Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan 15 : Chinmoku no Kwota
Terbahagi kepada 5 bahagian
Sinopsis ringkas :
Pihak polis Tokyo menerima aduan daripada Gabenor Tokyo, Asakura Yuuichiro bahawa beliau menerima sepucuk surat berbaur ugutan ke atasnya sehari sebelum perasmian Laluan Touto, iaitu laluan kereta api terbaru bagi Metro Tokyo. Pada hari perasmian tersebut, Conan (Shinichi) bersama-sama Ahli Detektif Muda serta Prof. Agasa dan Haibara Ai sedang melalui terowong laluan kereta yang bersambungan dengan Laluan Touto tersebut. Conan telah menyedari bahawa seseorang telah meletakkan bom di kawasan terowong tersebut; semasa kereta milik Prof. Agasa melepasi penjenayah tersebut (mukanya tidak kelihatan); lalu memaklumkan perkara itu kepada Inspektor Megure yang berada di dalam kereta api tersebut. Tindakan pantas Conan telah menyelamatkan keadaan, daripada berlakunya kehilangan nyawa. Rentetan peristiwa ini membawa Conan dan rakan-rakannya ke Kawasan Perbandaran Baru Niigita, bagi memperolehi bukti serta mencari penjenayah tersebut. Di sana, mereka berkenalan dengan beberapa penduduk dan seorang remaja yang telah kembali daripada koma selepas 8 tahun, Tachihara Touma. Sekembalinya Touma daripada koma, berlaku pembunuhan dan insiden ini membawa Conan untuk merungkai semula kes yang berlaku 8 tahun dahulu. Lebih rumit lagi, rupa-rupanya Touma adalah satu-satunya 'bukti bernyawa' yang menjadi saksi utama kes itu......
Part 1