Penulis & Pelukis : Amatsu Ken (2003, Majalah Shonen)
Genre : Harem, Aksi, Komedi, Fantasi dan Magik.
Sinopsis Cerita :
Mengisahkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Negi Springfield, dan merupakan seorang ahli magik yang berimpian untuk menjadi ahli magik yang terulung iaitu 'Pakar Ahli Magik' (Magister Magi). Setelah menamatkan pelajaran di sebuah sekolah magik di Wales, England; Negi telah diarahkan untuk pergi ke Jepun bagi menjalani latihan sebagai seorang ahli magik berlesen dengan menjadi seorang guru di Akademi Mahora. Keadaan ini menimbulkan pelbagai kesulitan ke atas Negi, kerana dia terpaksa berhadapan 31 orang pelajar yang lebih berusia daripadanya, iaitu kira-kira 5 tahun berbeza daripada usianya serta keseluruhan pelajarnya adalah perempuan. Namun, setelah mengalami pelbagai kesukaran (sekolah ini amat pelik dan mencabar, disebabkan pelbagai pelajar dari pelusuk dunia serta mempunyai pelbagai kelas serta terletak berhampiran universiti dan akademi bagi pelajar sekolah tinggi) dan mengenali pelajarnya dengan lebih mendalam, akhirnya Negi diterima dan dianggap sebagai seorang guru yang berkaliber. Tetapi, semakin banyak masalah yang ditempuhi oleh Negi dan menimbulkan kesukaran padanya, terutama bagi merahsiakan identitinya sebagai ahli magik dan ini membawa kepada beberapa peristiwa yang tidak dijangka.
Watak-Watak Di Dalam Manga :





3. Konoe Konoka - Pelajar No.13 di dalam kelas. Sahabat rapat dan teman sebilik Asuna. Merupakan cucu kepada pengetua sekolah Akademi Mahora; Konoemon Konoe dan anak kepada Eishun Konoe; iaitu ketua Persatuan Magik Kansai (merupakan salah seorang ahli Ala Rubra dan teman seperjuangan ayah Negi). Sifatnya adalah penyayang, lembut dan tenang, dan selalu menjadi pelerai konflik di antara Asuna dan Negi. Malah, kelihatan seperti 'ibu' bagi kedua-dua watak ini. Seringkali melarikan diri dari pertemuan jodoh (mengikut adat masyarakat Jepun, sebuah pertemuan diaturkan antara lelaki dan wanita untuk mendapatkan jodoh) yang diaturkan oleh datuknya. Digelar sebagai 'Puteri Dunia Realiti', iaitu berlawanan dengan rakannya Asuna yang bergelar 'Puteri Dunia Magik'. Sangat mengambil berat akan rakan-rakannya. Mempunyai tenaga magik yang kuat dan pernah menjadi 'bahan' untuk menghidupkan 'syaitan' oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Kemahirannya adalah menerusi tilikan dan sangat mahir memasak serta pintar. Konoka adalah ahli Kelab Pengembaraan Perpustakaan Akademi Mahora. Merupakan orang ke-4 melakukan pactio dengan Negi, iaitu Regina Medicans. Artifaknya adalah Flabellum Euri; sebuah kipas kecil hiasan Jepun (yang biasa digunakan oleh pendeta di Jepun) yang berkebolehan menyembuhkan semua kecederaan, termasuk kecederaan yang paling kritikal sebelum 3 minit. Berdasarkan gambar yang dilihat oleh Asuna 113 tahun akan datang, Konoka telah lulus dalam ujian bagi menjadi 'Pakar Ahli Magik' bersama Setuna 5 tahun selepas pemergian Asuna. Selain itu, Konoka telah berjaya menyembuhkan kesemua orang-orang kampung Negi yang terkena sumpahan batu. Selepas kepulangan Asuna yang mengubah sejarah, didapati bahawa Konoka telah menjalani ujian sebagai 'Pakar Ahli Magik' dan juga berjaya mengalahkan musuhnya, iaitu Tsukuyomi. Pada tahun 2017, setelah benar-benar yakin dengan kebolehan 'menyembuh' yang ada padanya, dia telah berjaya memulihkan semua penduduk kampung Negi yang terkena sumpahan batu dan pulang semula ke Kyoto untuk mencari jodoh dan berkahwin.








10. Saotome Haruna - Sahabat baik kepada Nodoka dan Yue. Pelajar No.14 di dalam kelas. Seorang yang amat berbakat dalam melukis manga (komik Jepun) dan mampu melakar sesuatu karekter manga dengan kadar yang yang paling pantas, iaitu dalam masa 5 saat. Malah, kiraan masa terpantas olehnya bagi melakar 2 atau 3 rekabentuk kapal angkasa ketika peperangan di Dunia Magik adalah 2.7 saat. Nama penanya ketika melukis adalah Haru atau Paru, dan telah menerbitkan manga Maho Shojo (Magical Girl), yang menjadi manga yang sangat popular di Akademi Mahora. Merupakan ahli Kelab Pengembaraan Perpustakaan Akademi Mahora dan juga ahli Kelab Komik Akademi Mahora. Haruna juga seorang yang gemar melawak, mudah mesra dan memahami akan perasaan rakan-rakannya, terutama perasaan Nodoka dan Yue yang sama-sama menyukai Negi. Selain itu, Haruna sangat mahir dalam merancang strategi, membuat keputusan dan helah ketika pertempuran serta memahami keputusan yang dibuat oleh rakan-rakannya. Setelah mengetahui identiti sebenar Negi dan mengetahui akan kewujudan sebuah dunia yang dipenuhi magik, Haruna melakukan pactio dengan Negi bergelar Fictrix Comica dan memperolehi artifak Imperium Graphices, peralatan berbentuk buku lukisan yang disertakan set peralatan melukis iaitu pen lukisan berbentuk bulu (atau pen), topi dan apron. Abiliti pada artifak ini terserlah apabila Haruna mampu menggunakan imaginasinya bagi menghasilkan lukisan 2D yang dapat menghidupkan lukisan (3D) dalam masa yang singkat, sama ada sebagai pertahanan atau membalas serangan ketika peperangan berlangsung. Haruna juga mampu melakar imej dirinya sendiri, supaya imejnya itu mampu melakar dengan kadar yang lebih pantas dan banyak. Haruna gemar melakukan eksperimentasi terhadap artifaknya bagi meningkatkan abiliti dirinya, antaranya melukis 'sayap' pada Asuna, membuat senjata unik yang mustahil wujud dan pengawal peribadinya. Setelah menamatkan pelajaran di menengah tinggi, dia menetap di Megalo Mesembra dan berulang alik antara kedua-dua dunia. Karya komik yang dihasilkannya seringkali menjadi jualan terlaris sama ada di Dunia Realiti dan Dunia Magik. Hasil kekayaannya itu, menjadikannya antara bekas pelajar 3-A yang paling kaya dan berjaya. Seringkali menggunakan peralatan magiknya untuk membuat 'pintu' untuk pulang ke Dunia Realiti dan mengajak rakan-rakannya membeli-belah; terutama ketika dia mengalami gejala "Writer's Block".




