BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Idola & Koleksi Pembacaan

Assalamualaikum...syukur ke hadrat Illahi..akhirnya dapat hamba melakar tinta di halaman yang terhad ini. Di sini ingin hamba berkongsi mengenai idola hamba dalam bidang penulisan novel dan lukisan. Sejak kecil lagi, hamba sangat minat membaca. Keadaan ini disebabkan hamba telah biasa dikelilingi oleh insan-insan yang gemar membaca, terutama ayahanda saudara dan ayahanda sendiri...Di rumah, boleh dikatakan bahan bacaan hamba melibatkan pelbagai jenis genre; meliputi bahan rujukan, buku ilmiah, komik dan majalah. Baiklah, ingin hamba perkenalkan idola hamba serta koleksi pembacaan hamba.

Idola hamba adalah Encik Ramlee Awang Murshid, seorang wartawan penyiaran di RTM dan juga seorang novelis yang menulis novel berunsur thriller. Beliau kemudian diangkat sebagai penulis thriller no.1 di Malaysia. Hamba amat menyukai novel beliau yang mengandungi pelbagai unsur, ditambah dengan penyampaian beliau yang bersahaja serta turut menyelitkan elemen ilmu dunia dan akhirat yang seimbang di dalam hasil-hasil karya beliau. Sehingga kini, hamba masih mengumpul hasil karya beliau dan insyaallah, akan cuba menuruti jejak langkah beliau. Di sini hamba berikan sedikit info berkaitan beliau yang dipetik dari laman web Karangkraf, iaitu syarikat yang telah menerbitkan hasil karya beliau pada umum.
 


Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.
Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan 16 buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). Hasil Penulisan beliau adalah..

1. A.D.A.M : Aku Darah Anak Malaysia (mempunyai versi Bahasa Inggeris iaitu PERSONAL JUSTICE)
2. Semangat Hutan (diikuti sekuel seterusnya; Tombiruo dan Tombiruo Terakhir)
3.Bagaikan Puteri (diikuti sekuel seterusnya; Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir)
4. Ranggau
5. Sembilan Nyawa
6. Ungu Karmila
7. Satu Janji
8. Rahsia Perindu
9. Mikhail
10. Mandatori
11. Hatiku Di Harajuku
12. Rayyan Fantasi
13. Fiksyen 302 (Terbaru)

Hamba memiliki koleksi novel dan bacaan yang agak banyak, antaranya :

Koleksi Novel 

1. A.D.A.M : Aku Darah Anak Malaysia (Ramlee Awang Murshid)
2. Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir (Ramlee Awang Murshid) - Koleksi Lengkap
3. Harry Potter & The Half-Blood Prince (J.K Rowling)
4. Mantera Hitam dan Raungan Mantera (Serunai Faqir) 
5. Rahsia Agenda Alam Hitam I & II : Kelahiran MufradVamphra (Zehann Ur Rakhie)
6. Ku Seru Namamu (Ilani Mysara)
7. Tidak Seindah Senyumanmu (Hamiza)
8. Harry Potter & The Deathly Hallows (J.K Rowling) - Versi pdf.
9. Sembilan Nyawa (Ramlee Awang Murshid)
10. Kau Ku Seru (Hasrudi Jawawi)
11. Fiksyen 302 (Ramlee Awang Murshid)
12. Semangat Hutan, Tombiruo dan Tombiruo Terakhir (Ramlee Awang Murshid) - Koleksi lengkap
13. Hadirnya Cinta (Pitteriah Abdullah)
14. Perangkap Ajal (Zaer Rihaz)
15. Penunggu Cinta (Zyra Safiya)
16. Alam Lagenda - Aku Dan Lagenda (Fairuz Nizam)

P/s : Terdapat beberapa buah buku yang dipinjam oleh rakan-rakan iaitu;
1. Rahsia Agenda Alam Hitam: Kelahiran Mufrad (Akmalrudin) - Sedih, dia kata hilang.....kena 
cari balik la nampaknya
2. Ku Seru Namamu (Asmadiah, bonda saudara)
3. Rahsia Lagenda Alam Hitam : Vamphra (Husain, adinda) - tak pasti ke mana hilangnya...kena cari jugak le nampaknya

Koleksi Komik & Manga

1. Naruto dan Naruto Shippuden (Vol 1- kini)
2. Mahou Sensei Negima atau Magic Teacher (Vol 1-29; kini)
3. Lagenda Anak Naga (Vol 5, 8 dan 9) - Belum lengkap
4. Eye-Shield 21 (Vol 17) - Belum lengkap
5. Bleach (Vol 1-6) - Belum lengkap
6. Helios Eclipse; karya tempatan: Kaoru (Vol 1,2,4,5) - Belum lengkap
7. Snap!; karya tempatan Xanseviera
8. Gempak, Starz dan Etopia - Belum lengkap
9. Kreko - Koleksi bersama dengan adinda ketiga: Husain
10. Animax-Magazine (ditempah terus dari kedai India di Kuala Lipis)


Koleksi Majalah & Bahan Ilmiah

1. Majalah SAJI (majalah kegemaran hamba & bonda)
2. Majalah REMAJA (berhenti beli sebab tak begitu gemar subjek fesyen dan peralatan hiasan yang bagi hamba agak melecehkan & seolah menunjuk-nunjuk)
3. Majalah PC (mula beli sejak Tingkatan 4, ada juga yang miss, sebab tengok isi kandungan yang perlu masa tu)
4. Buku himpunan Zikir dan Panduan Menjadi Isteri, Anak dan Wanita Yang Solehah.
5. Riwayat Hidup Saiditina Khadijah dan Saiditina Aisyah.
6. Mengurus Kerjaya Dan Masa
7. Tahap Meningkatkan Kecekapan Dalam Kerja seperti Orang Jepun
8. Cara-Cara Menjana Kewangan Menerusi Blogger
9. Strategi Dalam Perniagaan, Feng Shui dan kaitannya dengan Falsafah Peperangan Sun Tzu.
11. Strategi Peperangan Sun Tzu dalam Perniagaan (Insurans & Setiausaha)
12. Bagaimana untuk menjadi seorang setiausaha yang baik; Tips & Cara-Cara.
13. Cara-cara Menghadapi Kehidupan Di Universiti (Siswa & Siswi)
13. Bagaimana Cara Untuk Menghindarkan Stress 
14. Kamus Dwi-Bahasa; Melayu - Jepun
15. Aisyah Ummu Mukminin : Keanggunan Sejati.


Buih Yang Berterbangan