BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Khamis, Oktober 06, 2011

Baby-Faced Beauty/동안미녀 - Korean Drama (Youthful Beauty / Pretty Young Woman)




Sinopsis drama : 

      Drama ini adalah mengenai seni rekaan fesyen yang berlaku pada masa kini. Watak utama, Lee So Young (Jang Na Ra) adalah seorang wanita yang masih bujang, walaupun sudah berusia 34 tahun. Sungguhpun begitu, So Young dikurniakan dengan wajah yang sentiasa kelihatan muda (baby-faced) sehingga menyebabkan ramai orang salah faham dengan anggaran usia sebenarnya. So Young sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen terkenal, tetapi disebabkan keadaan keluarganya yang tidak stabil ketika itu (ayahnya meninggalkan keluarga), menyebabkan dia terpaksa melupakan impiannya itu. Disebabkan faktor usia, So Young telah dipecat daripada pekerjaannya, menyebabkan So Young resah kerana menanggung keluarganya; ibunya yang sakit dan adiknya, Lee So Jin (Oh Yeon Seo), berusia 25 tahun yang bersikap penggoda. Akibat salah faham, So Young telah bertemu dengan Choi Jin Wook (Daniel Choi) yang berusia 7 tahun (27 tahun) lebih muda darinya. Lebih menyulitkan keadaan, disebabkan wajahnya yang kelihatan muda itu, So Young diterima bekerja di sebuah perusahaan fesyen terkenal iaitu The Style dengan menggunakan nama adiknya, Lee So Jin. 

      Syarikat itu diterajui oleh Ji Seung Il (Ryu Jin), seorang lelaki berusia 35 tahun yang kelihatan sombong, bongkak dan dingin; tetapi sebenarnya adalah seorang yang mesra, penyayang dan mengambil berat. Seung Il adalah seorang duda, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ji Hyeon Yi (Ahn Seo Hyun). Sikap So Young yang positif, naif, mesra dan tidak mudah berputus asa menyebabkan Hyeon Yi sangat rapat dengannya. Sikapnya amat berlainan terhadap kenalan ayahnya, Kang Yoon Seo berusia 26 tahun (Kim Min Seo) yang bekerja di syarikat ayahnya semata-mata untuk lebih 'rapat' dengannya. Yoon Seo sebenarnya telah lama menyintai Seung Il sejak menuntut di universiti, tetapi disebabkan Seung Il telah berkahwin ketika itu, dia mengambil keputusan untuk ke luar negara. So Young menempuh pelbagai rintangan dan halangan bagi menunaikan impiannya. Namun, tanpa diduga, segala kelakuannya dan tindakannya itu mendapat perhatian daripada dua orang jejaka yang menyukainya dalam diam. Dapatkah So Young mencapai cita-citanya atau terhalang di tengah jalan? Adakah dia akan dapat bertemu dengan jejaka yang dapat bersama-sama dengannya untuk menuju ke arah itu?





Watak-Watak Utama:



Lee So Young - Berusia 34 tahun, tetapi mempunyai wajah yang sentiasa muda (baby-faced) menyebabkan ramai yang salah faham dengan anggaran umur sebenarnya. Bercita-cita tinggi, ingin menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal sejak sekolah menengah tinggi lagi. Tidak dapat meneruskan pembelajaran di universiti disebabkan masalah keluarga, dan dibuang kerja disebabkan faktor usianya yang sudah lanjut. Diterima bekerja sebagai pembantu pereka fesyen group 5 di syarikat fesyen terkemuka Korea, The Style dengan menggunakan identiti adiknya, Lee So Jin. Bersikap positif, tidak mudah putus asa, penyabar, mudah mengasihani orang lain, gemar dengan kanak-kanak (melalui pergaulannya dengan Hyeon Yi) dan keras kepala. Seorang yang sangat kreatif dan bijak serta berpengalaman dalam industri fabrik, disebabkan pengalamannya bekerja di syarikat fabrik selama 14 tahun. Berperwatakan seperti lelaki, tetapi masih bersikap feminin. Mudah meluahkan perasaannya ketika mabuk (jangan ikut perangai ini) dan sangat suka memakan daging khinzir rebus. Wataknya dijayakan oleh Jang Na Ra.


Choi Jin Wook - Berusia 27 tahun. Seorang jejaka yang agak serabut, suka melakukan sesuatu mengikut kehendak hati dan keras kepala. Cuai dalam melaksanakan tugas, tetapi sentiasa bersungguh-sungguh dalam kerjanya. Bekerja sebagai MD di The Style. Seorang yang setia dalam persahabatan dan akan membantu rakan-rakannya di dalam kesusahan. Sikap cuai dan kurang sabarnya kadang-kala mencetuskan konflik pada dirinya atau menyusahkan dirinya sendiri. Sungguhpun begitu, identiti sebenarnya adalah anak kepada pengusaha restoran yang menjual daging khinzir rebus yang terkenal di Seoul, Korea. Rakan serumahnya memanggilnya sebagai "Prince" yang bermaksud "Putera". Lebih gemar hidup berdikari dan ingin memperolehi pengalaman luar berbanding bergantung kepada ayahnya. Wataknya dijayakan oleh Daniel Choi.