13. Evangeline Athanasia Katherine (Kitty) McDowell - Secara fizikalnya, Evangeline kelihatan seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Namun sebenarnya dia adalah seorang pontianak (vampire) yang telah berusia kira-kira 600 tahun, serta telah dikenakan mantera sumpahan oleh ayah Negi; Nagi Springfield iaitu Infernus Scholasticus (Neraka Persekolahan) di Akademi Mahora sejak 15 tahun dahulu sebagai seorang pelajar di kelas 2-A dengan menduduki tempat No.26. Evangeline turut dikenali sebagai 'Ahli Sihir Gelap Eva'(Dark Evangel), 'Ahli Sihir Yang Tidak Akan Mati' (Maga Nosferatu), 'Ratu Kegelapan' (The Queen of the Night), 'Pengawal Patung' (Puppet Master) dan sebagainya. Dia adalah pontianak Shisho; iaitu pontianak yang terhasil akibat pemujaan (Pontianak Asli) bukannya digigit oleh pontianak sebenar. Keadaan ini berlaku apabila genap hari lahirnya yang ke-10, iaitu selepas dia bangun daripada tidurnya. Evangeline berjaya membunuh pelakunya dengan ilmu yang dipelajarinya. Dilahirkan di Eropah, dan terpaksa mengembara disebabkan keadaan yang tidak menggalakkan. Evangeline kemudiannya bertemu Nagi secara tidak sengaja dan jatuh hati padanya; tetapi tidak diendahkan olehnya. Sebagaimana pontianak lain, dia juga alah kepada pancaran cahaya matahari dan bawang putih serta tidak pandai berenang. Namun, sepanjang sumpahan, Evangeline adalah seorang manusia biasa kecuali tiba malam bulan mengambang; yang akan memulihkan kuasa dan abilitinya sebagai seorang ahli sihir dan pontianak. Apabila Negi tiba di Akademi Mahora, Evangeline telah membuat keputusan untuk menghisap darah Negi yang dipercayai akan merungkai sumpahan yang dibuat oleh Nagi padanya; tetapi berakhir dengan kegagalan. Merupakan guru kepada Negi dan Asuna, yang mana Negi memanggilnya sebagai 'Master'. Evangeline adalah seorang guru yang tegas, agak kejam dan menakutkan serta sentiasa mengadakan ujian terhadap pelajarnya, malah ditakuti oleh Negi (apabila ditanya oleh Kotarou mengenai latihannya bersama Evangeline; Negi hanya mampu terdiam sambil air mukanya semakin pucat menandakan ketakutannya). Kadangkala menunjukkan dia berminat dengan Negi (mungkin disebabkan wajahnya yang seiras dengan ayahnya). Juga tuan dan pasangan magik kepada Chachamaru. Sangat gemar meminum air teh Jepun dan mengarang bunga pada masa lapang, malah menganggotai kelab yang sama dengan Chachamaru. Kemahirannya dalam pertempuran tangan adalah melebihi kemahiran Setuna, serta sangat mahir dalam mengendalikan tali pada orang lain seperti boneka dan mengawal pergerakan mereka dengan sesuka hatinya. Sangat pantang jika disebut sebagai budak kecil dan rendah, yang sekaligus membangkitkan kemarahannya. Alberio Imma adalah orang yang paling kurang disenanginya, kerana memanggilnya 'Cute Kitty' dan suka menyakat (kadangkala menyebabkan Evangeline mengamuk) serta Jack Rakan kerana menggelarnya sebagai 'Loli Grandma' (Nenek Berpakaian Goth-Lolita). Kini, Evangeline telah bersama-sama dengan Chao merentasi masa bagi membolehkannya bertemu semula dengan Nagi yang dianggap masih hidup. Malah, Evangeline jugalah yang membawa pulang 'Asuna masa hadapan' ke masa 113 tahun lalu untuk mengubah masa depan serta menunaikan janji terhadap 'Negi masa hadapan' yang meninggal dunia. Sehingga kini, masih belum diketahui adakah Evangeline adalah anak kepada Lifemaker (Ahli Sihir Pertama Yang Memulakan) atau tidak. Dia juga merupakan pencipta teknik magik hitam berbahaya, Magia Erebea dan teknik ini kemudiannya diwarisi oleh Negi. Pactionya dipanggil Magistra Puparum; yang masih belum diketahui apakah artifak dan kuasanya. Sentiasa membantu Negi dalam pencarian Nagi, yang akhirnya membawa kepada kejayaan untuk membawa pulang Nagi dari 'Dunia Kejahatan'. Telah berjaya memperoleh kebebasan apabila sumpahan yang dikenakan oleh Nagi telah berjaya dihapuskan. Sungguhpun sudah bebas, dia tidak meninggalkan Mahora kerana ingin melihat perkembangan Negi dan juga Asuna. Masih tidak mahu meluahkan perasaannya kepada Nagi dan menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya.



