Papan Pernyataan / Pengumuman
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, terutama rakyat Malaysia yang dicintai. Alhamdulillah, dengan berkat limpah dan kurnianya, maka akhirnya Piala AFF Suzuki 2010 menjadi hak milik mutlak skuad Harimau Malaya kita. Syukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah berkah dari-Nya dapatlah pula negara kita 'merasa' nikmat menjadi juara, terutama menerusi sukan bola sepak kita yang dilihat hambar selama ini. Malah, ini sekaligus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa skuad Harimau Malaya kita telah lama kehilangan taring. Kehadiran pemain-pemain muda yang mana menjadi tunjang dan penggerak kepada pasukan ini memang wajar mendapat pujian umum, khususnya warga Malaysia sendiri bahawa masih ada pemain negara yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan visi dan misi permainan bola sepak negara, malah mencerminkan kematangan setiap pemain, terutama dalam berhadapan situasi yang kritikal dan tekanan semasa berada di padang.
Pemain-pemain Harimau Malaya sebelum permainan bermula