BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, April 18, 2010

Ouke No Manshou aka Sumpahan Diraja Mesir

Penulis : Hokosawa Chieko (1988; Majalah Princess)

Genre : Fantasi, Sejarah

Sinopsis Cerita
Cerita ini mengisahkan tentang watak utama, Carol Rido (Carol); gadis remaja warganegara Amerika yang berambut perang keemasan dan mempunyai mata berwarna biru laut adalah anak kepada sebuah keluarga ternama yang kaya-raya. Carol menuntut di sebuah universiti di Cairo dan mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang arkeologi. Apabila keluarganya menemui sebuah makam yang menempatkan seorang Firaun muda, sebuah sumpahan telah berlaku ke atas ahli ekspidisi, Carol dan seluruh keluarganya. Sumpahan ini telah membawa gadis ini kembali ke masa lampau, iaitu kira-kira 3000 tahun dahulu; iaitu pada zaman Mesir Purba. Keadaan in telah membawa kepada perkaitan sejarah dan membawa Carol untuk lebih mengetahui tentang peristiwa sejarah di Mesir, Assyira dan Babylon. Pada zaman tersebut, Carol telah bertemu dengan Memphis, Firaun muda yang tampan (Carol telah memasuki makam miliknya pada abad ke-21) dan kejam. Walaupun Memphis adalah seorang yang keras kepala dan kejam pada awalnya, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah tertarik antara satu sama lain. Ini menimbulkan kemarahan kakak (kekanda) Memphis, Isis yang telah lama menyukai Memphis dan hendak mengahwininya. Manakala, Carol yang pada zaman itu dianggap mempunyai rupa paras yang unik dan mempunyai kebolehan yang diperolehinya dari abad 21, menjadikannya seorang yang memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah ketamadunan Mesir.


Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Carol Rido (Anak Perempuan Kepada Dewi Sungai Nil) - Berasal dari abad ke-21, wajahnya yang eksotik dan berambut perang keemasan menyebabkannya sering menjadi perhatian umum, terutama musuh-musuh yang hendak menjatuhkan Mesir. Dibawa lari oleh Isis ke zaman Mesir Kuno, sebagai sumpahan kepadanya kerana keluarganya telah mencerobohi tempat persemadian Memphis dan dirinya sendiri pada abad ke-21. Pada permulaannya, dijadikan sebagai hamba 'tebusan' oleh Memphis. Menjadi Permaisuri Kerajaan Mesir semasa berusia 18 tahun. Dianggap Dewi oleh semua orang Mesir Purba dengan gelaran Anak Perempuan Kepada Dewi Sungai Nil (Daughter of The Nile). Sikapnya yang ramah mesra, berani dan pintar (kerana mempunyai pemikiran dan idealogi dari abad ke-21), membuatkan ramai orang mengaguminya dan menganggap seolah-olah dia mampu meramal sesuatu yang bakal tiba. Sentiasa cuba dilarikan oleh musuh-musuh Memphis, sama ada untuk dijadikan tawanan atau sebagai isteri mereka. Pernah mengandung, namun mengalami keguguran setelah cuba dibunuh oleh Isis yang mengetahui berita tersebut akibat cemburu. Statusnya kini masih menjadi tanda tanya, iaitu sama ada Carol kini adalah Permaisuri Kerajaan Mesir atau isteri Putera Mahkota Hittite (Ishmin), kerana tipu muslihat yang dijalankan oleh Ishmin semasa Carol disihir oleh seorang ahli sihir yang tidak dikenali namanya. Carol juga kebingungan, kerana dia kadangkala dapat mengingati peristiwa semasa 'disihir', namun berkeras menafikan dan menyatakan bahawa perkahwinannya dengan Memphis adalah yang pertama dan sah berbanding dengan pernikahan kedua dengan Ishmin, yang disifatkan sebagai 'upacara yang tidak selesai'. Hanya Titii, hamba suruhan Carol yang mengetahui rahsia tersebut.


2. Memphis - Firaun yang berusia 17 tahun (semasa berkahwin dengan Carol, berumur 20 tahun) mempunyai wajah yang kacak, menyebabkannya sentiasa menjadi igauan dan idaman kaum wanita. Sangat berkebolehan dalam merancang kerajaannya, peperangan serta berburu. Seorang yang kasar, tetapi penyayang dan romantik. Pengaruh persekitaran banyak membentuk peribadi Memphis, kerana telah menaiki takhta sejak berusia 8 tahun setelah kemangkatan ayahandanya, Firaun Nefenmert dalam usia yang muda. Oleh itu, dia jarang memperlihatkan kebaikan yang ada pada dirinya, namun berubah setelah kehadiran Carol disisinya. Juga seorang yang mudah marah, yang kadangkala menimbulkan konflik antara dirinya dan Carol. Ramai wanita yang ingin memenangi cintanya, termasuk kakaknya sendiri, Isis; Cafra, puteri kepada Raja Libya; Mec, hamba wanita yang dibawa ke istana oleh Kapta (Ketua Paderi Mesir), Milanum, puteri Kerajaan Hittite (adinda kepada Ishmin, tetapi mati dibunuh oleh Isis) dan juga Jamari, gundik kesayangan Argon, Raja Assyria (dihantar sebagai pengintip dalam istana). Sangat menyesal dengan tindakannya yang tidak peka dengan perubahan diri Carol semasa hamil dan bersumpah akan bersemuka dengan Isis untuk menyelesaikan hutang darah tersebut. Sangat melindungi Carol kerana bimbang adanya pengkhianat atau musuh dalam selimut di dalam pemerintahannya. Kemahirannya dalam berpedang dan berperang terbukti setelah berjaya menewaskan Ataurus dan menewaskan Ragashu (suami Isis) dalam peperangan sengit. 


3. Isis - Puteri dan Paderi Tertinggi Kerajaan Mesir Purba (memerintah kerajaan Selatan Mesir) dan merupakan kakak (kekanda) kepada Memphis. Merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Carol ke zaman Mesir Purba sebagai hukuman kepada keluarga Carol yang membiayai ekspidisi membongkar makam Memphis dan dirinya pada abad ke-21. Sangat mencintai Memphis dan sanggup membuat apa sahaja tindakan yang dianggap boleh memenangi cintanya. Pada luarannya, dia adalah seorang wanita yang jelita dan menawan, tetapi dia juga seorang yang kejam, licik serta kurang berperikemanusiaan, terutama jika mendapat tahu ada orang lain yang mencintai Memphis (Melalui tindakannya membunuh Milanun dengan membakarnya di kuil dan percubaannnya untuk membunuh Carol setelah mengetahui Carol hamil). Sentiasa cuba merancang untuk menjatuhkan atau membunuh Carol, tetapi selalu gagal. Berkahwin dengan pemerintah Babylon, Ragashu setelah sangat kecewa dengan keputusan Memphis mengahwini Carol (dia diarahkan oleh Memphis untuk menjadi saksi perkahwinannya). Walaupun sudah berkahwin, Isis masih mengharapkan cinta Memphis dan sentiasa berusaha untuk kembali ke Mesir, dengan harapan Memphis akan memperisterikannya setelah kematian / kehilangan Carol. Ini seringkali menimbulkan syak wasangka suaminya, tetapi tidak didedahkan. Ketika berlakunya peperangan di mana Ragashu ditewaskan oleh Memphis, hamba abdi Isis yang setia telah dapat mengesan perubahan kelakuan Isis dan mendapati bahawa Isis telah mengandung. Ini menyebabkan Isis sangat kecewa dan hampir putus harapan untuk dapat memiliki Memphis lagi - kerana anaknya itu.


