Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers!!! Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia, malahan juga seluruh dunia!! Walaupun hamba berlainan bangsa dan agama, tetapi hamba juga gembira kerana bagi hamba setiap perayaan adalah bagi menyatakan kegembiraan dan keharmonian. Ini berpadanan dengan konsep 1 Malaysia yang diingini oleh Perdana Menteri kita.
Oleh itu, dengan sepenuh rasa kegembiraan dan kesyukuran, hamba ucapkan "Happy Diwali Day" atau "Selamat Hari Deepavali" kepada semua penganut Hindu di Malaysia, terutama kepada rakan-rakan hamba di Kuala Lipis khususnya, selain daripada rakan-rakan sekuliah hamba di UPSI. Sudah lama rasanya tidak berbual mesra dengan Yogesh, Vishnu dan rakan-rakan, bekas pelajar SMK Setiawangsa dan SMK Clifford, Kuala Lipis. Apapun hamba harapkan agar mereka sentiasa ceria dan diterangi 'cahaya' kegembiraan dalam perayaan ini. Apapun, mari kita layan video ini sejenak!! Iklan yang paling hamba suka, sejak kecil lagi.
Di sini, hamba telah sertakan sebahagian besar link siaran radio untuk pilihan anda semua; bergantung pada radio-radio yang anda semua suka dengar dan minati. (Sebahagiannya terdapat dalam bentuk pemain yang akan keluar automatik apabila ditekan linknya)
0 ulasan:
Catat Ulasan