Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan Live-Action Drama Series Episode 2 :
Namahousou de oki ta Misshitsu Satsujin! Chou Nouryoku Sha no Norowa Re Ta Himitsu o abake
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis ringkas :
Setelah menyelesaikan teka-teki pertama, pintu ke bilik lain terbuka dan mendedahkan sebuah mesin bagi teka-teki berikutnya. Kudo Shinichi memeriksa mesin tersebut dan mendapati tarikh yang didedahkan adalah mengenai sebuah kes yang pernah diselesaikannya dahulu. Penyelesaian kepada 'puzzle' ini membawa mereka mengimbau kembali peristiwa sebuah rancangan televisyen yang telah dihadiri oleh Shinichi, Ran dan Kogorou. Rancangan itu berkisarkan TV realiti perlawanan antara seorang lelaki yang memiliki 'kuasa psikik' dan juga detektif terkenal ketika itu, iaitu Shinichi. Namun, berlaku pembunuhan yang melibatkan pengacara rancangan tersebut, yang menyebabkan setiap orang yang berada di atas pentas ketika itu (termasuk Shinichi) disabitkan sebagai suspek, yang mana salah seorang dari mereka adalah pembunuh itu!
Ini adalah carta alir bagi watak-watak di dalam drama ini. Hayatilah ya!!
Atas (dari kiri) : Mouri Ran, Kudo Shinichi dan Suzuki Sonoko
Bawah (dari kiri) : Kisaki Eri, Mouri Kogorou, Sato Miwako dan Takagi Wataru
0 ulasan:
Catat Ulasan