4. Ryan Rido - Abang sulung Carol, berumur 30 tahun. Mewarisi syarikat milik ayahnya, Conten Rido setelah kematian ayahnya yang misteri. Sangat mengambil berat dan menyayangi Carol lebih daripada dirinya sendiri. Sangat berkebolehan dalam mengendalikan perniagaan, mengendalikan senjata moden (pistol) dan mempunyai pengamatan yang tajam. Ryan adalah orang yang bertanggungjawab menembak Ishmin sehingga parah dan tidak dapat diubati dengan pistol miliknya, setelah mendapati Carol ditawan olehnya (berlaku kejadian relung masa, yang mengakibatkan Ryan 'termasuk' ke dalam zaman purba buat sementara waktu akibat kebakaran minyak di loji milik keluarganya). Orang yang pertama mengetahui  Carol mengandung setelah pulang dari zaman Mesir Purba dan kurang menyukai Abmando Rapman dan Jimmy Brown yang dianggap kurang serius dalam menjalinkan hubungan dengan adiknya itu. Berdasarkan maklumat yang masih belum sahih, didapati bahawa sebenarnya Ryan bukan anak kandung Conten dan isterinya, sebaliknya anak angkat yang ditemui di hadapan sebuah makan lama. Ryan juga akhirnya berjaya menemui mumia Memphis yang dicuri dan mendapati wajah mumia itu adalah menyerupai dirinya dan sekaligus membongkar pertalian antara Memphis dan Ryan - Ryan adalah 'penjelmaan semula' Memphis untuk bertemu semula dengan Carol pada abad ke-21.


5. Ishmin aka Ishfaq Minhaz - Putera Mahkota Kerajaan Hittite yang terkenal dengan kebolehannya dalam peperangan. Seorang yang kacak, bijak, licik, agak kejam namun berjiwa pahlawan. Sangat memusuhi Memphis, kerana dipercayai telah cuai  dalam menjaga serta terlibat dalam konspirasi membunuh adik perempuannya, Puteri Milanum. Jatuh hati terhadap Carol pada pandang pertama (ketika ke Mesir untuk menyiasat punca kematian adiknya). Pada permulaan, dia mahu menggunakan Carol sebagai 'tawanan' bagi menghapuskan Memphis, tetapi sikap Carol yang berani, sentiasa cuba melarikan diri darinya, tidak mudah mengalah serta tidak takut dengan sistem monarki (pemerintah beraja) menyebabkan Ishmin terpikat padanya. Dia sentiasa beranggapan bahawa perkahwinan antara Carol dan Memphis adalah tidak sah dan mencari peluang untuk membawa pulang Carol ke Hittite, supaya dapat memperisterikannya. Sangat mengambil berat akan keselamatan serta kesejahteraan hidup Carol serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya, meskipun terpaksa menggunakan khidmat ahli sihir untuk 'menghilangkan ingatan' Carol terhadap suaminya sekaligus mengahwininya. Status dirinya dan Carol adalah tidak jelas, iaitu sama ada mereka adalah suami isteri atau tidak kerana Carol sama sekali tidak mengakui kesahihan perkahwinan tersebut. Kecederaan di bahu kanannya yang tidak dapat disembuhkan diakibatkan daripada Ryan, yang mana muncul secara tiba-tiba ketika kebakaran berlaku dan menyebabkan terjadinya 'relung masa'. Kemahirannya dalam peperangan sangat unggul, tetapi mudah teralih sekiranya dikejutkan dengan perkara yang berkaitan dengan Carol. Sebagaimana kaum lelaki Hittite yang lain, Ishmin turut menyimpan rambut yang panjang dan diikat sepanjang masa berdasarkan tradisi bangsanya, yang membuatkannya kelihatan seperti seorang wanita.





6. Unasu - Pengawal peribadi Memphis, yang kemudiannya dijadikan sebagai pengawal peribadi Carol. Bekas hamba yang diambil oleh Memphis bagi menjadi penyiasat untuk mencari atau menyiasat tentang musuh dalam kerajaan pemerintahan Memphis. Sangat patuh dengan arahan Memphis dan menjaga Carol dengan penuh berhati-hati tanpa mengambil berat akan keselamatannya sendiri. Sentiasa mengiringi Carol di mana-mana sahaja dan seringkali terlibat di dalam kesusahan kerana melindunginya. Seorang yang mudah curiga, taat, setia dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan; iaitu sama ada di istana atau ketika mengiringi Carol keluar dari Mesir. Mahir dalam kemahiran berpedang dan berperang.