Ji Seung Il - Berusia 35 tahun. Seorang duda beranak satu. Anak perempuannya dijaga oleh bekas isterinya (tidak pernah kelihatan dalam drama ini), dan akan menjaga anaknya itu 3 hari dalam seminggu. Presiden syarikat The Style yang dihormati dan disegani kerana ketegasan, kepimpinan dan ketelusannya dalam membuat keputusan. Watak luarannya kelihatan dingin, kurang mesra, tidak gemar bergaul, ego tetapi sebenarnya seorang yang penyayang, mesra, peramah dan gemar membantu. Seorang yang tenang dan tidak mudah melatah sekiranya berhadapan dengan masalah, sebaliknya menghadapinya dengan baik. Mudah berprasangka dan akan marah sekiranya terganggu. Berkahwin ketika masih menuntut di universiti, tetapi berpisah atas sebab yang tidak diketahui. Wataknya dijayakan oleh Ryu Jin.


Kang Yoon Seo - Berusia 26 tahun. Seorang pereka fesyen terkemuka, yang mana hasil rekaannya terkenal di dalam dunia fesyen moden. Bekerja di The Style sebagai Ketua Pereka Kumpulan 1. Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Perancis dengan fasih. Sangat mencintai Seung Il dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memperoleh cintanya. Seorang yang cepat cemburu, menyimpan dendam, merasakan dirinya sentiasa yang terbaik, tidak suka dikritik dan yakin diri. Sentiasa beranggapan anak Seung Il, Hyeon Yi sebagai penghalang untuknya mendekati kembali Seung Il. Memanggilnya dengan gelaran "Oppa" yang bermaksud "Abang". Berhijrah ke luar negara dengan alasan melanjutkan pelajaran, apabila mendapati Seung Il berkahwin. Anak perempuan kepada salah seorang pemegang saham The Style, Jang Ki Hong. Wataknya dijayakan oleh Kim Min Seo.


Watak-Watak Sampingan : 


Lee So Jin (Oh Yeon Seo) - Adik kepada Lee So Young. Berusia 25 tahun. Cantik, berkarisma dan kurang mirip dengan kakaknya. Seorang 'kaki cukur' dan suka mengambil kesempatan dengan mempermainkan lelaki-lelaki yang telah beristeri semata-mata kerana wang. Boros, pemeras ugut dan kurang matang. Tetapi, baik hati, prihatin, manja dan kadang-kala agak menjengkelkan.



Ji Hyeon Yi (Ahn Seo Hyun) - Satu-satunya anak perempuan kepada Ji Seung Il dengan bekas isterinya. Seorang yang agak menjengkelkan, gemar memberi arahan dan tidak suka kehendaknya ditolak. Boleh berfikir dengan lebih matang berbanding kanak-kanak seusia dengannya, lebih mengejutkan dia lebih mampu berfikiran logik dan memberikan pendapat sebagaimana orang dewasa. Mempunyai anak patung yang diberi nama "Jessica" yang mana merujuk kepada dirinya sendiri. Masih trauma dengan penceraian kedua ibu bapanya, tetapi lebih rapat dengan ayahnya. Ayahnya memberi gelaran "Princess" padanya yang bermakna "Puteri".


Jung Ok (Kim Hye Ok) - Ibu kepada Lee So Young dan Lee So Jin. Kelihatan agak berat sebelah dan kasar dalam berbicara, tetapi baik hati dan mengambil berat akan anak-anaknya. Mengusahakan gerai secara kecil-kecilan.




Ji Joo Hee (Hyun Young) - Adik perempuan kepada Ji Seung Il dan kawan sekelas Lee So Young ketika menuntut di sekolah tinggi. Berusia 34 tahun. Diceraikan oleh suaminya yang telah berkahwin lain di luar negara. Sangat sensitif, lemah lembut, suka memberi nasihat kepada abangnya dan membantu menjaga anak saudaranya, Hyeon Yi sekiranya abangnya sibuk bekerja. Bergelar Professor dalam bidang industri fabrik dan kadangkala membantu abangnya di syarikat.


P/s : Sungguhpun dalam cerita ini ada menyatakan tentang khinzir dan arak, kita ambil jalan cerita yang positif. Jangan ambil yang negatif. Harap anda semua terhibur apabila menonton drama ini (pada yang belum melihat drama ini). Seluruh kredit diberikan kepada Natnavip yang telah bertungkus-lumus menyiarkan drama ini untuk tatapan secara on-line. Hamba cuma berkongsi cerita dan pendapat, hak milik adalah oleh beliau dan beliau lebih berhak ke atasnya.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan