BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Isnin, April 19, 2010

Ryuuroden aka Lagenda Anak Naga

Penulis & Pelukis : Yoshito Yamahara

Genre : Sejarah, Fantasi, Aksi, Pengembaraan, Seni Mempertahankan Diri & Percintaan.

Sinopsis Cerita
Mengisahkan 2 watak utama, iaitu Shiro Tenchi dan Masumi Izumi; pelajar tahun ketiga Sekolah Tinggi di Jepun yang telah 'dihantar' ke zaman pergolakan China, iaitu "Zaman Tiga Kerajaan" ketika dalam penerbangan lawatan cuti musim panas. Keadaan ini telah menimbulkan keadaan yang 'berlainan', terutama berkaitan dengan 'perjalanan' atau jalan cerita yang sepatutnya berlaku di dalam sejarah. Ia secara tidak langsung mengakibatkan Shiro dan Masumi terpaksa mengadaptasikan kehidupan tersebut dengan segera. Mereka terpaksa memastikan bahawa sejarah tetap berjalan seperti yang telah termaktub di dalam buku-buku sejarah moden yang mereka pelajari, supaya tidak berlaku ralat di dalam dunia asal mereka, iaitu pada abad ke-21. Di dalam zaman huru-hara tersebut, mereka telah digelar sebagai 'Anak Naga' dan 'Dewi Naga', berdasarkan kepercayaan masyarakat China pada masa dahulu di samping ketibaan mereka yang diiringi oleh seekor naga yang gagah. Misi mereka kini adalah untuk pulang semula ke abad-21 tanpa meninggalkan kesan sejarah 'kewujudan' mereka di zaman tersebut, selain daripada menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku sebagaimana yang 'sepatutnya' berlaku di dalam sejarah, serta menghalang Chung Ta dari mencapai cita-cita jahatnya; supaya tidak berlakunya percanggahan sejarah pada masa hadapan.


Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Shiro Tenchi - Seorang remaja yang dianggap nakal, sering bangun lewat ke sekolah, anak yatim dan tidak mempunyai wawasan dalam hidupnya. Namun, sebenarnya merupakan seorang yang pintar, yakin diri, bijak menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan serta mampu untuk merancang strategi sekiranya berada dalam keadaan yang terdesak. Berdarah campuran Jepun (ayah) dan China (ibu), serta memiliki sebuah loket pusaka daripada mendiang ibunya, namun loket itu telah terbahagi dua kerana gegaran yang kuat; Shiro kemudian memberikannya kepada Masumi sebagai 'tanda' sama ada menandakan mereka masih hidup dan kembali semula ke dunia asal mereka. Berkebolehan mempelajari seni mempertahankan diri dalam masa yang singkat, dan sekaligus menjadikan dia sebagai seorang Jeneral Muda yang disegani pada zaman tersebut. Dikenali sebagai 'Anak Naga' dan 'Perunding Ketenteraan Anak Naga', yang mana kemahirannya dalam merancang strategi ketenteraan adalah hampir menandingi Kong Ming, iaitu 'Perunding Ketenteraan Berakal Naga'. Namun, sebenarnya tindakan atau 'strategi' yang dilakukannya adalah menyerupai tindakan yang dinyatakan di dalam buku sejarah yang dipelajari dan dihafalnya sejak di sekolah. Sungguhpun begitu, Shiro sangat kecewa kerana tidak dapat mengelakkan peristiwa pembunuhan besar-besaran oleh tentera Cao Cao. Campur tangan Chung Ta dalam kehidupan mereka lebih menyulitkan keadaan, sehingga menyebabkan sejarah hampir lari dari 'landasan asal' membuat Shiro tidak lagi dapat 'meramalkan' apa yang berlaku sebagaimana yang terdapat di dalam sejarah.


2. Masumi Izumi - Seorang gadis yang aktif, pintar, rajin mengemas dan memasak serta telah menjaga Shiro dan ayahnya sejak kematian mendiang ibu Shiro. Dikenali sebagai 'Dewi Naga' (ketika kedatangan seekor naga ke istana bagi menyatakan bahawa Shiro masih hidup, menimbulkan tanda di dahinya seperti Shiro) dan telah diculik oleh Chung Ta ke negeri Wei, yang diperintah oleh Cao Cao. Berdarah campuran Jepun dan China, serta berkebolehan bertutur dalam bahasa Cina, selain bahasa Jepun. Berkebolehan menyembuhkan kecederaan dan mampu menimbulkan kesan psikologi ke atas pihak lawan. Amat dihargai oleh Cao Cao dan dianggap seperti anaknya sendiri dengan memberinya gelaran 'Puteri' atau 'Cik Puan'. Memiliki separuh daripada loket pusaka milik ibu Shiro yang diberikan oleh Shiro. Dia sangat mencintai Shiro dan sanggup berkorban untuknya, menyebabkannya bertindak nekad ketika terjadinya peperangan di antara Cao Cao dan Liu Bei. Mayatnya tidak ditemui dan dipercayai masih hidup, sehinggalah didapati bahawa dia sebenarnya telah dibawa oleh jelmaan Chung Ta ke istana Maharaja Han. Maharaja tertawan dengan kecantikan Masumi dan menghendaki dirinya untuk dijadikan Permaisuri. Masumi terpaksa berada di samping Maharaja bagi mengelakkan 'keinginan' dan 'impian' Chung Ta untuk mencetuskan huru-hara sekaligus menumbangkan pemerintahan menjadi kenyataan. Ini kerana jika perkara itu berlaku, sejarah akan berubah dan bermakna dia dan Shiro tidak akan dapat lagi untuk kembali ke zaman mereka buat selama-lamanya.


3. Liu Bei - Seorang pemerintah dan memainkan peranan yang penting dalam "Zaman Tiga Kerajaan". Merupakan abang angkat kepada pejuang yang sangat handal, iaitu Kuan Yu dan Chang Feng. Sangat setia dan dianggap sebagai pemimpin yang sangat baik hati oleh pengikut-pengikutnya. Lebih gemar menggunakan cara yang lembut dan berdiplomasi dalam perbincangan mahupun peperangan. Mempunyai 2 orang isteri, yang ditinggalkan di sebuah kawasan yang tersembunyi kerana bimbang akan diburu dan dibunuh oleh musuhnya. Seorang yang dilihat sangat sederhana dalam kehidupan sehariannya, malah boleh diajak bergurau jika keadaan mengizinkan.






4. Kuan Yu - Seorang pahlawan yang gagah berani dan berbadan sasa. Sentiasa memakai golok bertangkai yang panjang dan digeruni lawan kerana kekuatannya dianggarkan seperti memiliki kekuatan 500,000 orang askar. Mampu menelah keadaan dengan baik dan sempurna. Merupakan adik angkat kepada Liu Bei dan abang angkat kepada Chang Fei. Bersikap dingin, serius dan amat mengambil berat akan keselamatan Shiro serta Liu Bei. Melatih Shiro dalam asas-asas pertarungan. Tidak pernah serius ketika berlawan dengan Shiro, kecuali sekiranya terpaksa mengikut arahan Maharaja ketika peristiwa Shiro cuba melarikan Masumi dari istana, disebabkan desakan kuasa 'asing' yang kemudiannya keluar dari tubuh Shiro. Sungguhpun kelihatan serius, dia masih boleh menunjukkan ekspresi muka yang melucukan serta bergurau bersama-sama dengan rakan-rakannya.


5. Chang Fei - Seorang pahlawan yang gagah tetapi agak terburu-buru dalam tingkah lakunya, berlainan dengan abang-abang angkatnya yang tenang dan lebih serius. Sikapnya adalah kasar, tidak gemar mendengar nasihat dan kurang berhati-hati. Tetapi, dia amat menghormati Liu Bei dan Kuan Yu, sebagai abang angkatnya. Kekuatannya dianggarkan bersamaan dengan memiliki 300,000 orang askar. Sangat gemar meminum minuman keras, terutama semasa sedang dilanda masalah atau setelah menang dalam peperangan. Sentiasa menang dalam pertandingan meminum minuman keras (arak), namun rekodnya itu telah dikalahkan oleh Masumi yang tidak mabuk walaupun telah minum berkendi-kendi tempayan arak. Sangat menyukai Masumi dan berharap agar Masumi akan dapat bersama dengan Shiro untuk pulang ke zaman mereka semula.