15. Nagase Kaede - Dikenali dengan karekter wajah dengan mata yang sentiasa bertutup, Kaede adalah seorang yang lembut, tenang dan berfizikal tinggi. Keadaan fizikalnya yang kelihatan telah dewasa, kadangkala menyebabkan ramai yang salah faham akan anggaran umur sebenarnya. Pelajar No.20 di dalam kelas. Dia sentiasa menggunakan perkataan '-de Gozaru', perkataan yang selalunya digunakan oleh golongan Samurai, malah menggunakan perkataan '-dono', iaitu gelaran hormat bagi memanggil seseorang yang lebih berpangkat dalam golongan Samurai (contohnya, Konoka-dono dan Setuna-dono). Kaede adalah seorang ninja dan berasal daripada Klan Ninja Koga, tetapi keluarganya tidak mengamalkan cara hidup ninja, ini menyebabkannya mempelajari sendiri kemahiran ninja. Pada masa lapang, dia akan 'bertapa' di kawasan pergunungan sambil mengaplikasikan kemahiran ninja yang dimilikinya. Di dalam kelas pula, dia merupakan salah seorang pelajar yang mendapat gred mata terendah dan mendapat jolokan 'Baka Blue' (Si Bodoh Berambut Biru). Kaede mengganggotai Kelab Berjalan Akademi Mahora dan merupakan guru kepada si kembar, Fumika dan Fuuka dan juga Kotarou. Merupakan pelajar ke-3 terkuat di dalam kelas, dan sangat berkebolehan dalam perlawanan kombat ninja dan magik tahap tinggi, antaranya mengaplikasi 'kage bunshin no jutsu' dengan sangat baik, berupaya mengendalikan senjata-senjata ninja dengan mahir serta ninpou; iaitu seni mempertahankan diri ninja. Membuat pactio dengan Negi dan mendapat Speculatrix Clandestina; bersama artifak Tengu no Kakuremino, sejenis jubah ninja. Artifak miliknya ini sangat bersesuaian dengan abilitinya sebagai seorang ninja, iaitu sebagai alat untuk bersembunyi dan menjalankan aktiviti perisikan. Malah, di dalam jubah terdapat bilik dan dapur (seperti ruang masa) untuk perjalanan jauh dan boleh digunakan untuk menyerap serangan musuh (dihantar ke ruang lain) serta menyerang hendap musuh ketika pertarungan. Artifak ini diadaptasi daripada lagenda klasik Jepun, "Tengu" yang sangat popular di Jepun. Setelah tamat pengajian, dia telah menjalani latihan ninja yang intensif dan berjaya ke angkasa lepas dengan menggunakan artifak miliknya. Sentiasa membantu rakan-rakannya dan dikenali sebagai ninja terbilang dalam sejarah.

16. Ryuumiya "Tatsumiya" Mana - Seorang pelajar kelas 2-A bernombor 18 dan anak perempuan kepada ketua Tokong Tatsumiya, yang terletak berhampiran dengan Akademi Mahora. Mana berdarah separuh Puerto-Rico (daripada kulitnya yang gelap) dan separuh Jepun. Dia telah lama mengetahui kewujudan ilmu magik, iaitu sebelum kedatangan Negi ke Akademi Mahora dan dibuktikan dengan kewujudan kad pactionya yang terdahulu, bernama Mana Arkana (Mana Yang Berahsia). Namun, kad tersebut sudah tidak aktif berikutan kematian ahli magik yang menjadi pasangan Mana sejak 20 tahun dahulu. Wajah ahli magik pasangan Mana adalah sangat mirip dengan wajah Pengerusi Kelab Biathlon Akademi Mahora, iaitu kelab yang disertai olehnya kini. Mana adalah seorang yang kurang bersosial, kurang mengambil tahu hal orang lain dan kurang melibatkan diri dalam perbualan di dalam kelas. Dia turut menerima tugasan sebagai penembak tepat, pembunuh upahan, pengawal peribadi atau penembak upahan; bergantung pada siapakah yang mengupahnya melakukan tugasan tersebut. Semasa bekerja, dia sangat serius, tegas dan sangat berdedikasi yang menjadikannya kelihatan seperti seorang yang kejam dan menakutkan. Memiliki Mata Syaitan (Demon Eye) yang membolehkannya melihat roh, syaitan atau semangat serta abilitinya menggunakan pelbagai jenis senjata untuk menembak ke arah sasaran secara tepat (tidak pernah tersasar). Selain itu, Mana turut boleh memanipulasikan duit syiling sebagai senjata tembakannya, serta memiliki separuh darah dari puak syaitan yang merupakan punca kepada abiliti Mata Syaitannya itu. Mana seringkali disalah anggap telah berusia lebih daripada 18 tahun, kerana dibenarkan masuk ke kawasan tertentu di bandar (kecuali jika dia memakai baju uniform sekolah). Selalu bertarung dengan Kaede atas sebab-sebab yang remeh. Setelah menamatkan persekolahannya, dia telah terlibat secara langsung dalam banyak peperangan termasuk peperangan menuntut kebebasan untuk planet Mars pada awal abad ke-22 (Peperangan ini merupakan punca yang mengakibatkan Asuna 'terlewat' bangkit dari tidurnya : kuasanya digunakan untuk memulihkan keadaan Dunia Magik ketika itu).


