini menyebabkan hamba menjadi agak kera sumbang,  dan dipulau oleh rakan-rakan sepermainan kerana ayahanda tidak sekali-kali (tegas) mengizinkan hamba keluar. (Jadual kelas tambahan adalah pada waktu petang; hari persekolahan dan pada waktu pagi, dari jam 8-12 tengahari; setiap hari Sabtu dan Ahad).


        Keputusan peperiksaan rasmi pula alhamdulillah, sangat menggalakkan; hasil usaha hamba dan keluarga serta keredhaan Allah s.w.t. UPSR mendapat 4A 1 B (B untuk Sains), PMR mendapat 3A 5 B (A untuk subjek Bahasa Melayu, Agama Islam dan Kemahiran Hidup), SPM mendapat 2 A1, 1 A2, 1 3B, 2 4B, 1 5C, 1 6C, 1 7D dan 1 8E (A1 untuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik serta A2 untuk subjek Pendidikan Islam), STPM pula adalah 1 A 4 B; pointer: 3.25 (A bagi Pendidikan Seni Visual). Hamba telah mengambil peperiksaan MUET sebanyak 2 kali, iaitu pada Tingkatan 6 dan awal tahun 2008. Keputusannya adalah Band 3 (Tingkatan 6) dan Band 4 (awal tahun 2008; disebabkan menemani ayahanda dan bonda saudara mengambil peperiksaaan ulangan MUET).


       Cita-cita hamba yang sebenarnya suatu ketika dahulu adalah untuk menjadi seorang pelukis komik, pereka rekabentuk dalaman atau pelukis pelan. Cita-cita terpendam hamba pula adalah untuk menjadi seorang journalist; berjalan-jalan ke setiap pelusuk dunia atau menjadi ahli arkeologi (kerana hendak melihat dan memecahkan rahsia arkeologi tamadun Mesir, Aztec dan China). Warna kegemaran pula adalah biru, ungu, merah jambu, putih dan hijau pucuk pisang. Bunga yang digemari pula adalah bunga Melur, Daisy, Tulip, Lily, Mawar dan Teratai. Hamba sangat menggemari sukan lasak seperti Gusti, Seni Silat, Ragbi, Tenis dan Meredah Hutan.

Gambar kenangan sempena Majlis Konvokesyen ke-10 Open University di PWTC, 19 Jun
Belakang (dari kiri): Rajemah (Mak Chik), Diana (Along Mak Chik) dan hamba.
Depan (dari kiri): Rohaya (Mak Su) dan Abdul Wahab (Pak Su)

        Harapan dan impian adalah berbeza. Maka, harapan hamba adalah supaya hamba dapat menjadi insan yang berguna dan dapat menjadi anak, isteri (mungkin) dan juga ibu (mungkin) yang baik. Impian hamba adalah bagi menjadikan impian ayahanda suatu hari nanti menjadi kenyataan. Itu sahaja. Tentang jodoh pula, hamba serahkan segala-galanya pada Yang Maha Esa, kerana Dialah yang lebih mengetahui akan isi hati hamba-hambaNya.

Wassalam.

Buih Yang Berterbangan