6. Kong Ming - Merupakan seorang pelajar dan pakar strategi yang sangat bijak serta terkenal pada zaman tersebut. Dikenali dengan gelaran 'Perunding Ketenteraan Berakal Naga' atau 'Naga Terpendam'. Kebolehannya itu menyebabkan ramai pembesar-pembesar yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai penasihat tentera, tetapi ditolak. Namun, disebabkan kejujuran serta maklumat yang diperolehinya mengenai Liu Bei, akhirnya dia memutuskan untuk berkhidmat kepadanya. Ini mendatangkan kemarahan Cao Cao yang telah lama ingin mendapatkannya sebagai pengikut. Akal dan kepintarannya dikatakan setanding dengan seorang lagi pakar strategi dari Negeri Wu, iaitu Zhou Yun. Mempunyai seorang isteri yang berketurunan India, bernama Yueh Ying yang mahir dengan seni mempertahankan diri dan mempunyai kuasa psikik. Mereka akan kelihatan sentiasa bersama-sama tetapi disebabkan kepercayaan mereka bahawa Shiro akan membawa perubahan dalam 'sejarah', dia sentiasa meminta isterinya memerhatikan gerak geri Shiro supaya tidak 'lari' atau bercanggah dari 'suratan yang telah ditakdirkan bagi seekor naga'. Sentiasa kelihatan membawa kipas yang diperbuat daripada bulu burung helang dan topi (yang kebiasaan dipakai orang-orang terpelajar). Seorang yang gemar bergurau, penyayang, lemah lembut, ramah, baik hati serta bersopan. Tetapi, berubah menjadi sangat serius dan tegas terutama ketika membuat perancangan dalam peperangan. Menjadikan Shiro sebagai timbalan perunding ketenteraan, terutama sekiranya dia tiada di markas atas urusan rasmi.


7. Lian Hua - Seorang gadis yang jelita, namun bersikap agak kelelakian. Sangat pantas dalam pergerakan ilmu meringankan badan dan ilmu mempertahankan diri, membuatkannya digelar sebagai 'Naga Berbaring'.  Mempunyai seorang abang, bernama Dan Fu atau Xu Shu yang merupakan bekas penasihat ketenteraan Liu Bei (mati kerana melindungi Shiro). Pada mulanya, sangat berdendam dengan Shiro yang dianggap merupakan punca kepada kematian abangnya. Namun dia mula berubah setelah melihat Masumi diculik oleh Chung Ta dan Shiro pula 'mati' terjunam dari tebing tinggi (namun terselamat dan kemudian berjaya menyelamatkan Lian Hua semasa peperangan seterusnya). Walaupun wajahnya agak mirip dengan Masumi, tetapi perwatakannya yang kasar, mudah marah serta hyperaktif menyebabkannya ditakuti oleh sebilangan rakan-rakan sekumpulan. Tetapi, masih mempunyai sifat kewanitaan, baik hati, bersimpati dan sensitif dengan nasib anak-anak yatim yang melalui zaman peperangan sepertinya. Menaruh hati terhadap Shiro, namun tidak menyatakannya kerana mengetahui bahawa cinta dan perhatian Shiro hanyalah untuk Masumi dan berharap agar mereka berdua akan dapat bersama semula.


Nota : Watak-watak ini hanya sebahagian daripada watak yang terdapat di dalam manga. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, bacalah manga ini dengan baik..

Penilaian : Manga ini mengajak pembaca untuk memikirkan akibat dan kesan peperangan. Di samping itu, pembaca akan dapat memahami serta mengetahui akan sejarah 'Zaman Tiga Kerajaan' dengan lebih baik.


0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan