Assalamualaikum semua rakan-rakan....agak lama hamba menyepikan diri...bersemendi sementara untuk 'merehatkan' diri di pangkuan keluarga, kini hamba kembali sementara bagi menyelesaikan tugasan yang masih belum selesai. Oh ya, hamba juga ingin berkongsi bersama-sama semua mengenai Papa Hero dan kucingnya, iaitu Hero (atau dipanggil Iyo). Baiklah, hamba persembahkan video temuramah PH dengan pengacara TV1 yang dijalankan siaran langsung di studio Angkasapuri. Ini merupakan salinan original daripada PH sendiri (hamba sudah minta izin daripada beliau). Semoga paparan hamba ini akan dapat memberikan ikhtibar dan sama-sama memikirkan, adakah kita pernah menzalimi atau mengasihi haiwan comel kesayangan Rasullullah ini?
Baiklah, ini pula merupakan gambar-gambar yang sempat hamba ambil semasa dalam perjalanan pulang ke Tanjung Malim. Kucing-kucing ini merupakan kucing jalanan yang masih 'terbuang' dan belum diambil orang lagi. Hamba letakkan gambar-gambar ini untuk tatapan semua rakan-rakan. Maaf dipohon, mungkin ada gambar yang blur, kerana menggunakan kamera telefon bimbit, tapi wajarlah hamba nyatakan bahawa kita sebagai khalifah Allah seharusnya lebih peka dan menyayangi haiwan ini. Jika tidak mahu mereka membiak, 'mandul'kan mereka supaya kita tidak jadi insan yang kejam; dengan membuang pula anak-anaknya...sedangkan ibunya disimpan di rumah.
Kucing ini sebenarnya ada banyak kurap serta sudah uzur, ditemui ketika di stesen bas bandar pusat Jengka
Ibu kucing dan anaknya ini pula ditemui di hadapan tandas awam hentian Pekeliling. Geram tengok anak dia yang tembam nie
Akhir kata, sayangilah haiwan dan jangan lokek untuk memberikan rezeki yang ada sekiranya mampu. Mudah-mudahan kita mendapat pahala dan dapat membantu haiwan-haiwan ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan