Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Hamba berharap bahawa semua sihat walafiat hendaknya bersama dengan rakan-rakan dan keluarga yang tersayang. Tidak ketinggalan juga kepada kekasih hati, bakal-bakal pengantin dan lain-lain lagi. Kita semua hidup di bawah negara yang aman dan tenang tanpa sebarang perang dan pertumpahan darah yang besar seperti jiran kita, Thailand dan Indonesia. Seharusnya kita bersyukur dengan apa adanya, bukan meminta-minta yang bukan-bukan malah percuma semuanya. Hidup kita ini pun bukannya percuma, kita kena 'bayar' dengan menghambakan diri kepada Pencipta serta melakukan amal-amal yang bertepatan dengan anutan supaya mendapat ganjaran akhirat yang indah kelak.
Adakah otak kita mampu menjadi seperti ini?
Di sini, ingin hamba berkongsi mengenai keajaiban kuasa minda. Hamba pasti bahawa anda pasti mengenal superhero-superhero yang mana mempunyai kuasa psikik dan minda yang kuat, bukan? Contohnya, Savier dan Jean Grey (Pheonix) dari adaptasi komik Amerika "X-Men". Nampak sangat realistik apabila diterjemahkan ke layar perak, penuh dengan 'gambaran' bahawa manusia yang mempunyai kuasa ini mampu membaca, menganalisis serta memanipulasi pemikiran manusia lain. Namun, percayakah anda semua jika hamba katakan bahawa kita juga mampu untuk menjana kuasa dari minda kita sendiri? Tetapi ia tidaklah sehebat adiwira-adiwira di pawagam ini, namun kehadiran 'kuasa' ini sedikit sebanyak sebenarnya telah pun membantu dalam kita menghadapi kehidupan sehariannya. Dari konteks ini, sebenarnya kuasa minda yang bertapak kuat di fikiran kita adalah 30% berdasarkan kepada gerak hati (instinct), 20% gerak rasa dan 50% lagi adalah berdasarkan usaha (tenaga fizikal). Malah, kuasa pemikiran kita sebenarnya telah lama mampu untuk berhubung dengan manusia yang lain, iaitu melalui pengalihan tenaga tele-kinetik 'tanpa sedar' yang mana kehendak atau pemikiran kita akan dapat dihubungkan dengan tenaga kinetik yang terdapat pada otak seseorang yang lain. Bukan sahaja pada orang yang berhampiran, malah pada individu yang berada berbatu jauhnya! Mustahil bukan?
Jean Grey ketika menggunakan kuasa mindanya untuk menyelamatkan rakan-rakannya dalam sekuel X-Men 2