18. Izumi Ako - Pelajar No.5 di dalam kelas 2-A. Dia adalah seorang gadis yang pemalu tetapi gemar bersukan, malah bekerja sebagai pembantu jururawat di Akademi Mahora. Ako adalah sahabat baik kepada Yuuna, Makie dan Akira. Selain itu, Ako adalah pengurus Pasukan Bola Sepak Lelaki Menengah Rendah Akademi Mahora dan juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan tandas bagi kelas 2-A. Mempunyai kemahiran bermain peralatan muzik, iaitu gitar bass. Ako mengidap penyakit fobia terhadap darah, yang mana berlawanan dengan pekerjaannya sebagai pembantu jururawat. Ako juga seorang yang sangat rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri, selain mempunyai parut yang sangat besar pada belakang badan yang mana mempengaruhi keadaan dirinya itu. Pernah meluahkan perasaan pada seorang remaja yang lebih tua darinya, tetapi telah ditolak. Jatuh cinta pandang pertama kepada jelmaan Negi yang berumur 15 tahun, iaitu 'Nagi Springfield' yang ditemui secara tidak sengaja, berbalas e-mail dengannya (tanpa menyedari bahawa itu hanyalah jelmaan gurunya yang memakan "Pil Penukar Usia") dan menjemputnya menghadiri konsert yang disertainya. Ako juga telah mengikuti Negi ke Dunia Magik (secara tidak sengaja) bersama Natsumi dan Akira. Dia diserang penyakit tempatan, yang menyebabkan mereka bertiga terpaksa menjadi hamba bagi mendapatkan penawar penyakit tersebut. Berjaya diselamatkan oleh 'Nagi' dan akhirnya mengetahui identiti sebenarnya, sekaligus menyebabkan Ako menyuarakan isi hatinya kepada Negi. Tanpa disedari, Tosaka menyukainya. Membuat pactio dengan Negi dan memperoleh pactio bernama Cultrix Cum Traumate. Artifak yang dimilikinya adalah Mysterious Syringe, iaitu sebuah jarum pencucuk (yang selalu digunakan jururawat di hospital) dengan jarum sebesar 1.8 cm. Cecair di dalam jarum pencucuk boleh digunakan sebagai 'penambah tenaga' dan juga racun, yang menyebabkan penerimanya mengalami kehilangan segala deria yang dimilikinya. Setelah parut di bahagian belakangnya telah berjaya disembuhkan dengan kaedah magik, dia telah melanjutkan pelajarannya di Dunia Magik selepas tamat menengah tinggi. Menjadi seorang Jururawat Pelatih Kelas Pertama dan bekerja di tempat yang sama dengan Akira. Menjadikan Konoka sebagai idolanya dalam usaha untuk mendorongnya melakukan yang terbaik dalam pekerjaannya.

19. Sasaki Makie - Rakan baik kepada Yuuna, Ako dan Akira. Pelajar nombor 16 di dalam kelas. Merupakan seorang yang memiliki kebolehan gimnastik, dan memasuki Kelab Gimnastik Akademi Mahora. Sungguhpun begitu, dia sangat lemah dalam pelajarannya menyebabkan dia menjadi salah seorang ahli kumpulan 'Baka Ranger' dengan gelaran 'Baka Pink' (Si Bodoh Berambut Merah Jambu). Merupakan salah seorang peminat Negi, yang mana menganggap Negi seorang kanak-kanak yang comel, tetapi menghormati pendirian Negi sebagai guru kelasnya; sekaligus meminati Negi seperti Ako. Sangat berkebolehan dalam mengendalikan peralatan gimnastik jenis reben, yang selalu digunakan untuk bergerak serta mengambil peralatan yang diingininya dari jauh (membuatkan Negi kagum). Telah membuat pactio dengan Negi, setelah mengetahui identiti sebenar Negi dan memperolehi pactio bernama Armatura Quinquiplex. Artifak yang dimiliki oleh Makie adalah merupakan peralatan asas yang dimiliki oleh seorang ahli gimnastik, tetapi sangat membantu terutama pada saat-saat kecemasan. Antaranya, Liberum Lemniscus (reben; mampu memanjang tanpa had), Bombus Globus (bola gimnastik; akan meletup apabila dilontarkan pada musuh), Frango Stipes (bebola yang ditimang; boleh berpecah-pecah dan terapung di udara), Cleaving Ring (gelung rotan) dan Capturing Rope (Tali gimnastik). Selepas menamatkan pelajarannya di Universiti Mahora, dia telah menjadi Guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Mahora. Walaupun menjadi pujaan guru-guru bujang dan pelajar-pelajarnya, dia masih menaruh harapan kepada Negi. Dia sering mengambil peluang untuk keluar bersama rakan-rakannya, terutama Negi.

20. Chao Lingshen - Pelajar bernombor 19 di dalam kelas 2-A. Dia memiliki semua perkara yang diinginkan oleh semua pelajar biasa iaitu kecerdikan, kecantikan, kecergasan fizikal serta kekayaan. Chao adalah pelajar yang paling cerdik dan terpandai pernah dilahirkan di Akademi Mahora, iaitu dengan mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan penggal. Selain itu, dia juga adalah pengamal Kung Fu-Jenis Kenpo serta telah mahir mencampurkan teknik itu bersama teknologi teknikal. Gemar mencipta sesuatu yang baru serta memberi kemudahan kepada setiap orang. Merupakan pengasas kepada gerai makanan "Chao Bao Zi" yang terkenal di Akademi Mahora (yang menjadikannya kaya-raya, merupakan pelajar ke-2 terkaya selepas Ayaka). Identiti asalnya masih samar, tetapi dia adalah seorang 'perentas masa' yang datang bagi melihat dan menjadi perisik untuk dibawa ke zamannya. Chao mungkin mempunyai darah keturunan China (kerana cara pemakaian dan perlakuannya seolah-olah dari sana) dan berasal dari Mars; yang pada zamannya manusia telah berjaya hidup di sana. Dia juga merupakan keturunan Negi pada zaman akan datang, yang tidak diketahui siapakah wanita yang dikahwini Negi pada masa akan datang (sehingga kini masih tidak didedahkan). Menganggotai banyak kelab dan persatuan di Akademi Mahora, memberikannya akses dalam melakukan aktiviti atau bergerak tanpa batasan di Mahora. Antara ciptaannya yang terulung adalah rekabentuk gerai "Chao Bao Zi", jam perentas masa Cassiopeia, baju sut yang kalis serangan dan teknik serta robot-robot yang digunakan oleh Evangeline, termasuk Chachamaru. Berkebolehan dalam melancarkan ilmu magik tahap tinggi dan cara pembacaan manteranya adalah hampir menyerupai mentera yang dipakai Negi serta mengamalkan magik yang menyerupai 'Magia Arebea', menguatkan bukti bahawa dia sememangnya keturunan Negi. Merupakan orang yang bertanggungjawab dalam insiden "Ahli Sihir Vs Mars" yang bertujuan untuk mendedahkan mengenai magik kepada umum, tetapi dalam cara yang paling ekstrem serta 'mengubah sejarah' masa lalu supaya dapat mengubah masa hadapan yang dilaluinya (Chao menghadapi keadaan yang getir di masa hadapan). Berjaya dikalahkan oleh Negi dan pulang kembali ke masa hadapan, sehinggalah dia muncul kembali bersama 'Evangeline 113 tahun akan datang' dan membawa pulang 'Asuna masa hadapan' kembali ke 113 tahun lalu untuk mengubah sejarah (turut mengambil sijil tamat persekolahan menengah rendah). Melalui kemudahan dan kemahiran teknologi yang dikuasainya, dia banyak membantu Negi dalam menjadikan projek "Blue Mars" menjadi realiti. Dia masih berusaha untuk menjadikan keamanan itu sebagai realiti di dunia asalnya (masa hadapan). Kadangkala dia akan datang 'menjenguk' rakan-rakannya untuk bersuka-ria.

21. Ookouchi Akira - Merupakan salah seorang pelajar yang tertinggi di dalam kelas. Pelajar No.6 di dalam kelas 2-A. Seorang pelajar yang mempunyai bakat berenang yang terbaik di kelasnya dan menganggotai pasukan Kelab Berenang Akademi Mahora. Akira kelihatan pendiam, lebih berfikiran luas, pemaaf dan lebih matang dalam pergaulannya, berbanding rakan-rakannya yang lain. Sungguhpun begitu, dia memiliki abiliti 'pemusnah' yang kuat serta akan menggunakan 'kekuatan luar biasanya' dalam situasi tertentu, contohnya ketika rakan-rakannya telah mempermain-mainkan Negi dengan mengambil cincin magik yang diberikan oleh Evangeline. Interaksi antara Negi dan Akira hanyalah hubungan di antara guru-pelajar dan kakak-adik. Pernah mengekori Negi dan Ala Rubra ke Dunia Magik, tetapi terkandas di sana setelah mendapati Ako diserang penyakit tempatan; menyebabkan dia, Ako dan Natsumi terpaksa 'ditahan' sebagai hamba bagi membayar harga penawar penyakit tersebut. Seorang yang setiakawan dan akan membantu rakan-rakannya ketika kesusahan. Ketika rakan-rakannya mengejar Negi bagi mengetahui siapakah pelajar yang disukainya, Akira telah membuat pactio dengan gurunya itu bagi melindunginya, iaitu Siren Valida. Artifak miliknya adalah sepasang sut yang menyerupai rekabentuk seekor ikan duyung, yang mana boleh membawanya menembusi mana-mana kawasan yang berair (malah lopak air sekalipun) tanpa menggunakan kuasa magik serta dapat bergerak dengan senyap. Namun, kelemahannya adalah bergantung kepada jumlah pintu air yang terdapat di Akademi Mahora serta dalam lingkungan sejauh 300 radius sahaja. Telah memohon tempat di sebuah firma yang mengendalikan projek "Lif Elevator" yang merentasi orbit Dunia Realiti dan Dunia Magik yang baru ditubuhkan. Berjaya melepasi ujian ketat bagi menjadi seorang juruterbang angkasa lepas dan akhirnya menjadi seorang Attendan Kabin Elevator Kelas Pertama. Seringkali berjumpa dengan Negi, sekiranya dia menaiki kabin kendaliannya untuk ke Dunia Magik.

22. Naba Chizuru - Seorang pelajar yang baik, selalu tersenyum serta memiliki buah dada terbesar di dalam kelas 2-A. Pelajar No.21 di dalam kelas dan menyertai Kelab Astronomi Akademi Mahora. Selain itu, dia merupakan seorang yang penyayang dan bersikap keibuan. Chizuru bersahabat baik dengan Natsumi dan tinggal sebilik dengan Natsumi dan Ayaka. Chizuru dikhabarkan memiliki keluarga yang mana kekayaannya menyamai kekayaan keluarga Ayaka, tetapi tidak dapat dipastikan. Sangat suka membantu orang yang memerlukan dan tidak mudah takut dengan ugutan, menjadikannya seorang gadis yang matang dan berani. Membenarkan Kotarou tinggal di biliknya dengan menyatakan bahawa Kotarou adalah adik bongsu kepada Natsumi yang sangat miskin, dan perlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Merupakan orang yang paling ditakuti oleh Natsumi dan Kotarou; serta aksinya yang kadangkala menakutkan. Suka menggunakan batang daun bawang (yang banyak tumbuh ketika musim bunga di Jepun) bagi mencucuk punggung, yang dipercayai olehnya dapat mengurangkan demam (yang mana menakutkan Kotarou). Telah membuat kad pactio dengan Negi yang dipanggil Servator Stellarum; artifaknya adalah Negi Scepter iaitu batang daun bawang (yang selalu digunakannya). Apabila artifak ini dicucuk pada punggung orang yang dikehendaki, ia akan menyembuhkan segala penyakit luaran tetapi ini menyebabkan mangsa terpaksa menurut apa sahaja yang dikehendaki oleh Chizuru (mangsa tidak dapat mengawal diri sendiri, dikawal oleh Chizuru). Sebagai wakil dan juga pewaris keluarganya (Industri Berat Naba), dia telah bekerjasama dengan Ayaka untuk menjadi 'tulang belakang' kepada projek "Blue Mars" yang dijalankan oleh Negi dan Asuna. Setelah segalanya berjalan lancar, dia mengundur diri dan memohon jawatan sebagai seorang guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak (kerana itu adalah impiannya sejak kecil). Kini, ditugaskan untuk menjadi pengasuh kepada anak-anak kembar adik-beradik Narutaki (Fuuka dan Fumika) setelah dia tertarik dengan kecomelan anak-anak mereka apabila pertama kali melihat mereka semasa berkunjung ke Adriadne.