7.  Ruka - Identiti sebenarnya adalah pengawal peribadi yang paling dipercayai oleh Ishmin. Sangat taat dan setia kepada Ishmin, walaupun berada di dalam penguasaan Memphis (sebagai pengawal peribadi kepada Carol). Dia telah dihantar ke Mesir dengan misi untuk melindungi Carol, menjadi perisik di dalam kerajaan Mesir dan membawa gadis itu kepada Ishmin apabila mempunyai kesempatan untuk melarikannya. Dia telah menggunakan pelbagai usaha untuk melarikan Carol, tetapi sentiasa gagal atas faktor nasib dan sebagainya. Sentiasa beranggapan bahawa Carol adalah lebih sesuai untuk menjadi isteri kepada Ishmin berbanding Memphis, kerana merasakan mereka lebih sepadan apabila disatukan. Sangat mengambil berat akan keselamatan Carol dan juga Ishmin serta akan menghantar sebarang berita atau maklumat berkaitan Carol kepada Ishmin menerusi kiriman burung secara rahsia. Kadangkala merasa bersalah dengan Carol, tetapi atas desakan tugas serta kepercayaannya bahawa Carol adalah lebih sesuai untuk Ishmin, dia meneruskan tugasnya itu. Seorang yang terancang, pandai berlakon, mudah mendapatkan kepercayaan orang lain, teliti, berhati-hati dan licik.


8. Argon - Pemerintah Kerajaan Assyria. Dikenali umum sebagai seorang yang sangat kejam, gemar menggunakan taktik kotor dalam mencapai kemenangan ketika peperangan. Seorang kaki perempuan yang sangat ditakuti, kejam, licik serta tamak. Bercita-cita untuk memiliki Carol, setelah melihatnya sendiri semasa ke Mesir. Beranggapan bahawa dengan memiliki Carol, dia akan berjaya menawan Mesir untuk tunduk padanya. Mempunyai seorang adik yang mempunyai personaliti yang berbeza. Telah mengarahkan gundiknya, Jamari untuk menjadi pengintip buat sementara waktu di dalam istana. Sangat mendendami Memphis dan Carol setelah kerajaannya dijatuhkan oleh mereka serta kekalahan yang amat memalukannya sepanjang hayat - kehilangan sebelah dari lengannya setelah bertarung dengan Memphis.


9.  Ragashu - Pemerintah Kerajaan Babylon. Merupakan orang yang sangat licik dan gemar 'menangguk di air yang keruh'. Dia sentiasa menyimpan niat untuk menjatuhkan dan menawan Mesir sebagai salah satu jajahan Babylon. Pada luaran kelihatan sangat peramah dan sopan, tetapi hakikatnya dia adalah seorang kaki perempuan. Perkahwinannya dengan Isis sebenarnya merupakan salah satu daripada rancangan untuk menawan Mesir, ditambah kecantikan Isis yang dianggap calon yang sesuai untuk dijadikan Permaisurinya. Dia bersetuju dengan dengan syarat yang dinyatakan oleh Isis untuk membunuh Carol, tetapi dengan senyap-senyap merancang untuk menawan Carol di Babylon; supaya kerajaannya akan lebih kuat berbanding Mesir. Seorang yang perahsia dan kejam, iaitu apabila menggunakan 'penyamar' untuk keselamatannya sendiri dan sanggup membunuh orang lain untuk membuktikan kepada Isis bahawa 'Carol' telah mati dibunuh di hadapannya. Sangat mudah mempercayai ramalan dan diperdaya. Sangat gembira apabila mengetahui Isis telah mengandung dan mengarahkan tenteranya berundur serta-merta dari kawasan peperangan.


10. Minos - Pemerintah Kerajaan Minoa. Mempunyai seorang ibu yang sangat menyayanginya, sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian/permintaan puteranya. Mempunyai seorang abang, yang tidak diketahui kewujudannya (dirahsiakan oleh ibunya dan semua pembesar). Pada mulanya, Minos adalah sangat lemah, kerana dikatakan menghidap penyakit serius berkaitan pernafasan sehingga kemudiannya dikenalpasti oleh Carol sebagai penyakit lelah. Penyakitnya berjaya diubati dan sihat seperti sediakala. Jatuh cinta dengan Carol secara diam-diam kerana sikap Carol yang baik hati, mesra, ramah ditambah lagi dengan kecantikan semulajadinya; membuatkannya tidak mahu membenarkan Carol pulang ke Mesir sebaliknya ingin menjadikannya sebagai isterinya. Rancangannya untuk 'mengahwini' Carol bagaimanapun gagal, setelah Ataurus melarikan Carol ke gua. Seorang yang mudah dipengaruhi, sangat mentah dalam pentadbiran dan politik istana serta mudah cemburu. Masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Carol adalah Permaisuri Kerajaan Mesir, isteri kepada Memphis; tetapi akur setelah melihat kewibawaan Memphis yang mengatasi dirinya sebagai pemerintah sebuah kerajaan.


