Assalamualaikum....hola...buenes aries!!( Maaf kalau hamba silap). Hamba sengaja menambah tajuk ala-ala Mexico, kerana kelihatan tajuknya agak menarik untuk didengar & ditatapi umum...Bukankah tujuan utama blog, adalah untuk memberikan hiburan & informasi yang terbaik, di samping visual yang menarik dan kreatif untuk tatapan semua....Hamba ingin meletakkan tajuk dalam Bahasa Jepun, Cina atau Jawa pula selepas ini...Jadi, selalulah buka blog hamba & nantikan Al-Kisah dari hamba sehari-hari...
Insyaallah juga, jika ada kelapangan akal & masa, hamba akan selitkan sekali ceritera tentang Nabi-Nabi & Rasul, terutama junjungan kita; Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin hamba akan menulis mengenai cerita-cerita dongeng, kerana itu adalah penangan al-kisah dari arwah moyang nenda hamba di Johor & ayahanda saudara (Pak Su) yang gemar bercerita; terutama sebelum hamba & adinda hamba beradu di kamar....terasa rindu pula dengan kenangan yang lalu...seolah ingin kembali menjadi kanak-kanak semula...Namun, hamba akui, ia tak akan berulang semula & akan kekal sebagai sejarah...
Baiklah, di sini hamba lampirkan gambar-gambar kenangan yang menggamit memori hamba; kerana gambar ini diambil oleh sahabat hamba. Maka, hamba tiada simpanan gambar ini sehinggalah hamba berjaya jua akhirnya menyimpannya melalui laman Facebook. Hayatilah gambar ini ya...maaf kerana tiada catatan pada hari ini, kerana tiada ceritera yang menarik untuk dikhabarkan....Baiklah, bertemu kita di lain masa....
Kenangan ketika Semester 2; mengadakan pameran batik di galeri UPSI
(Dari kiri : Bib, Nurra, Hidayah, Idayu & hamba)
Kenangan ketika malam KASWA; yang diadakan di KUO
(Dari kiri : Jessie, Nurra, hamba, Bib, Jamil, Md Din & Hairil)