23. Kasuga Misora - Pelajar tomboy yang hiperaktif ini merupakan pelajar No.9 di dalam kelas 2-A. Menganggotai Kelab Larian Akademi Mahora dan satu-satunya pelajar yang mampu menyaingi Asuna dalam acara larian pecut. Misora selalunya kelihatan memakai pakaian seorang paderi wanita, kerana merupakan seorang pelatih paderi wanita di Gereja Akademi Mahora. Sungguhpun begitu, dia juga merupakan pelatih ahli magik yang sama seperti Negi dan memasuki Mahora semata-mata untuk menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Selalu kelihatan bersama-sama Takane, Mei dan Negumi yang turut merupakan pelatih ahli magik sepertinya. Dia sentiasa cuba menyembunyikan abilitinya dari pengetahuan rakan-rakan sekelasnya, dengan niat tidak mahu identitinya terbongkar. Walaupun Misora adalah seorang pelatih paderi yang mana terikat dengan peraturan serta tatacara yang sopan, dia seringkali melanggar arahan penjaganya, Paderi Wanita Shakti dan melakukan kekacauan dengan kenakalannya membuatkan dia selalu mendapat hukuman daripada penjaganya itu. Merupakan salah seorang saksi yang menyaksikan 'robot-robot' ciptaan Chao dalam peristiwa 'Ahli Sihir Vs Mars". Selain itu, dia menyamarkan diri apabila berlaku tragedi di Dunia Magik, yang mana dinafikan olehnya. Mempunyai pactio, yang dilakukan dengan Cocona Fatima' Rosa bernama Joculatrix Monachans; iaitu sejenis artifak yang merupakan sepasang kasut yang mampu membuatkan Misora berlari dan bergerak dengan sangat pantas, bukan sahaja di darat (jalan), malah di dinding serta di atas air. Misora turut menguasai mantera magik asas yang hanya digunakan pada masa tertentu dan selalunya menggunakan artifaknya untuk melarikan diri dari musuh. Setelah tamat persekolahan, membantu Yue dalam menjalankan penyiasatannya sebagai detektif. Masih bekerja di gereja yang sama dan kini menjadi paderi wanita dan guru agama.


25. Hakase Saotome - Seorang pelajar yang pakar dalam mencipta atau mengadakan peralatan robotik. Pelajar No.24 di dalam kelas. Saotome bersahabat baik dengan Chao, yang mana dengan kerjasama antara mereka berdualah yang telah berjaya menghasilkan Chachamaru. Di Akademi Mahora, dia lebih dikenali dengan nama panggilan "Professor". Dia selalu dilihat bersama-sama Chao dan Chachamaru, serta bertanggungjawab dalam perkara berkaitan teknikal di dalam kelas. Mengganggotai Persatuan Penyelidik Pembinaan Robotik Akademi Mahora dan Persatuan Penyelidikan Teknologi Jet Akademi Mahora (selalunya dia meminta persatuan menyediakan sebuah bilik untuknya melakukan ujikaji). Dia selalu menjadikan Ku Fei sebagai 'tikus putih' bagi setiap hasil kajiannya. Saotome adalah seorang yang bijak, terlalu obses dengan hasil kerjanya namun kurang mengambil tahu keadaan semasa, membuatkannya dan Chao selalu dipanggil "Sainstis Gila" oleh rakan-rakan sekelasnya. Dia sangat membenci perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan atau dibuktikan secara saintifik, walaupun agak menyedari tentang kehadiran kuasa magik dalam kebanyakan hasil ciptaannya. Selain itu, dia turut membantu dalam menguruskan gerai "Chao Bao Zi" bersama-sama Chao, Chachamaru, Ku Fei dan Hatsuki. Malah, dia juga merupakan salah seorang daripada 'musuh' yang terlibat dalam peristiwa "Ahli Magik Vs Mars", sebagai pembantu teknikal dan pembaca mantera bagi 'mengubah keadaan dunia kepada dunia yang mengenali magik'. Pengetahuannya yang sangat mendalam melalui teknologi, sains dan magik telah membantu untuk membuat sebuah teori berasaskan sains-magik yang mana menjadikan projek untuk pembinaan elevator ke Dunia Magik telah dapat direalisasikan. Pada akhirnya, dia didapati telah berkahwin dengan seorang Gabenor yang terkenal di Dunia Magik.
26. Yotsuba Hatsuki - Merupakan pelajar No.30 di dalam kelas 2-A. Hatsuki seorang yang pandai memasak serta dipanggil dengan gelaran "Chef" oleh rakan-rakan sekelasnya. Menyertai Persatuan Penyelidikan Masakan di Akademi Mahora, malah merupakan Pegawai Pemakanan di akademi tersebut. Hatsuki dilihat sebagai seorang yang sangat baik (semua orang di Mahora menyenangi dirinya), kuat berusaha, lemah lembut serta bersikap positif dalam kehidupan sehariannya. Malah, dia merupakan satu-satunya pelajar yang diberikan penghormatan 100% oleh Evangeline kerana sikapnya yang ramah dan mesra (kehadiran Hatsuki mewujudkan persekitaran yang aman dan damai, serta positif) juga disebabkan kemahiran memasaknya yang dianggap terbaik di Mahora. Bekerja sebagai tukang masak di gerai "Chao Bao Zi'. Impiannya adalah dapat membuka sebuah restoran miliknya sendiri serta memberi kebahagian dan kegembiraan kepada setiap orang melalui masakannya. Negi juga merupakan salah seorang yang sangat menyukai masakan Hatsuki, terutama "Sup Penguat Semangat" yang selalu dihidangkan olehnya ketika Negi mengalami masalah, bermakna Hatsuki juga seorang yang sensitif serta peka dengan perubahan perasaan seseorang. Hatsuki juga berupaya mengendalikan peralatan mekanikal, iaitu gerai 'Chao Bao Zi' (boleh berubah mode kepada bentuk kereta) dan dilihat mengetahui identiti sebenar Chao; yang tidak mahu didedahkan olehnya. Selepas menamatkan pengajiannya di Perancis dan China, dia telah pulang ke Akademi Mahora dan menguruskan semula kedai Chao Bao Zi. Perniagaannya sangat maju dengan sambutan hangat oleh umum (sama ada dari Dunia Realiti dan Dunia Magik), terutama setelah pembukaan 'lif elevator' ke Dunia Magik. Dia telah meluaskan perniagaannya itu dengan membuka cawangan di angkasa lepas dan menjadi satu-satunya restoran yang berangkaian di dalam sejarah angkasa lepas. Rakan-rakannya masih datang ke cawangan utama restorannya untuk berkumpul dan merasai sendiri masakan yang dibuat olehnya.
27. Shiina Sakurako - Pelajar yang paling ceria dan aktif berbanding Misa dan Madoka. Merupakan pelajar No.17 dan menyertai Pasukan Penyorak Akademi Mahora bersama-sama Misa dan Madoka. Dia sangat suka keluar untuk membeli-belah, berkaraoke serta melepak di shopping kompleks apabila mempunyai masa lapang. Dia turut mempunyai 2 ekor haiwan peliharaan dinamakan sebagai Kukki dan Bikke serta menyertai Kelab Lacrosse. Sakurako menyukai Negi, tetapi dengan beranggapan bahawa Negi adalah seorang budak yang comel. Kehidupannya sangat mudah serta sangat gemar mengambil tahu hal orang lain, yang kadang-kala menyebabkannya dan rakan-rakannya terjerumus dalam kancah kesusahan. Kesukaannya yang lain adalah sangat gemar bertaruh, sama ada menggunakan wang atau kupon makanan. Namun, Sakurako sentiasa bernasib baik dan memenangi segala pertaruhan, yang membawa keuntungan pada dirinya; membuat rakan-rakan sekelasnya menggelarkannya sebagai "Orang Yang Sentiasa Bertuah" atau "Master of Luck". Telah bekerja di sebuah syarikat keselamatan dengan menggunakan kelebihan tuah yang ada padanya. Seorang yang sangat berdedikasi dengan kerjanya dan terlibat dalam rancangan yang dijalankan oleh Negi. Masih berhubungan dengan Fate, yang beranggapan bahawa kelebihannya akan dapat digunakan ke arah kebaikan.
28. Kakizaki Misa - Merupakan 'Ketua Pasukan Penyorak Kelas 2-A' dan menyertai Kelab Koir Akademi Mahora. Bersahabat baik dengan Sakurako dan Madoka, dan merupakan pelajar No.7 di dalam kelas. Seorang gadis yang gemar membeli-belah serta berkaraoke, tetapi kurang gemar meminum air berkarbohidrat. Misa juga mempunyai pemikiran yang agak matang berbanding rakan-rakannya yang lain; apabila ingin menjadikan Negi sebagai 'teman lelaki'nya pada 10 tahun akan datang, setelah melihat 'Ayah Negi' iaitu jelmaan Nagi ketika Pertandingan Seni Bela Diri Mahora. Dia juga merupakan satu-satunya pelajar kelas 2-A yang mempunyai teman lelaki yang tetap. Seorang yang suka bergurau dan mula berasa risau apabila mendapati dirinya mula menyukai Negi, yang dianggap akan membuatkannya seolah-olah seperti Ayaka. Kini berkerja di sebuah stesen hotel sebagai seorang pengurus hotel dan kerjanya bertambah setelah pembukaan lif elevator ke Dunia Magik.
29. Kugimiya Madoka - Pelajar No.11 di dalam kelas 2-A. Berbanding Misa dan Sakurako, dia merupakan gadis yang agak serius dan seringkali mengingatkan rakan-rakannya supaya menjauhi sebarang masalah. Madoka sangat menyukai gyudon dan barangan berasaskan perak, termasuk muzik Barat (dia turut meminati Avril Lavigne) dan sangat sukakan suaranya yang serak-serak basah itu. Sangat mengambil berat akan rakan-rakannya, terutama Ako dan seringkali melindunginya dan menasihatinya supaya lebih bersemangat. Dia juga berbakat dalam bermain peralatan muzik serta menganggotai kumpulan muzik yang disertai oleh Ako. Madoka meminati jelmaan remaja Kotarou yang berusia 15 tahun (akibat memakan "Pil Penukar Usia"), tetapi masih memendamkan perasaannya itu (Kotarou tidak perasan keadaan tersebut, kerana menganggap Madoka sebagai rakan dan anak murid kepada Negi sahaja). Kini berkerja sebagai kakitangan di sebuah firma rasmi kerajaan sebagai Kastam Elevator. Dia masih tidak dapat melupakan Kotarou, dan kini akan mudah tertarik dengan lelaki yang berambut hitam dan bertelinga anjing.
30. Narutaki Fuuka - Kakak kembar kepada Fumika. Dia adalah seorang yang sangat suka melakukan perkara-perkara yang nakal, sentiasa penuh bertenaga, kurang bimbang dengan sesuatu perkara, mengusik rakan-rakannya serta menjadi penceria dalam kelas 2-A. Memegang No.22 di dalam kelas. Fuuka mempelajari ilmu ninja daripada Kaede, bersama-sama adiknya dan merupakan kakak seguru kepada Kotarou. Ilmu ninja yang dimilikinya masih kurang berbanding Kaede, tetapi sudah cukup untuk mempertahankan dirinya dan adik kembarnya serta menjadikan Kaede sebagai idola mereka. Dikenali dengan ikatan rambut memanjang di tepi kedua-dua belah kepalanya. Menyertai Kelab Berjalan Akademi Mahora dan sentiasa menjadikan Negi sebagai sasaran kenakalannya; walaupun menyedari bahawa Negi adalah guru kelasnya. Dia sangat sukakan aiskrim serta sangat kuat makan. Menemui seekor binatang yang misteri, yang kemudiannya merupakan seorang putera (mempunyai kembar yang ditemui oleh Fumika) dari Dunia Magik yang datang ke Dunia Realiti untuk misi rahsia. Banyak membantu Negi di dalam peperangan dan merapatkan hubungannya dengan putera itu, sekaligus berkahwin setelah tamat pengajian menengah tinggi. Memperoleh anak kembar yang sangat comel. Kini, menetap di Ariadne, iaitu kawasan yang berhampiran dengan Ibu Kota Purba yang terletak di sempadan Kerajaan Hellas.
31. Narutaki Fumika - Adik kembar kepada Fuuka. Sikapnya adalah bertentangan dengan kakaknya, iaitu kurang suka atau mengawal diri dari melakukan perbuatan nakal, kurang bertenaga, sentiasa bimbang dan mengambil kira sesuatu perkara, kurang gemar mengusik; tetapi tetap menjadi penceria di dalam kelasnya. Pelajar No.23 di dalam kelas 2-A. Hobinya adalah mengemas rumah, dan seringkali mengingatkan kakaknya bahawa idea yang digunakan untuk mengenakan orang lain adalah tidak baik. Fumika turut mempelajari ilmu ninja dengan Kaede dan memandang tinggi akan idolanya itu. Dia dikenali dengan ikatan rambut 'bun' dengan kain dan reben pada kedua-dua belah kepalanya. Menyertai kelab yang sama dengan Fuuka dan sentiasa menegah kakaknya dari melakukan sesuatu terhadap Negi, yang dianggap kurang sopan dan biadap kerana Negi adalah guru kelas mereka. Seperti Fuuka, dia sangat menggemari aiskrim dan kuat makan. Menemui seekor binatang yang misteri, yang kemudiannya merupakan seorang putera (mempunyai kembar yang ditemui oleh Fuuka) dari Dunia Magik yang datang ke Dunia Realiti untuk misi rahsia. Banyak membantu Negi di dalam peperangan dan merapatkan hubungannya dengan putera itu, sekaligus berkahwin setelah tamat pengajian menengah tinggi. Memperoleh anak kembar yang sangat comel. Kini, menetap di Ariadne, iaitu kawasan yang berhampiran dengan Ibu Kota Purba yang terletak di sempadan Kerajaan Hellas.
32. Zazie Rainyday - Pelajar No.31 di dalam kelas 2-A. Dikenali dengan panggilan "Ahli Akrobatik Yang Bisu", serta dianggap sebagai seorang yang paling misteri di kalangan rakan-rakan sekelasnya. Dia dianggap sebagai pelajar pertukaran, dan namanya tidak ditulis di dalam huruf Jepun; sebaliknya dalam bentuk Alphabet, seperti Evangeline. Menganggotai Kelab Kraf Akademi Mahora, Kelab Magik Akademi Mahora serta bekerja sebagai ahli akrobat di sebuah sarkas, iaitu "Nightmare Circus", yang mana merupakan kelab yang disenarai sebagai persatuan luar akademi. Dia sangat kurang bercakap di dalam kelasnya, tetapi masih difahami oleh Ayaka; yang mana merupakan satu-satunya pelajar yang memahami 'isyaratnya'. Zazie juga merupakan antara pelajar yang dapat melihat roh Sayo dan berinteraksi dengannya. Dia juga mampu berkomunikasi dengan pembantunya; iaitu bayang-bayang yang memakai topeng yang sentiasa cuba memakan sesiapa termasuk roh (tetapi dilarang oleh Zazie). Dia juga telah memberikan seekor anak naga kepada Chao sebagai hadiah perpisahan. Zazie sebenarnya adalah seorang puteri bagi keturunan Diraja Kaum Syaitan dan mempunyai seorang kakak, bernama Poyo yang mana merupakan Puteri Mahkota Kerajaan Kaum Syaitan. Dia telah membuat pactio, tetapi tidak diketahui dengan siapa dan apakah artifak yang dimilikinya. Dia juga merupakan orang yang banyak membantu Negi dan rakan-rakannya semasa bertarung dengan Fate serta sekutunya malah membawa kesemua rakan-rakannya untuk 'mengejutkan' Asuna yang dijadikan tawanan oleh Fate. Setelah tamat pengajian, dia telah menjadi Pengawal Diraja oleh kakaknya, yang telah menjadi Ratu Kerajaan Kaum Syaitan. Telah berkahwin dan dikurniakan oleh seorang anak lelaki. Telah dihantar sebagai Duta ke Dunia Magik bagi menjalinkan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua kerajaan.
Nota : Terdapat banyak lagi karekter penting di dalam manga ini dan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan setiap jalan cerita di dalamnya. Mengandungi jalan cerita zaman persekolahan, yang sekaligus akan mengimbau kenangan zaman persekolahan dan hamba suka membacanya kerana melibatkan guru (Negi) yang membantu hamba untuk mengetahui method yang diperlukan oleh seorang guru.
Penilaian : Jalan ceritanya berkembang dengan baik, dan berpadanan dengan keadaan semasa. Selain itu, terdapat banyak penemuan moden yang mungkin boleh dijadikan idea dalam penulisan dan lukisan. Malah, membantu dalam melihat kreativiti ciptaan dan idea penulis (mungkin kita semua akan gunakan pada tahun 2020 nanti).
0 ulasan:
Catat Ulasan