11. Ataurus - Putera Kerajaan Minoa dan abang sulung kepada Minos. Keadaan fizikalnya adalah berlainan dari manusia biasa, dan disembunyikan di dalam gua. Oleh itu, takhta Kerajaan Minoa telah diserahkan kepada Minos yang berfizikal normal setelah kemangkatan ayahanda mereka. Boleh berkomunikasi dengan ikan dolpin serta meramalkan kedatangan musuh ke dalam negaranya melalui gelombang air. Digambarkan sebagai seorang yang pendiam, mudah cemburu, kurang mendengar nasihat/teguran orang lain, lebih suka menyendiri, ingin disayangi dan dicintai namun masih mempunyai sifat kebinatangan, yang mana akan mencederakan musuh dengan sangat teruk. Setelah mengetahui kedatangan Carol untuk merawat adiknya, dia sentiasa ke kamar tidur Carol untuk menatapnya semasa tidur dan meninggalkan beberapa kuntum bunga yang membuktikan bahawa dia sudah meminati Carol. Merampas Carol daripada adiknya ketika Carol 'ditawan' di istana bawah tanah dan telah bertarung dengan Memphis (dengan tujuan membunuh) untuk memperoleh Carol secara 'keseluruhannya'. Berdendam dengan Memphis dan masih berniat untuk melarikan Carol dari Mesir sekiranya berkesempatan melakukannya.


12. Abmando Rapman - Anak kepada usahawan minyak terkaya dari Arab. Seorang lelaki yang menjadi kegilaan ramai wanita seusia Carol, yang mana bercita-cita ingin menjadi isterinya. Bertemu dengan Carol secara kebetulan, terdampar di kawasan penggalian minyak milik keluarganya (dibawa pulang ke abad 21 semula). Pada mulanya, menyangka Carol seorang wanita yang kurang siuman, tetapi berubah setelah mengetahui latar belakang Carol yang sebenar. Seorang lelaki yang budiman serta sangat menghargai kaum wanita. Pertemuan di antaranya dan keluarga Carol berlangsung dengan tidak begitu baik - akibat salah faham; kerana Carol didapati mengandung setelah dibawa ke hospital yang mana mengundang kecurigaan kepada keluarga Carol bahawa dia adalah lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut (Carol sebenarnya mengandungkan anak Memphis). Bagi meleraikan salah faham itu, akhirnya dia membuat keputusan untuk mengahwini Carol; kerana dia sudah mula menyintai wanita itu. Tindakan itu mengundang kemarahan Ryan dan Jimmy, namun akhirnya mengalah setelah melihat kesungguhan jejaka itu. Banyak membantu keluarga Carol dalam mencari semula Carol, setelah didapati hilang ketika dalam perjalanan pulang ke Tanah Besar Arab bagi melangsungkan perkahwinan mereka, yang dianggap misteri oleh semua pekerja yang menjadi saksi peristiwa itu - Carol berpakaian lengkap Permaisuri zaman Mesir Purba ketika kali terakhir dilihat.


13. Amazones - Raja Kerajaan Amazon. Mempunyai seorang adik yang dipercayai diseksa ketika dijadikan tawanan perang di Kerajaan Hittite. Seorang yang kelihatan tenang, berhati-hati, penyayang dan mengambil berat akan keselamatan orang lain. Menganggap Carol sebagai 'dewi yang dihormati' dan menyimpan sebelah daripada subang kepunyaan Carol yang ditemuinya ketika membantu Carol dari diserang lembu ganas di Kerajaan Minoa. Berjaya membantu Carol 'memulihkan' ingatannya dari ilmu sihir yang dikenakan ke atasnya dan membawa Carol keluar dari istana milik Ishmin ketika malam 'perkahwinan' mereka. Membantu Memphis dalam usaha mencari Carol yang hilang setelah dilarikan oleh Ruka (yang tidak diketahui oleh semua orang) secara sembunyi, sebagai membalas budi Carol yang berjaya menyembuhkan adiknya. 


14. Jamari - Seorang perempuan yang cantik, lemah gemalai dan lembut. Tetapi, dari segi dalaman dia seorang yang pantang apabila maruahnya dicabar, mudah cemburu serta yakin diri. Pada mulanya merupakan gundik yang paling disayangi oleh Argon. Namun, Argon yang telah 'terpikat' dengan kecantikan dan keberanian Carol, menyebabkannya dipinggirkan dan diabaikan. Terhina dengan tindakan Argon dan ingin melihat sendiri siapakah Carol dan apakah 'kelebihan' yang ada pada gadis itu, dia telah menyamarkan diri sebagai 'orang yang menyelamatkan Carol dari lemas di Sungai Nil' kepada Memphis. Tindakan itu dipercayai oleh Memphis dan dia dilayan dengan istimewa. Sepanjang menetap di istana, dia telah membandingkan perbezaan watak di antara Memphis dan Argon, sekaligus membuatkan dia jatuh cinta dan ingin terus menetap di Mesir. Oleh itu, dia berharap agar Carol tidak ditemui namun gagal. Akhirnya, kembali kepada Argon namun masih berharap agar suatu hari kelak dia akan dapat bersama dengan Memphis.


15. Cafra - Puteri kepada Raja Libya. Mempunyai kulit yang gelap, namun dianggap bahawa dirinya masih menawan dan boleh memenangi cinta orang lain. Seorang yang tamak, gelojoh, tergesa-gesa dalam tindakan, tidak suka apabila orang lain memiliki sesuatu yang disukainya dan tidak mudah berputus asa. Dihantar ke Mesir untuk berunding dan membincangkan mengenai kerjasama di antara Mesir dan Libya, menggantikan ayahandanya. Setibanya di Mesir, dia sangat teruja dengan ketampanan Memphis dan ingin memilikinya. Sangat yakin bahawa Memphis akan 'memilih' dirinya sebagai Permaisuri, kerana 'kecantikan unik' yang ada padanya berbanding Carol yang dianggap 'pelik dan hodoh'. Sentiasa cuba mencari perhatian dari Memphis, membuatkan dia tidak kisah melakukan apa juga cara untuk memikatnya, termasuk dengan sengaja memakai pakaian, perhiasan dan wangian Carol (semasa Carol tiada di Mesir akibat diculik). Ini menimbulkan salah faham dan cemburu kepada Carol yang mendorongnya untuk melarikan diri (merajuk) dari Memphis tanpa menyedari ia sebenarnya perubahan yang dialami kerana sudah mengandung (biasalah, orang mengandung ni kadangkala ada yang sensitif). Pernah berpakat dengan Kapta untuk meraih sokongan bagi memiliki Memphis, tetapi gagal. Akhirnya, pulang ke Libya dengan ayahandanya setelah keinginan untuk menjadi isteri ditolak mentah-mentah oleh Memphis. Tetapi, dia masih berharap Memphis akan datang ke Libya untuk mengambilnya sebagai isteri dan menjadikannya Permaisuri Kerajaan Mesir (beranggapan dirinya lebih mulia dari Carol yang merupakan 'bekas hamba' dan layak menjadi Permaisuri. Dia tidak ingin menjadi gundik).


Nota: Terdapat lagi watak-watak lain, tetapi tidak disebutkan kesemuanya. Bacalah manga ini untuk mengetahuinya.

Penilaian : Gaya penceritaan yang menarik, lebih-lebih lagi mengenai sejarah Mesir dan negara-negara sekitarnya. Harus dibaca untuk meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah masa lampau. Penceritaan mengenai kisah cinta antara Carol dan Memphis yang penuh dengan halangan juga menarik perhatian.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana nak cari manga ni? Dah lama cari tp x jumpa. Please reply to my email raihana23@yahoo.com
Tq

Tanpa Nama berkata...

Sy nk.bli buku ni blh..atau klu x mo juai sy nk pnjm bca blh

Buih Yang Berterbangan