Ha, ini baru sedikit hidangan yang dimakan oleh salah satu pelanggan di restoran ini, sudah penuh satu meja! Terdapat banyak lagi lauk pauknya! Jom!
Antara artis tempatan yang dah menikmati masakan di restoran ini!! Antaranya Faizal AF4 dan Afdlin Shauki!!
Sedapnya!! Nampak sangat menyelerakan!!! Inilah Gulai Ayam Kampung &Gulai Daging!!
Tengok tu!! Sampai tak menang tangan nak mencedok lauk ini untuk pelanggan! Sampai nak bawa balik lagi! Anda? Bila pula?
Semuanya ada!! Ayam, Daging, Ikan Siakap, Ikan Laut, Udang, Sotong dan macam-macam lagi! Jadi, marilah ke sini jika nak menikmati hidangan ini!!
Di sini juga disajikan hidangan bagi Makanan 1 Malaysia yang mana boleh didapati dengan harga yang berpatutan serta sedap untuk dijamah oleh adik-adik, kakak-kakak dan semua sekalian rakan-rakan.
Murah, bukan? Berpatutan sangat untuk golongan belia yang masih bujang atau hendak mendapatkan hidangan yang lengkap dengan murah dan lazat!
Lihatlah, betapa banyak dan lazatnya masakan yang dihidangkan! A - Z ada! Apa tunggu lagi?!
Jangan risau, terdapat banyak ulam ulaman dan sambal kampung yang mewarnai dan 'berhimpun' di sini! Bagi penggemar ulam-ulaman dan sambal-sambal kampung, terus ke restoran ini dan nikmatilah tanpa had!!
Lebih membuatkan pelanggan di restoran ini 'lekat' di sini adalah dengan rangkaian minuman yang bukan saja lazat serta berlainan dan jarang didapati di restoran-restoran yang lain! Antaranya air kelapa muda, air buah-buahan bergelas besar dan juga air panas dan sejuk. Harganya juga berpatutan dan boleh didapati, bukan sahaja oleh golongan dewasa malah adik-adik juga!
Harga minuman adalah berpatutan dan menyelerakan.
Air buah pelbagai jenis :
Gelas setengah liter (RM3.50), Gelas 1 liter (RM4.50) dan Gelas 2 liter (RM6.00)
Air kelapa muda :
Air kelapa biasa = RM 3.00 sebiji
Air kelapa pandan = RM 3.50 sebiji
Air kelapa biasa = RM2.00 segelas
Dalam pada itu, jangan lupa bahawa restoran ini juga menyediakan tempahan atau hidangan set sama ada secara bufet dan juga untuk majlis perkahwinan! Antara menu yang terkenal adalah Nasi Arab! Nasi ini sangat terkenal dan selalu dipesan oleh para pelanggan kerana keenakan aroma nasi serta lauk yang terdapat di dalam nasi tersebut yang mampu membuatkan air liur anda kecur di dalam kerongkong; serta terus teringin memakannya sebelum tetamu menjamah! Apa lagi, silalah ke Restoran Selera Pok Long untuk membuat tempahan anda sekarang! Anda boleh ke restoran yang dimaksudkan atau menghubungi terus nombor ini iaitu 014-9292964 sekarang juga! Jangan tunggu lama-lama!
Nasi Arab yang sedang 'hangat' diperkatakan orang di sekeliling pekan!!! Sedapnya!!! Pengantin pun garenti nak tambah lagi!!
Kita beralih pada sajian waktu malam. Sajian panas menggantikan sajian tengahari bermula pada jam 5 petang sehinggalah waktu malam! Sajian terkenal antaranya Sup Tulang, Sup Gear Box, aneka masakan panas nasi, aneka masakan panas mee serta Tomyan akan membuatkan anda datang lagi ke restoran ini! Tom Yam di sini adalah pekat, hangat dan menyelerakan!! Mari, mari!! Malah, anda juga boleh memesan TomYam Kelapa, yang mana menjadi hidangan istimewa di restoran ini, dengan harga RM8 yang mana Tom Yamnya dihidangkan di dalam buah kepala dan kuahnya menggunakan isi dan air kelapa itu sendiri! Bagaimana? Sedap, bukan? Apa lagi, silalah ke Restoran Selera Pok Long!!!
Ini adalah senarai harga bagi tempahan keluarga atau individu. Pembetulan : Bagi SET B, harganya ialah RM65 manakala SET C berharga RM95. Boleh hubungi pihak terbabit untuk maklumat lanjut!!
Inilah dia Daging Barbeque Special!!
Ikan Kerapu Masak 3 Rasa & Masam Manis!!
Nasi Goreng Ikan Bubuh Petai!! Sedap!!
Nasi Goreng Ikan!! Harum dan sedap!! Siap ada sambal lagi!!
Nak tahu bagaimana Nasi Goreng USA yang sebenar? Inilah dia!!
Nasi Lemak Daging!! Jarang kita dengar dan rasa semuanya ada di sini!!!
Sup Gear Box ni selalunya rebutan pelanggan lelaki~~Dan memang terbukti sedap!!
Sup Tulang Lembu!! Wah, sedapnya!! Menggoda iman sungguh!!
Jangan tunggu jangan lihat saja, teruslah masuk ke kereta atau hidupkan enjin motorsikal anda dan memecut ke Restoran Selera Pok Long!!
Nanti habis, menyesal tak sudah! Terlepas hari ini, belum tentu sempat hendak 'rembat' pada esok hari!!
Mari, mari dan nikmatilah hidangan dari restoran ini bersama keluarga tersayang!
Bawa adik, kakak, abang, pakcik, makcik, datuk, nenek, ibu dan ayah; dari satu keturunan atau satu bas pun tak apa! Asalkan dapat rasa masakan di sini!
Mari-Mari!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan